Monday, December 13, 2010

Ubat Sembelit


 15 jam kemudian...pengambilan sebanyak 2 pil kemudian....

6 ulas pisang kemudian...

dan paling penting....

15 gelas air kemudian...

Akhirnya... setelah 4 kali ke tandas... kali ke-4 baru leh keluar dengan jayanya.

Gedebuk...... satu sebesar buku lima.

Sakit.

Takpa... sakit yang jenis lega punya.

Nak kuar jap... nak celebrate kejayaan ini.

He he he...


Sunday, November 7, 2010

UO Superstore - Tempat Shopping yang murah-murah tapi tidak ramai yang tahu

Petang tadi aku ke OU Superstore. First plan nak ke JJ Wangsa Maju.. tapi sebab tak nak terserempak dengan encik Aus, aku tukar fikiran last minute. Hak hak hak.

*dari google

Untung Orangramai... nama penuh untuk UO. Pelik tapi benar. Inilah kedai kegemaran bapa aku dan tempat shopping yang wajib setiap kali dia mai Kuala Lumpur.. LOL. Meh aku kongsikan serba sedikit tentang kedai ini yang mungkin tengelam dek kemunculan SOGO, Carrefour, TESCO, Jaya Jusco, Giant dan Cold Storage. *Nak kaji satu-satu kedai tak larat den. Kui kui kui. 

UO superstore memulakan operasinya pada bulan Mac 1993 dengan cawangan pertamanya di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Jugak lebih dikenali sebagai Petaling Street. Cawangan yang kedua pula adalah di Ipoh pada 11 Mei 1996.

Cawangan-cawangan lain seperti berikut:
Plaza Angsana Tampoi Johor Bahru - 16 Okt 1997,
Chow Kit Kuala Lumpur - 25 Jun 2004,
Pantai Hill Park Kuala Lumpur - 31Mac 2006,
Plaza Kotaraya Johor Bahru - 22 Septr 2006,
Galaxy Ampang Kuala Lumpur - 9 Feb 2007,
Pasir Gudang Johor Bahru - 21 Sept 2007
Melawati Kuala Lumpur - 28 Ogos 2009.

Aku suka lah pergi kedai neh. Lain dari yang lain ke? Errr.. tak jugak. Tapi kalau SALE. Memang gila-gila SALE lah. Tak tipu punya SALE di mana orang markup harga pastuh claim ada diskaun 70%.. walhal harga tak berubah pon dengan harga asal. Ishhhh.......

Tadi pergi usha baju lelaki kat sana. Sebab kalau kat SOGO jumpa harga dalam RM49.90, itupun setelah diskaun. Tapi kat UO Superstore.......... RM29.90!


Harga Jeans untuk orang dewasa tak kira jantina boleh jumpa dalam rege RM5!

Oklah.. aku memang giler SALE. Jimat sakan beb. Pastuh jumpa plak baju-baju T berjenama yang berharga RM15 hingga RM29 untuk saiz XXL.. sesuai untuk membantu kawan aku yg minta baju merah tuh dan sesuai jugak untuk adik-adik lelaki aku yang gempal2. Rambang mata jugak la. Penat housemate aku pusing2 mengekori langkah aku. Sampai dia sakit kaki lak tuh. Hehehehe. Thanks beb.

Akhirnya setelah pusing2 sakan.. aku cepat-cepat bayar. Takut tukar fikiran lagi. Baru tahu betapa susahnya nak buat keputusan dalam pemilihan baju yang murah2. Adoyaii.. Dengan hanya berbelanja sebanyak RM44.90.. aku berjaya rembat 2 helai baju-T untuk lelaki.. Dua2 branded okeh. Puas hati.. tapi.. soal die pakai ke tak baju yang aku belikan... lain citer. =p

Ermm. gambar takda. Nak bagi saspen kepada penerima.

So... silalah pergi ke UO Superstore. Kalau da pandai pergi Mydin di pusat bandar tuh.. UO tadak hal lah!

PS: lebih nikmat tulis entri panjang2 dari yg pendek2.. heeeeee

Saturday, October 23, 2010

Tanda dia suka buah tangan dari Korea


Kini di hotel di ibu kota. Gambar atas adalah adik lelaki aku.... tengah nyenyak dibuai mimpi bersama baju korea yang ku belikan..  Sarung kepala tuh sepatutnya untuk adik perempuan aku tapi dia pula yang pakai. Patung pula... errr......... hahahahahahhahahaha..

Aku beli  patung tuh last minute kat Korea sebab murah sangat iaitu 500 won yang bersamaan dengan RM1.50. Besar pula tuh! Main rebut-rebut dengan adik aku tadi... tapi dia jugak yang menang lalu dibawanya tidur. Adehhh.. Hah.. aku tangkap gambar dia masa tidur.. padan muka. Hahahaha.. 

Ayah aku ntah ke mana.. tak balik-balik. Mesti tengah lepak-lepak dengan kawan-kawannya di kedai kopi yang berhampiran. Macam itulah apabila berada di KL. Hehehe.. takpe... biarlah dia bersama kengkawan. Bukan selalu datang KL kan? Tapi skang dah pukul 2 pagi.. errr???

Friday, October 22, 2010

Pulang.. marilah pulang

Minta maaf bebanyak sebab tak reply komen-komen anda. Disebabkan kesibukan di sini semasa siang dan sibuk keluar jejalan  pada waktu malamnya... so, setibanya di hotel aku akan hapdet blog, mandi dan terus masuk tidur. Thanks  for the lovely comments. =)

Kini kat lapangan terbang antarabangsa Incheon. Flight pukul 4:35 petang untuk ke Kuala Lumpur. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Hadiah-hadiah buah tangan dari sini akan ku pos Isnin depan.. heee... Dari berat beg  masa mula-mula datang ialah 11.9kg... tapi kini berat beg aku 25kg. Ekekeke.. apa benda ntah yang aku beli..  Ayah aku akan menjemput aku dari Airport... tak sabar pula nak jumpa. Boleh lah kirim barangan adik-adik aku sekali untuk ayah bawa balik ke sabah esok hari.

Ok time for boarding.. tata

Lagi-lagi Seoul tapi kulit gatal-gatal dan menggerutu.. muka pula kering

Apakah tanda-tandanya ini? Mungkin disebabkan cuaca kot...

Setelah duduk selama 8 hari di Seoul, Korea, mulalah rasa rindu pada tanah air. Mungkin sebab duit korea buat belanja yang telah habis turut menguatkan perasaan rindu itu? Hik hik hik...

Here I wanna to share some pictures taken by Elfizar from Indonesia throughout the course. Aku ada gak gambar tapi malas pula nak upload. Gambar-gambar ini diambil dari album facebooknya. =)


Ms Sue Moon.. course coordinator in Seoul, Korea.. she newly opened a facebook account because of us. Hehehe..

Pictures taken at a Korean Folk Village, a cultural village at Yongin outside of Seoul. We went there last Saturday. Wajib pergi sini kalau melawat Seoul.

WAJIB tahu! Yuran kemasukan cuma 12,000 won sahaja. Please click the link to learn more.

A man doing a dangerous performance which involves a tight rope.


A traditional fisherman's house probably?

The food here is very healthy.. Lots of vegetables and herbs. huuuu..

Ok.. gambar seterusnya adalah sekita Seoul. Gambar ini dari Elfizar jugak.

Food stalls along the busy roads. very popular among the people of Seoul


Lots of market places at Seoul. Along every subway halls there'll be lines of small shops to shop for clothes and shoes. The above picture is just one of many examples of market places just outside the exit of a subway entrance.

Cheap?

Kenalah pandai tawar-menawar. Okey... more pictures to come. Tunggu aku rajin dan ada masa je... =p

Thursday, October 21, 2010

Membeli kasut di Seoul, Korea

Aku tak pernah terfikir nak beli kasut di sini sebab aku ingatkan mahal. Tapi setelah menghabiskan masa hampir sejam untuk ke Ttukseom Seoul Forest dengan menaiki Subway ke sana dan berjalan kaki sejauh 1km untuk ke pintu masuk utama hutan itu... semata-mata nak tangkap gambar pokok musim luruh... malam sudah gelap. Huhuhu...

Untuk mengubati hati yang lara, aku meluru ke Dongdaemun dengan niat nak window shopping. And as usual... aku pergi bersendirian.. =)


Aku terkejut dengan harga kasut ini yang berharga 15,000 won sahaja. *Equivalent to RM30 - 45. Kalau kat Malaysia, mahunya sampai RM200-300 kot. Dah sampai sini, seharusnya aku tidak melepaskan peluang untuk mencuba kasut style korea ini dengan tumit setinggi 6cm kan? kan?... tapi aku tak reti lah nak pakai kasut tinggi! Hik hik hik... Aku kan tinggi. Tak sesuai lah pakai kasut sebegini. Padahal dalam hati kata  MAHU! =p

OK... aku tak beli kasut neh.. Aku beli jenis yang tak bertumit.


Lagipun banyak sangat pilihan! Dan harga tak lari dari 10,000 hingga 15,000. =)

Wednesday, October 20, 2010

Musim Luruh di Korea


pemandangan semasa lawatan hari Sabtu lepas... pehhhhh..

Gmbr kredit to Elfizar (Indonesia)

Aku menjadi model iklan di Korea.. tak percaya? Ada bukti maa!


 Gambar secara kandid semasa lawatan ke SK Telecom Tum Experience Center di Seoul, Korea. Ada orang Vietnam, Fiji, Indonesia, Brunei dalam gambar ini.

Sebelum itu, layan dulu iklan TV korea yang menampilkan aku sebagai watak utama... ekekeke..




Cantik pulak gigi aku dalam iklan neh....... ishhhhh...

Ahhh... antara aktiviti menarik dalam SK Telecom Tum Experience Center ialah mengalami pengalaman semuanya menggunakan henfon untuk akses Smart Home, Smart Car (henfon itu digunakan untuk membuka pintu kereta, menghidupkan kereta dan memberi arahan untuk ke destinasi. Nak beli minyak dan reserve tempat di restoran gunakan henfon jugak... tak payah nak keluar dari kereta pun!),  dan membeli-belah dengan henfon. Tangkap gambar sebuah item, henfon itu akan memaparkan harga dan kita boleh order terus dari henfon!

Dunia penyiaran dan ICT akan bergambung pada masa hadapan. Henfon akan menjadi alat yang paling penting untuk dimiliki. Hari ini baru tahu betapa majunya Korea dari segi telekomunikasi dan penyiaran. Jatuh nombor tiga selepas France dan UK.

Malaysia? Coming soon, insyaAllah.. =)

Tuesday, October 19, 2010

Pergi shopping di Seoul tanpa ditemani lebih nikmat.

Selepas balik dari kelas petang tadi.... aku menolak sebarang ajakan teman-teman untuk ke bandaraya Seoul bersama mereka. Aku bertekad nak pergi secara bersendirian. Ntah kenapa, tapi aku rasa selamat berjalan-jalan di Seoul pada waktu malam. Lebih nikmat. Dan aku boleh memerhatikan orang sekeliling tanpa diganggu orang. =p

Setakat ini memang susah sangat nak jumpa orang Korea yang gemuk dan gelap. Mereka semua cantik dan bergaya. Seakan berada di Paris.. di sebuah pertunjukan fesyen tanpa pentas.


Aku melangkah dengan berani untuk keluar dari bilik hotel selepas maghrib tadi. Dengan hanya berbekalkan peta perjalanan Subway sahaja. Memang sangat complicated tapi aku suka benda mencabar macam ini. Sangat suka dan rasa THRILL. Pada mulanya agak takut. Jantung dalam dada makin kencang. Sejuknya di luar usah cakap lah tapi tapak tangan aku berpeluh.

Heee.. hairan.

Ramai lagi orang kat luar. Jalan raya pun tengah jem. Aku menjeling-jeling kat banyaknya teksi kat tepi sidewalk. Tak ramai yang nak naik teksi. Hehehe. Tapi terkejut gaklah.... semua pemandu teksi yang aku terserempak (semasa perjalanan ke subway Samseong) memakai tali leher!!! Mak aihh!!! Giler formal. Dan dalam setiap teksi ada TV dan GPS. Fuuhhhh...... canggihnya teksi di sini. Tapi naik Subway lagi besh dan jauh lebih murah.

Aku melangkah lagi.. walaupun keseorangan dan kesejukan makin menggigit setiap kali aku melangkah. Tapi apabila memasuki tren.. terasa hangat pula.

Aku bangga apabila sampai di destinasi setelah transit di Seoungsu untuk ke Hoehyeon, tempat letaknya pasar Nandaemun yang sangat terkenal sebagai Ghost Market. Tempatnya lebih kurang macam Petaling Street di KL.

Aku bangga sebab, susah payah aku menghadapi keadaan Lost in Translation akhirnya berhasil. Berseorangan pula tuuu... Orang korea tak kacau aku pun. Dan kalau aku meminta tolong untuk tunjukkan jalan, mereka pasti membantu. Heeee..

Niat aku nak belikan buah tangan untuk mak berjaya...... aku terus berangkat pulang setelah puas meninjau pasar itu. Penat gak nak tawar-menawar harga dengan unni dan ahjussi di situ, tapi mereka semuanya baik. Hehehehe...

Teringat seorang ahjussi yang kami temui Ahad lepas... *tempek gmbr sikit

Perkataan pertama die sebut semasa jumpa kami ialah.. "Dua lima ribu"... harga untuk dua pasang baju Korea. hahaha.. dia cakap melayu tuuuu...

Tapi itu jerla dia pandai sebut. Aku sampai hotel dalam pukul 10 malam. Ishhh... anak dara tak baik keluar memalam.. lalalalaaaa...

besides... Only in Korea maaa.... =)

*keadaan dalam subway semasa nak balik ke bilik hotel.

Esok nak keluar seorang-seorang jugak laa..

...

Monday, October 18, 2010

888, nombor kegemaranku =)


888 yang bermaksud 'kaya, kaya, kaya' dalam fengshui.

Suka nombor neh... harap tak berubah. 

Nuffnang dah kembalikan status glitterati aku dan penambahan yang kita dapat setiap minggu pada hari Isnin dah dapat. Fuhhh........ seb baik....


Harga barangan kat sini sangatlah mahal.. terkejut.. selepas shopping semalam... dah abes 150,000 won yang bersamaan dengan RM500.

Lepas neh kena makan maggi jer la gamaknya.. huuuu. Pada mereka dalam entri yang belum bagi alamat, sila bagi cepat. =)

Sunday, October 17, 2010

Status Glitterati Nuffnang ditarik tanpa sebab?

Penat. Baru balik jejalan di Seoul, tiba-tiba bila nak ping entri kat INNIT, diorg kata aku bukan ahli. Terkejut mak noks! Habis semua running BE dipotong menjadi separuh.

Apsal ek? Aku tak pasang mana-mana iklan pun...... errr... Tak aci neh....

Aku sedang menanti jawapan dari mereka... huhuhu.. terus hilang mood nak hapdet tentang Nandaemun

Nandaemun South Gate

Aku bersama jejaka-jejaka kacak korea


Sama putih, semua mempunyai mata sepet, dan sama cantik.........lalalalaaa...

Jejaka-jejaka korea ini adalah penyelaras program kami di Korea dari KISA. Gambar ini diambil siang tadi semasa lawatan ke Kampung Kebudayaan Korea di luar Seoul. Lelaki di kanan sekali adalah Tour Guide kami yang sangat kelakar!

Hari ini aku dapat menyaksikan sebuah perkahwinan tradisional korea dan beberapa pertunjukan yang lain. Malas nak upload gambar. Terlalu banyak!!! Alaaa.. apa yang korang biasa nampak kat drama korea tuh.. macam itulah keadaannya di dalam Korean Cultural Village tuh. Rumah-rumah tradisional korea dan pakaian dalam kampung itu sama jer. hehehe... takyah ku upload gambar kan? Dah tahu gak. =p

Selepas makan tengah hari kami bergerak ke teater Nanta untuk menyaksikan pertunjukan Nanta. Nanta dikatakan perkara wajib untuk dilihat jika melancong ke Korea.

Seyes........ pertunjukan yang paling seronok dan lawak yang pernah ku tonton selama ini. Kami tonton pertunjukan pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 6:30 petang. 


the stage before starting

*aku terpaksa mencuri tangkap gambar ini sebab dilarang mengambil gambar semasa pertunjukan..

Nanta tentang empat orang tukang masak yang berjaya mempamerkan kemahiran sebagai pelawak, pelakon, pemuzik, tukang masak, ahli magik yang sangat entertaining!

Aku rekemen sesiapa yang bercadang ke Korea, WAJIB tinguk benda ini. Rugi tahu kalau tak! WAJIB tahu! Hah.... sungguh-sungguh aku rekemen neh!!! 

Selepas itu, kami bergerak ke Itaewon. Satu-satunya kawasan di Korea yang ada masjid untuk orang muslim. Makanan halal pun banyak kat sana.

Kami disajikan makanan secara buffet di Foreign Restaurant dan ditaja oleh KISA dan KCC. Terima kasih bebanyak kepada kerajaan Korea. Banyak benar perkara diorang uruskan untuk kami. Siap ada lagi  sebenir untuk kami dari Cultural Village tadi. SObb.. sobbb.. sobbbbbbb...



APa yang kamu lihat dalam video ini adalah sebijik dengan apa yang aku makan dan lalui kat restoran HALAL itu. Hahahahaha.... tak sangka boleh jumpa klip youtube ini.


Ini sahaja gambar aku yang ada dalam restoran ini. Tengah khusyuk makan nasi dan kari ayam/kambing setelah 3 hari tak makan daging. Kemponen beb! Huhuhu..

Oklah.. ngantuk.. esok ada macam-macam lagi.. hehehe.. ♥  Ahn nyung heejoomoo seyo!!! ~ (^^,) ♥

Saturday, October 16, 2010

Pasar Insadong dan kemalasan buat kontes

Akan ke sebuah pasar di Seoul. Tempat membeli-belah barangan sebenir yang murah-murah (kot?)...

Disebabkan aku malas betul nak buat kontes. Leceh beb.... aku nak buat beberapa syarat untuk membolehkan anda mendapat buah tangan dari sini.

List nama...

Nampak tak nama korang kat bawah?

Nampak tak? Ada tiga jenis senarai.... yang terakhir tuh ialah senarai pelawat yang merupakan Ahli Nuffnang dalam tempoh 24 yang lepas. Syarat mudah jer...

Tempoh ku beri 12 jam dari sekarang (12:35 tengah malam waktu Malaysia sampai 12:35 tengah hari)

1. Jika nampak nama anda di bawah... sila komen kat entri ini...
2. Orang yang komen dalam tempoh masa yang diberikan di atas akan mendapat sebenir... =)

Mudah bukan?

PENGOMEN TEGAR HARIAN

suffer8zine (12)
Peri PiA (10)
molmolla (9)
Adziim (7)
FarhanaDr (7)
eiffel (5)
SyimaSyaz (5)
Liza (4)
✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ (4)
noor afzan (4)


PENGOMEN TEGAR OVERALL

Peri PiA [98]
FarhanaDr [69]
Nur Su'aidah [42]
noor afzan [41]
Mohd Adziim [41]
Hazzy Ishak [39]
hans [31]
Liza [30]
SyimaSyaz [29]
.::WaNiE::. [29]

NUFFNANG visitors.



Ahhhh...... terima kasih kepada kamu-kamu yang sudi memeriahkan blog aku... This is how I appreciate you all... nak bagi sebenir kat semua... tak mampu beb. Huhu.. so siapa peka dan pantas dapatlah..

♥  Ahn nyung heejoomoo seyo!!! ~ (^^,) ♥♥ (good night)

Friday, October 15, 2010

Berjumpa dengan kekasih baru di Coex Mall

Apa itu Coex Mall?

Pusat membelah-belah di bawah tanah yang terbesar di Asia adalah Coex Mall. At first, it was hard to believe that such a place exist underground in such a big, BIG city like Seoul. But seeing is believing.


Connected to Samseong subway station, Coex has everything under one roof - shopping mall, exhibit mall, convention place and the aquarium. Aku pergi dengan kekawan yang lain dengan tujuan untuk window shopping semata-mata. Kelas habis pada pukul 5 petang tadi dan rasa sangat rugi kalau tak keluar jejalan, kan? Walaupun cuaca di luar sangat sejuk.. kami sanggup lakukan apa saja.. hehe.. Sesat jalan pun tak apa...  Main taram je la..

Dah namanya window shopping, aku tak keluar duit satu won pun... Aquarium terbesar di Korea pun tak masuk. Aku rasa harga tiket dalam 17,000 won kot, equivalent to RM50. Heee.. sikap kedekut adalah harus sebab nak simpan untuk membeli buah tangan buat rakan-rakan blog....Ambik gambar cukup lah... tapi aku terbeli Album ShinHee dan 2PM untuk adik aku. Oppsss... =p

Oh yaa....... nak tahu kekasih baru aku di Korea tak?


Aaahh.. ensem tak boifren baru aku? Susah oh nak pikat jejaka korea di sana. Dapat yang ini pun dah rasa bersyukur. Nama dia Lee Min Ho... seyes, aku tak tipu....

Ekekeke.....

Makanan Korea di Seoul Palace Hotel

Welcoming Dinner diadakan di Seoul Palace Hotel pada pukul 7 malam. Pakaian - Formal

*ehsan dari Google

Aku tak berapa kenal nama-nama makanan Korea. Yang aku tahu, KimChi adalah makanan kegemaran orang Korea seperti nasi lemak di Malaysia.


Rupa kimchi yang dihidangkan. Dah tinggal sedikit dah. Made from cabbage, radish and cucumber. Dikatakan mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan dan boleh menghalang penyakit kanser perut. Rasanya agak pedas jugaklah... dan masam!



Kimchi adalah side dish yang biasanya dimakan bersama nasi atau mee, contohnya mee sejuk di atas yang dipanggil Naengmyeon.

Lain-lain makanan yang aku berjaya mengetahui namanya ialah (tapi tak makan sebab daging...aku makan seafood, roti dan sayur-sayuran ja... huhuhu...)...


...Bulgogi - Korean Beef tartar

Banyak jugak jenis makanan yang dihidangkan... ada Japanese Food, Chinese Food dan Western Food. Seafood diorg jugaklah yang terbaik. =p

*aku rasa ini adalah makanan cina kot... tak makan sangat pung!

Hehehe.. dah puas cuci mata dan belajar tentang jenis-jenis makanan korea... kami bergambar plak. Biar aku tempel satu gambar jer. Gambar kawan aku bersama si Sue Soah Moon.


Cantek kan orang korea? Kulit putih mulus ooohhh... mata pun original sepet tuuu.. tak macam kebanyakan gadis-gadis korea lain yang buat pembedahan kosmetik membulatkan mata. Heh!


Akhir sekali.. kesemua peserta dihadiahkan sebuah kotak kayu dengan rekaan berbentuk Han Gul kat penutupnya. Hasil kraftangan ini adalah daripada YEGA, sebuah jenama kraftangan terkemuka di Korea. Han gul pula adalah alfabet asli yang digunakan untuk menulis bahasa Korea. Heee..... 
Nak tidur daa...... esok dah start berkursus. 

♥  Ahn nyung heejoomoo seyo!!! ~ (^^,) ♥♥ (good night)

Thursday, October 14, 2010

Dari Kuala Lumpur ke Seoul - 6 jam 15 minit

Aku memakai stokin jenis SHCOLL flight socks yang khas untuk kaki supaya tak rasa cramp kalau dok lelama dalam kapal terbang dan supaya aku tak diserang DVT. *dibeli dari Farmasi Guardian.

Dok dalam kapal terbang selama 6 jam memang amat membosankan. Huhu... Seb baik aku tidur jer.

Kat Incheon International Airport, kami disambut oleh Sue Soah Moon dari KCC. Cun woo.. hehe. Peserta dari Myanmar, Indonesia dan Brunei jugak ada sekali. Apabila cukup korum, kami dikehendaki menaiki bas untuk ke City Airport Limousine Terminal di Seoul ala-ala macam KL Sentral kot. Harga bas dalam W12,000. Kat sana pula ada teksi menanti untuk membawa kami ke hotel.

*senyap je pakcik neh.. ehehe.. nak dipanggil ahjussi atau oppa neh?

*traffic jam ada di mana-mana..
*apsal ada TRUMP World kat sini? ada kaitan dengan Donald Trump USA ke?
Semasa pendaftaran, kami diberi fail, name tag, henfon, laptop dan kunci bilik yang berupa kad. Nak naik lif ke tingkat masing-masing perlukan kad. Kalau tak... punat tingkat kat lif tuh takleh nak tekan. Jakun aku di situ.. wakakaka...

 Bilik untuk aku seorang....... hik hik hik. Kami boleh bawa pasangan jika nak... tapi tiket penerbangan bayar sendiri laaa....

Aku dari tadi layan rancangan TV yang menggunakan bahasa Korea tanpa Subtitle. Hahaha.. camna nak faham? At least iklan-iklan TV besh jugak la. Banyak nama produk korea yang aku pelajari hari ini. Macam-macam adaaa... =p

Sambil-sambil layan TV, aku layan facebook. lalalaaa...

KCC pinjamkan aku sebuah laptop SAMSUNG dengan WiBRO..*benda tepi kanan tuh yang macam broadband versi WiMax di Malaysia. Laju lebih kurang sama je kot... ehehe

Dan yang paling beshh..
 Mereka turut memberi pinjam sebuah henfon dengan nombor korea sekali! Aku boleh menelefon sesiapa sahaja dalam negara dan boleh wat Video Call sekali... waaa...

Siapa berminat nak kontek aku.... nombor aku ialah
010-4927-6740

Aku nak carik nombor telefon Lee Min Ho jap lagi.. takpun mana-mana ahli kumpulan 2PM.

Drool ~

Chow... malam neh ada dinner kat Seoul Palace Hotel. =p

Wednesday, October 13, 2010

Checklist: Barang apa yang perlu dibawa ke luar negara







Malam ini, aku akan berangkat ke sana. Banyak benda yang perlu dibuat sebelum malam menjelma. Nak packing, rasanya nak angkut satu van penuh dengan barang ku jer. Hi hi.. biasalah, perempuan banyak barang. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku sediakan satu checklist untuk memastikan barangan yang penting-penting jer yang ku bawa.

Check list:


  • pastikan suhu di negara mana yg akan dilawati..musim sejuk/panas dan sebagainya..so, bawa pakaian yang sesuai. 2/3 helai sudah memadai sbb anda akan beli pakaian baru di sana..
  • Ubat-ubatan yang perlu.
  • Electric socket..untuk recharge h/p sbb setiap negara ada perbezaan socket utk power (plug). Dapatkan di Guardian Pharmacy..satu dunia punya ada dijual.
  • Makanan.. bawa makanan segera macam maggie, Brahims ready to eat..cuma perlu rendam air panas..
  • Stokin utk long flight utk elakkan kaki krem jd terlalu kebas...
  • Xtra bag..elok sekurang2 dua beg yang boleh di lipat sbb jika anda beli barang2..tak perlu beli beg di luar..biasanya mahal.
  • Sling bag utk simpan dokumen penting spt passport dan wallet. Tidak digalakkan simpan wallet yang penuh berisi wang tunai dan credit card. Gunakan wallet lain ..maksudnya guna wallet ke 2 utk simpan duit khusus utk bayar tambang teksi/train/trem dll.
  • Gunakan kasut sneakers atau yang seangkatan dengannya utk elakkan kaki sakit sbb banyak berjalan.
  • Cream..vaseline adalah terbaik masa musim sejuk sbb kulit akan kering n merekah..sapu cream utk elakkan itu sumer.
  • Lip balm utk elakkan bibir kering.
  • Simpan nombor telefon Kedutaan Malaysia di negara mana anda akan kunjungi termasuk MAS office sbb ada org Malaysia yg keja kat situ. Ini untuk kes-kes kecemasan sahaja.
  • Kamera, bateri..kalau kamera digital..elok bawa memory card tambahan supaya tak menyesal x der pic yg menarik...

rasa nya ada banyak lagi.. (sumber)

Banyak benda tak setel hari ini. Blog pun dah terabai... ekekeke... ok. resume packing.

Saturday, October 9, 2010

Pengalaman Pertama Membeli Pakaian Musim Luruh ~JAKUN

Aku belum beli apa-apa lagi untuk persiapan menghadap musim luruh. Ingatkan nak pinjam dari orang jer. Tapi last-last tak jadi sebab windbreaker dia tertinggal kat kampungnya di Ipoh. Tak sempat nak ambil sebelum ku bertolak ke luar negara nanti. Grrrrr....

So.. dengan hati yang sangat berat, aku dengan seorang kawan pergi membeli-belah di Jusco Wangsa Maju Seksyen 2.

Gambar ehsan dari google.

Ada seorang kawan aku yang pernah amik Master kat UK kata... kalau tak nak beli kot Winter, beli je la baju "long john" iaitu set pakaian baju dalam dan seluar untuk membantu badan mengatasi kesejukan dengan baik. Dalam rege RM30 jer sepasang. Dia yang kata........ 

Ok. Aku pun bertekad nak carikan sepasang. tahu-tahu... ku terbeli dua pasang sebab tak pasti kalau beli satu cukup ke tak. 9 hari tuuuu.... 

*beli dalam Jusco.

Sebelah kiri murah sebab kain dia sangat tebal. Sebelah kanan pula mahal sebab kain dia selesa. huhuhuhu... mase aku cuba pakai tadi memang terasa lah kehangatannya.. wiwuuuuuu! Aku boleh bawa baju-baju aku yang nipis-nipis ke sana dengan syarat baju "long John" ku pakai kat dalam. Make it as my second skin. Tak payah beli baju jaket windbreaker dan sebagainya yang rata-rata dalam harga RM250 ke atas.

=)


Stokin yang diperbuat daripada kulit kambing adalah kain terbaik untuk melindungi badan dari kesejukan. 


Ku beli dari kedai SOXWORLD dalam Juscon.
Turut terbeli dari kedai yang sama ialah.......


Hehehehe.. Jakun dengan bulu-bulu kat lingkaran bawah sarung tangan tuh. Terus berkenan dan membelinya tanpa berfikir panjang. Adoiiiiiii.....

Dan akhir sekali....... 


terbeli baju ini sebab berkenan dengan corak dan kainnya....... heeee.. tiada kaitan dengan musim luruh tapi ku terbayang pemakaiannya dengan baju "long john" di bawah. Lalalalalaaa........

Warghhhhhhh........... berapa kos kesemuanya ini?

Jap.. baru nak kira balik.......


Errrrrrrrrrrrrrrrrrrr...............