Tuesday, June 14, 2011

Mimpi bertukar ngeri di Ho Chi Minh City

Aku agak was-was dengan trip kali ini sebab ramai yang aku tak kenal dari yang kenal. Al-maklumlah... ramai antara mereka yang bawa ahli keluarga bersama, anak-anak, pasangan suami-isteri yang dah pencen, pasangan baru kahwin... yang bujang dan bekerja tak ramai. Nampaknya aku bakal berjalan solo lah kali ini.

Ntah siapalah teman bilik tidur ku malam ini...


Mula-mula, keadaan agak suram apabila tak ramai yang sudi bergambar dengan banner semasa mula-mula sampai. Muka mereka semua bengis semacam je. Aku pun naik takut. Huhu. Dari 45 orang yang ada dalam rombongan ini, hanya 3 orang je yang sudi bergambar dengan banner. Sedih kan?

Dan semasa dalam bas...


...mungkin sebab mereka tidak berpeluang untuk menonton perlawanan akhir antara Kelantan dan Terengganu, maka ada je "aura' pasukan Kelantan dalam bas. Apakah? Sudah-sudah ler... tinggalkanlah hal bola di kampung plsss.. meh kita enjoy trip ini.. meh...

Dia yang menjadi pasangan duduk aku di bas... errrr......


Biar gambar menceritakan segalanya... hihihihi...

Pemandu pelancong kami semasa di sana... half-Indian, half-Vietnamese... wahhh.. betul2 celup ini punya orang. Haha.


Kami pun berdebar-debar nak sampai ke hotel. Tempat makan dan minum selama 4 hari 3 malam di sana. Kami diberikan kad dulu sebagai pengenalan kepada tempat yang bakal dituju.
Harapan menggunung tentang keadaan hotel ini.

Tak sabarnya nak sampai hotel... nak check-in... dan mulakan lawatan.
Tapi.......

Sampai-sampai hotel... kami disambut dengan keadaan di bawah......

Adakah baru dibom? Kat mana kita nak tinggal?



OKla...

Aku tipu saja.. hee. Awal-awal pun aku dah banyak tokok-tambah secukup rasa. Ehehehe... Namun begitu, aku tetap nak katakan bahawa inilah hotel PALING NIPIS yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku.

French style ea?

Hehehe..... takda yang ngeri pun. Saja nak buat tajuk lain sikit. 

More to come... tata!