Friday, February 12, 2010
Bercuti ke Pulau Redang RM300 je? *sambil gosok-gosok mata
Aku mendapat mesej dari seorang kawan yang jugak geng Futsal aku. Pehhh...... Biar betul! Murah gler beb!
Aku mau! Aku mau!
****************************************
PROGRAM RUNNING APRIL 2010
Pack's of 3D2N = RM300 (minimum 10pax) – Murah babe
1. Ferry Transfer from Syahbandar Jetty, Kuala Terengganu (return)
2. Van Transfer (Overland within Island)
3. Accommodation (twin/triple/quad sharing basis)
4. Meals (lunch, dinner, breakfast, lunch, Dinner, breakfast)
5. Rock Pinnacles (Pantai Teluk Dalam Kecil Beach to Pantai Teluk Dalam Besar Beach)
6. Group's Charted Boat
7. Island Hoping (Pulau Paku, Taman Laut Pulau Pinang Marine park)
8. Snorkeling with Mask & Snorkel (Green Choral, Shark Point, Turtle Point, Ship Wreck, Pasir Akar) - 5 Spots
9. Group's 24H Guide/Butler
Other Services
(+) Bus Transfer from Kuala Lumpur to Kuala Terengganu
(+) Private BBQ
(+) Jungle Trekking (Pantai Teluk Dalam Beach to Pantai Pasir Panjang Beach)
(+) Fishing (open sea)
(+) 'Candat Sotong' (season from April-June)
(+) Boat Transfer to Pantai pasir Panjang (nightlife)
(+) Boat Transfer to Pulau Lima Island (island hoping & snorkeling)
(+) Boat Transfer to Pulau Bidong Island (island hoping & snorkeling)
(+) Boat Transfer to Pulau Lang Tengah Island (island hoping & snorkeling)
(+) Boat Transfer to Pulau Perhentian Island (island hoping & snorkeling)
Notes:
1. Group's Guide/Butler will do meet-up by 7am (1st day) at Kuala Terengganu (bus station/Pasar Payang/Syahbandar Jetty) n will do ‘sayonara’ at Pulau Redang Jetty, Pulau Redang Island (last day)
2. all the price is for minimum 10pax. if happened that ur group is less than 10pax, i'll advise u to join an 'open trip' group within UTAN.UJAN's schedule. other than that, ur group have to pay for 10pax services (EXCLUDES ferry, accommodation, meals) *ask for any inquiries.
JOM LA IKUT AIN GI PULAU REDANG... jom arr.. murah je ni.. :)
****************************************
Uish......... kalau buat aktiviti blogger kat pulau rendang ok gak neh....... hehehe..
Apamacam? Kalau aku organise benda ini untuk blogger-blogger sekalian berminat tak???
Cepat bagi pendapat skang! Bole aku booking!
Target bulan April.. agagaga....
PS: cam tak caye je..... 10 orang untuk trip ke Rendang hanya bayar RM300 je. Hmmm.. aku nak siasat benda neh dulu..
UPDATED:
RM300 seorang laaaaaa.............. korang masih berminat tak? Tapi transport ke Ghanu kira lain ar...
Monday, February 8, 2010
Blogger Gathering kat The Mines - Part 2
Kawan aku amik dalam pukul 1petang....
1 jam lewat!! Adesss........ aku neh jenis PUNCTUAL, tapi pemaaf. So aku maafkan die. Hehehe. Teruja punya pasal.
Kami terus ke The Mines. Ini kali pertama aku ke sini. Tak pernah ada kepentingan nak pergi sejauh ini dari rumah. Baik aku gi Carrefour je kalau nak shopping. =p
Semasa mencari parking kosong, tak sangka begitu ramai orang hari neh. Parking full beb!
Acara gathering bermula pukul 2 petang, dan bpwling start pukul 3petang (mengikut bean la) tapi aku bersama kawan gi makan dulu. Jejalan dulu. Pastuh baru gi tempat Bowling. Kat situ ada surau yang kecik.. huhu. Lepak-lepak menenangkan diri.
Masih berdebar. haha.
Penat aku melilau mencari sesepa yang berpakaian putih dan merah neh. Asalkan nampak orang yang berpakaian camneh mesti aku da naik eksaited! Last-last.. bukan orang yang disangka..
Dalam pukul 3:30 petang baru ku nampak Bean. Hoh! Sampai-sampai je die kat tempat ku. die hulurkan kotak Big Apple. "Nah, amik. Untuk kau"
Waa... musykil.. tak pasal-pasal dapat donut Big Apple, terima kasih Bean. Aku masih musykil sampai skang. Ko malas nak bawa kotak besar-besar tuh kan? kan? Pasal tuh ko bagi aku kan?
kotak tuh ku heret sampai ke malam.. tak makan-makan isinya. Hehe.
Berikut adalah sedikit gambar yang berjaya ku tangkap dengan kamera cop ayam aku... semua ditangkap kat tempat bowling..
Ku tengah tunggu gambar-gambar dari paparazzi yang kelihatan berkeliaran di masa kejadian. Lepas tuh baru nak hapdet lagi. =)
PS: Bean!!! aku da tau nama betul ko!! ahahahaha..
Blogger Gathering kat The Mines - Part 1
Aku bangun awal. Gosok gigi, cuci kain, mandi. Eh.. ini pon nak bagi tau ke? Ish....
Aku menyarungkan baju lengan panjang berwarna merah berserta kain selendang pink. Kedua-duanya masih bau kedai lagi. Seb baik ade febreze. Harum sikit bau kain aku tuh. Takat perfume badan tuh, maaf aku tak bisa nak pakai. Badan ku da semula jadi wangi. Hak hak hak...
Aku menaiki lrt dari Sentul Timur ke stesyen Sungai Besi pada pukul 11:30pagi...
Harapnya, kawan aku akan menjemput aku dari sana. Berdebar, segan pon ada, tapi ku beranikan diri jugak untuk menghadiri gathering yang agak besar neh. Adalah kira-kira 20 orang blogger yang akan hadir. Termasuk blogger femes sepert Melz dan Enriqaz.. ooooooohhhhhh..... takut!
Ku selamat sampai dalam pukul 12:00petang, kereta kawan aku tak kelihatan lagi.
Tibe-tibe bunyik sms masuk.
"Kak zarah lbh skt dr kul 12erk. Zee xsiap lg. Hihi....."
Hampagas!!!!!
Bersambung.....
PS: aku penat heh! Nite! =p