Petang tadi aku ke OU Superstore. First plan nak ke JJ Wangsa Maju.. tapi sebab tak nak terserempak dengan encik Aus, aku tukar fikiran last minute. Hak hak hak.
*dari google
Untung Orangramai... nama penuh untuk UO. Pelik tapi benar. Inilah kedai kegemaran bapa aku dan tempat shopping yang wajib setiap kali dia mai Kuala Lumpur.. LOL. Meh aku kongsikan serba sedikit tentang kedai ini yang mungkin tengelam dek kemunculan SOGO, Carrefour, TESCO, Jaya Jusco, Giant dan Cold Storage. *Nak kaji satu-satu kedai tak larat den. Kui kui kui.
UO superstore memulakan operasinya pada bulan Mac 1993 dengan cawangan pertamanya di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Jugak lebih dikenali sebagai Petaling Street. Cawangan yang kedua pula adalah di Ipoh pada 11 Mei 1996.
Cawangan-cawangan lain seperti berikut:
Plaza Angsana Tampoi Johor Bahru - 16 Okt 1997,Chow Kit Kuala Lumpur - 25 Jun 2004,
Pantai Hill Park Kuala Lumpur - 31Mac 2006,
Plaza Kotaraya Johor Bahru - 22 Septr 2006,
Galaxy Ampang Kuala Lumpur - 9 Feb 2007,
Pasir Gudang Johor Bahru - 21 Sept 2007
Melawati Kuala Lumpur - 28 Ogos 2009.
Aku suka lah pergi kedai neh. Lain dari yang lain ke? Errr.. tak jugak. Tapi kalau SALE. Memang gila-gila SALE lah. Tak tipu punya SALE di mana orang markup harga pastuh claim ada diskaun 70%.. walhal harga tak berubah pon dengan harga asal. Ishhhh.......
Tadi pergi usha baju lelaki kat sana. Sebab kalau kat SOGO jumpa harga dalam RM49.90, itupun setelah diskaun. Tapi kat UO Superstore.......... RM29.90!
Harga Jeans untuk orang dewasa tak kira jantina boleh jumpa dalam rege RM5!
Oklah.. aku memang giler SALE. Jimat sakan beb. Pastuh jumpa plak baju-baju T berjenama yang berharga RM15 hingga RM29 untuk saiz XXL.. sesuai untuk membantu kawan aku yg minta baju merah tuh dan sesuai jugak untuk adik-adik lelaki aku yang gempal2. Rambang mata jugak la. Penat housemate aku pusing2 mengekori langkah aku. Sampai dia sakit kaki lak tuh. Hehehehe. Thanks beb.
Akhirnya setelah pusing2 sakan.. aku cepat-cepat bayar. Takut tukar fikiran lagi. Baru tahu betapa susahnya nak buat keputusan dalam pemilihan baju yang murah2. Adoyaii.. Dengan hanya berbelanja sebanyak RM44.90.. aku berjaya rembat 2 helai baju-T untuk lelaki.. Dua2 branded okeh. Puas hati.. tapi.. soal die pakai ke tak baju yang aku belikan... lain citer. =p
Ermm. gambar takda. Nak bagi saspen kepada penerima.
So... silalah pergi ke UO Superstore. Kalau da pandai pergi Mydin di pusat bandar tuh.. UO tadak hal lah!
PS: lebih nikmat tulis entri panjang2 dari yg pendek2.. heeeeee