Wednesday, July 21, 2010

Promosi Kerja Kahwin 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Oh ya.. aku lupa nak bagitahu.

Bermula 24hb Julai sampai 2hb Ogos, satu Program Promosi Kerja Kahwin akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Promosi Kerja Kahwin 2010 merupakan penganjuran kali ke-5 diadakan sejak tahun 2003.



Aku sempat merakam saat-saat pemasangan khemah kat laman Kompleks Kraf itu semalam. Sangat luas tempatnya!

Tema tahun ini ialah "Kraf dan Perkahwinan Malaysia"  mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian dengan persiapan majlis perkahwinan masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, etnik sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.

Butir-butir promosi ini adalah seperti di bawah.

Tarikh : 24 Julai – 02 Ogos 2010
Masa : 10.00 pagi – 08.00 malam (Ahad – Khamis). 10.00 pagi – 10.00 malam (Jumaat  dan Sabtu)
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Aktiviti-aktiviti tarikan utama:
.Promosi Produk Kraf
.Perkhidmatan Kraf (Pakej Andaman, Pakaian Pengantin, Gubahan Hantaran, Tempahan Makanan, Kek dan Manisan, Kad Jemputan, Bunga Hiasan, Video dan Fotografi).
. Pameran Kraf Perkahwinan (Pameran Alat Muzik Dalam Perkahwinan Malaysia, Pameran Pelaminan Perkahwinan Malaysia dan Pameran Seni Kraf Logam Dalam Perkahwinan).
. Demonstrasi dan Interaktif (Demonstrasi Produk Kraf Perkahwinan, Demonstrasi Andaman Pengantin Malaysia, Demonstrasi Masakan & Kuih Tradisional,Manifestasi Perkahwinan Malaysia, Interaktif Perkahwinan Malaysia).
. Rewang Pengantin
. Peragaaan Fesyen Pesona Pengantin Malaysia
. Irama Perkahwinan Malaysia
- Pertandingan Kompang/ Rebana sempena Promosi Kerja Kahwin 2010 pada 31 Julai 2010 (Sabtu) *Pertandingan ini terbuka kepada warga Malaysia dan hadiah menarik berupa wang tunai menanti para pemenang. Maklumat lanjut dan pendaftaran secara online di www.kraftangan.gov.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Promosi Kerja Kahwin 2010 di talian 03-2162 7459.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
TEL : 03-2161 3793

Ini adalah contoh gambar kenangan dari Promosi Kerja Kahwin pada tahun lepas.


Tahun ini aku merancang nak pergi hari Ahad neh..

Sesiapa nak pergi.. meh kita berjumpa di sana!

12 comments:

  1. teringin nak naik pelamin. hahahahah xD





















    * gatai!!! :P

    ReplyDelete
  2. pasal kahwin..
    good2..
    boleh pi terjah ni.

    ReplyDelete
  3. jumpe ku d sana.. tolong pkcik kt booth
    hehe

    ReplyDelete
  4. Jard nak kawin ker..gilah cari barang kat situ

    ReplyDelete
  5. Insyallah, plan nak gi this weekend, thanks for the info

    ReplyDelete
  6. klu dkt kuantan ni dh lma ak pg serang..i like wedding2 ni..wpon diri x kawin2 lg..ekeke

    ReplyDelete
  7. hans ... bila besday kamu? ehehehe.. hepi besday in advance ok?

    molmolla ... jom~ =p

    Rabia Sensei ... welkam beb.. gi tak?

    maisyara Pot! Pot! ... semua nk naik pelamin... ekekeke

    noor afzan ... jom2. =)

    rhapsody LiN ... waaa.. nnt ku cuba carik kamu di sana.. ehehe

    Mak Su ... betul2.. =)

    kak ina kl ... tak ah.. carik bahan untuk adik. adik yg nak kahwin.. ehehe

    Liza ... welkam.. harap dpt terserempak kat sana. =)

    @juera ... kuantan dua jam je dari KL kan? kan? ehehe

    ReplyDelete