Penjagaan gigi lah yang berkemungkinan paling tinggi untuk diabaikan oleh orang. Nanti apabila gigi mula rasa sakit.. baru terhegeh-hegeh nak pergi jumpa doktor gigi.
Pereputan gigi tahu?
Gigi palsu tahu? Hah.. nanti tahulah kalau gigi kau dah abes mereput.
Mari kita tenung gambar gigi di bawah.
 |
Korang pernah alami keadaan gigi macam ini? |
Berdasarkan kajian, kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan golongan berumur 35 hingga 44 tahun iaitu sebanyak 96.5 peratus, diikuti 91.5 peratus (25 hingga 39 tahun) dan 80.9 peratus di kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun. (
sumber)
"......pereputan gigi kanak-kanak biasanya bermula dari atas (hujung gigi) manakala bagi orang dewasa masalah pereputan berlaku di celah-celah gigi." (sumber yang sama seperti di atas)
 |
PLAQUE BACTERIA + SUGAR = ACID.
ACID + TOOTH + TIME = DECAY |
Bagaimana pereputan gigi berlaku?
1. Kita makan benda bergula dan berkanji..... makanan melekat pada gigi.
2. Bakteria dalam mulut bertindak balas dengan makanan yang melekat pada celah-celah gigi lalu menghasilkan lapisan melekit berwarna putih kekuningan di panggil plak.
3. Kehadiran plak akan memudahkan asid melekat pada enamel, lama kelamaan menyebabkan gigi reput dan berlubang.
Lama-kelamaan... jika kebersihan gigi tidak dijaga... akan menjadi seperti di bawah...
 |
Mahu??? |
So mari aku kongsikan cara-cara penjagaan gigi:
1. Lawatan ke Doktor Gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun
2. Berus gigi dua kali sehari... kalau rajin setiap kali makan pergilah berus gigi kan?
3. Menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan gigi.
4. Mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kodial.
5. Mengurangkan pengambilan makanan atau minuman ringan yang manis di antara waktu makan utama. (Peluang berdiet ini!)
6. Floss... floss... floss!
Huhuhu...... baru berjumpa dengan doktor gigi pagi tadi. Aku kena tingkatkan lagi cara penjagaan gigi aku.