Monday, September 20, 2010

Buah Tarap di Sabah

Alhamdulillah, aku sampai rumah sewaku pada jam 7 pagi tadi.

Sampai kat LCCT pada jam 3 pagi... tunggu bas Airbus, naik bas dalam pukul 4:30pagi. Sampai KL Sentral dalam sejam kemudian.

Lepak-lepak situ sampai Subuh... baru naik komuter ke Bank Negara pada jam 6:15pagi.

Ehhhhhh... apsal cerita pasal pagi tadi? hehehe.. patutnya pasal buah tarap.

okok..

Buah tarap. Siapa pernah makan?


Rupa dia macam ini.... Gambar neh gambar tangan mak aku tengah nak buka buah tarap. Bukak pakai tangan je.. tak payah pakai pisau. Buah ini memang feveret aku ler. Setiap kali balik kampung mesti nak makan. Walaupun bukan musimnya sekarang.

Sekarang musim buah CEMPEDAK. Murah beb buah cempedak sekarang kalau dibandingkan dengan Tarap. Boleh beli tiga buah cempepak dengan harga RM2 ja.. fuhhhhhhhhh..... 

Tapi aku lebih prefer makan Tarap. 


Isinya berwarna putih. Kalau orang bukan dari Sabah akan cakap buah neh dimakan oleh monyet je. Ish.. ishh... ishhhhh...

Sodap tahu!

Ahhhhhhhh...... rindunya sama kampung aku daa........  ada dua buah lagi yang tertinggal kat rumah di sabah. Ingatkan nak makan sebelum bertolak balik KL tapi perut dah kenyang sangat, mak masak sedap sangat... huhuhu.....

Kat mana di KL boleh jumpa buah neh? Ngidam la... =p

PS: selamat kembali bekerja semua! Aku masih cuti.. esok baru start kerja . =)

Friday, September 3, 2010

Biskut raya buatan sendiri yang pertama dalam hidup.. ehehe

Meh ku kongsikan cara nak buat biskut raya yang paling senang sekali. Tak payah nak bakar-bakar atau masuk ketuhar. Tak payah nak main bentuk love2, bentuk daun dan sebagainya... campur bahan, letak.. dah. Tunggu kering baru letak dalam bekas. ekekeke...

Bahan-bahan utama... coklat.. terbeli coklat yang pahit.. adehh.. takpe2... sedap gak. Oh ya... boleh beli bahan-bahan ini kat sini.



Dan seterusnya... belilah bahan-bahan seperti tersebut...



Cara nak buat:

1. Cairkan coklat
2. Masukkan badam almond dan rice bubble dalam coklat yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga rata. 
3. Pastuh.. semasa coklat masih panas...... masukkan dalam cawan kertas guna sudu.

dan tadaaaaaaaaaaa..............


erkk....... seb baik biskut ini bukan untuk tujuan komersial.. keh keh keh