Thursday, April 29, 2010

Jejalan ke Gudang Metrojaya di Stadium Malawati Shah Alam

Aku telah pergi ke gudang Metrojaya yang diwar-warkan opismate aku.

Saja lah.. duit berbaki dalam Rm130 masih ade dan aku bertekad nak habiskan duit itu untuk diriku sendiri.

Target hari neh nak beli karpet dan tas tangan wanita. =)

Sejurus selepas waktu bekerja, aku bersama kawanku Siti terus masuk Federal Highway ke Shah Alam. Ikut laluan tiada toll.

Sedikit sesat semasa nak gi sebab ini pertama kali aku jejakkan kaki ku ke stadium Malawati. hehehe..

Masuk2 je.. aku terus carik tempat letak kereta yang HARAM.. yakni tiada petak pun.. suka-suki je letak kereta janji dekat dengan pintu masuk gudang tu. Dan.. aku tak block mana2 kereta atau block laluan. =)

Layan gambar japs..


Mase nak masuk tuh.. semua beg tak kira purse atau beg tangan wanita kena masuk dalam plastik dan diikat. Hoh.. security die kira tinggi gak ek? Setelah berjaya masuk ke dalam gudang.. macam-macam barang aku jumpa. Tapi aku terus masuk ke bahagian jual beg.


Memang banyak beg berjenama dengan potongan diskaun sampai 70%.. tapi............


.. beg yang aku berkenan sangat..sekali tinguk harga mo telan air liuq gakla dua-tiga kali. M288.80???

Duit dalam tangan seyes ku bawa RM130 ja bagi mengawal tabiat nak shopping lebih2 pada benda-benda yang lagho... Guna kad kredit? Tak mo la.. bayaran ansuran laptop adik aku belum abes bayar lagi.. tamo.. tamo...

Tibe-tibe ade pengumuman dalam dewan itu.

"Happy hours akan bermula dalam 5 minit. Beg-beg tangan berjenama akan dilelong dengan harga RM30-40 selama 30 minit. Siapa cepat die dapat"

Aku naik semangat... dan terus meluru ke sudut yang tengah mengadakan jualan lelong tu. Memang ramai orang yang berkumpul kat kawasan itu terutamanya kaum wanita. Ahhh.. aku nak gak menyelit.. =p

Apabila tiba masanya... ade seorang jurujual dengan membawa satu kotak besar.. menumpahkan beg-beg pelbagai bentuk dan warna ke dalam sebuah rak yang kosong. Main rebut2 lah kami macam kena sawan. Hahahaha.. Kelakar plak bila dikenang balik. Kat pasar malam tak macam ini pun...

Hasilnya.......... dapat beg cun berharga RM34.00.

Aku tak tunggu lama2 dan terus ke kaunter pembayaran. kawan aku hilang ke mana.. aku pon tatau..

Seb baik tak ramai nak gi bayar mase aku nak gi bayar........ erkkk....... diorg dok shopping lagi kott termasuk member aku..... hehehe...


aaah...... penantian itu sebuah penyeksaan....... aku faham para suami yang tengah dok luar menanti sang isteri bershopping sakan kat dalam.. hik hik hik hik.....

Tunggu dalam sejam jugak laa...... cisssssssss...............

Aku paksa kawan aku temankan makan kat seksyen 2.. dah alang2 sampai Shah Alam.. baik singgah makan ABC Fradoo ye dak?


hancur diet aku takmo makan memalam......... hmmmmmmmm.. sedapnyaa.......... dapat jumpa blogger Erina sekali......  =)

Oh ya.. aku lupa satu benda lagi laaa............ karpet atau tikar blom ku beli.. aku mo letak dalam bilik opis. hmmmmmmm....

So kami ke.....

Bazaria Larut Malam Danau Kota...

Kasut CROCS dalam harga RM15 ja.. pehhh.. tapi aku tak bernafsu nak beli. Ku nak beli karpet jugak... kami search satu tapak bazar itu tapi langsung tak jumpa.. huhuhu.... dan tibe2 mase nak balik.. terserempak dengan van mini yang mengangkut tikar dan karpet ke tapaknya. Kami terpaksa tunggu sehingga mereka menyiapkan gerai mereka.

Pukul 10:30 malam baru diorg buka.. dan aku berjaya membeli karpet RM60.

Kaching.. kaching! *bunyi duit keluar

RM34 + RM6 (makanan) + RM60 = RM100

Duit baki RM30++........ nak buat apakah???


PS: rindunya aku pada dia.. T__T

Tuesday, April 27, 2010

Memahami adat Melayu 3 - Melamar

Sambungan kepada
Memahami adat Melayu 1
Memahami adat Melayu 2 - Merisik 

Cincin permata tempawan gangsa
Menjunjung takar puteri bunian
Berlapik kata berbunga bahasa
Datang melamar puteri impian


Merisik sudah. Dua-dua pihak  berkenan pun sudah. =)


Adat melamar merupakan adat yang biasanya dilakukan selepas pihak lelaki sudah merisik dan memastikan bahawa si gadis belum berpunya dan boleh dipinang.

Adakalanya, adat melamar dibuat serentak dengan adak merisik bagi menjimatkan masa. Secara lazimnya, adat melamar dilakukan sebagai satu janji untuk mengesahkan peminangan atau kemahuan pihak lelaki untuk mengambil si gadis sebagai calon isterinya.

Adat melamar akan disertai oleh rombongan orang tua-tua dari kedua-dua pihak, tanpa pernyertaan oelh kedua-dua bakal mempelai. Dan sekali lagi tepak sirih dijadikan kepala adat dan lambang bermulanya bicara lalu diserahkan kepada pihak perempuan oleh pihak lelaki. Pihak perempuan akan sediakan sirih pinang untuk dimakan.


Pada kali ini, di dalam tepak sirih  itu diselitkan sebentuk cincin belah rotan. Jika pihak perempuan terima, dia akan mengambilnya, jika tak, dia menyerahkan kembali tepak sirih itu bersama cincin sebagai tanda penolakan.

Dengan adanya adat melamar ini, kedua-dua pihak dapat memastikan keadaan dan keturunan masing-masing. Ini bagi memastikan tiada pertindihan susur galur ataupun perkahwinan yang dilarang. Dalam adat ini jugak, tarikh pertunangan, jumlah hantaran dan tarikh hantar belanja akan ditentukan.

Kelazimannya, adat melamar ini akan dilakukan pada jarak masa yang tertentu selepas adat merisik diadakan bagi membolehkan kedua-dua pihak bersedia dan memikirkan sebarang keputusan yang akan diambil kelak.

Dengan sempurnanya lamaran ini, kedua-dua pihak telah mengambil satu keputusan sama ada ingin meneruskan perancangan untuk menyatukan pasangan ataupun menolak penyatuan pasangan ini. Sebab dalam tempoh masa  antara adat melamar dan bertunang, kedua-dua pihak masih boleh mengubah keputusan yang dilakukan tanpa sebarang denda atau sagu hati. Kedua-dua pihak masih lagi boleh menerima lamaran orang lain.

As always.. berita yang tak besh akan disampaikan melalui pantun secara kiasan dengan bahasa indah bagi mengelakkan rasa kecil hati pihak lelaki. Contoh pantun seperti di bawah.

Pantun Pihak Lelaki yang melamar

Bertanam sudah menuai pun sudah
Menanti hasrat berada di kamar
Bertanya sudah merisik pun sudah
Membawa hajat untuk melamar

Kalau mencari sarang kerengga 
Jangan tersandung terluka kaki
Kalau sudi seisi keluarga
Ingin menyarung cincin di jari


Dan sekiranya pihak perempuan menerima lamaran.. camneh la plak pantunnya

Dari Kuantan datang bertanya
Di mana ada si bunga raya
Ini jawapan kami adanya
Semalam ia sekarang pun ia.


Sweeeeeeeeeettttttt.. plak pantun neh.. wakakaka.. tapi kalau lamaran ditolak.. ini lak jawapan yang sesuai.

Tikar jerami corak berdiri 
Buat hamparan di hujung ampai
Maafkan kami rambut ke kaki
Hasrat tuan tidak tersampai


Banyak sebenarnya contoh rangkap pantun yang lain.. cukup setakat ini je laa.. =)

Next step...............

bertunang.........................

Monday, April 26, 2010

Memahami adat Melayu 2 - Merisik

Dara cantik menjeling mata
Jelingan nakal seluruh hala
 Adat merisik si dara jelita
Untuk mengenal keluarga segala


Jika pada sesi Memahami adat Melayu 1 berkenaan segala jenis Sirih  sebagai Lambang Keserasian Hati, kini tiba masanya untuk aku ulas berkenaan hal merisik pula. Ehem.. bukan sebab aku kena risik ok? Saja nak kongsi ilmu pasal adat kita yang makin dilupai dimamah pemodenan. Huhu..

Adat merisik dalam adat perkahwinan Melayu memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.


Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.

Pada dahulukala, adat merisik ini dilakukan oleh orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain. Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan bakal pasangan mempelai telah pun mengenali antara satu sama lain. Tujuan antara lainnya ialah:

1. mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang seperti calon itu masih belum dipinang orang ataupun pernah berpunya (janda dll)

2. libatkan perbicaraan tentang susur-galur keturunan iaitu nasab keturunan yang boleh dinikahi atau haram dinikahi. *pasal tulah sepupu tak baik kahwin wei!

3. dapat elak sebarang penyakit keturunan yang akan diwarisi oleh zuriat yang akan datang


Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan risikan berhasil, maka pihak lelaki akan minta diri. Jika pihak lelaki berpuas hati dengan status si gadis dan ingin meneruskan hajatnya, maka pihak lelaki akan menyerahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda. Pada mase neh lah pemberian cincin merisik dilangsungkan sekali dengan adat melamar dan penentuan tarikh pertunagan.

Jika cincin diterima, maka pihak perempuan akan mengembalikan semula tepak sirih kepada pihak lelaki sebagai tanda untuk pulang.

Contoh Pantun oleh Pihak Lelaki ketika Merisik Pihak Perempuan. hehehe



Pergi memikat burung serindit
Singgah di Lenga membeli lokan
Membawa hajat setinggi langit
Merisik bunga mekar di taman


Kembang mekar bunga Siantan 
Susun secekak harum baunya
Mekar mawar mewangi di taman
Bertuan tidak kami bertanya


Cincin rotan disarung di jari
manisnya jari cantink meruncing
Bunga tuan dipagari sang duri
Izinkan kami hendak menyunting


Harum segar bunga melati 
Disusun rapi di dalam puan
berhajat besar hasratnya hati
Teruna kami mencari teman


Ok, cukuplah empat contoh rangkap pantun. Jika pihak perempuan menerima risikan, berikut ialah contoh pantun menerima. ngeeeeeeeeee....


Tikar jerami hampar di laman
Mengulas dulang berisi emping
Bunga kami mekar di taman
Menanti orang datang menyunting


ikan parang dimasak kari
Masak dengan bercampur kerang
Besar panjang nak dara kami
Mengharap teman berkasih sayang


Anyam jerami berbelang warna
Tengah berlubang lekang susunan
Bunga kami belum berpunya
Menanti kumbang hinggap di taman


Turun ke sumur menanam lada
Lada sura merah geliga
Sampai umur ulmu pun ada
Bersedia dara hidup berkeluarga.



Hahaha...... bukan itu ja..... kalau misalnya pihak perempuan menolak risikan camna plak? aaah.. mestilah berpantun jugak...

Madu setakar jadi hidangan 
Santapan rasa pengantin bersanding
Bunga mekar di taman larangan 
Belum masanya untuk disunting


Daun kari enak baunya
Masak bersama sayur peria
Nak dara kami sudah berpunya
Menanti masa berjanji setia


Dayung pedati mainan dara
Berdayung dari pagi ke seja
berat hati ingin bicara
Empunya diri belum sedia


Peram bidara di atas para
Peram kian sehingga larut
Teruna dara masam mencuka
Mungkin keserasian belum bertaut


ha'ah. cukup ilmu aku untuk Majlis merisik..... sesi seterusnya berkenaan MELAMAR pula.. lalalala.. =p

Sunday, April 25, 2010

Burger OTAi bukan sebarang burger


Aku rasa burger paling sedap yang pernah ku rasai ialah Burger OTAi yang pernah ku beli secara tak sengaja kat kawasan Damansara. Aku beli Burger Ayam mase tuh dengan harga RM2.80. Agak mahal jugaklah kalau dibandingkan dengan burger yang aku beli kat Pasar Malam Sentul semalam dengan harga RM1.50. Jenis-jenis burger OTAi yang ade boleh rujuk kat gambar di bawah.


Tapi apa yang membezakannya?

Burger OTAi lebih ranggup! Wakakaka.. dan saiz die lebih besar dari biasa. Sampai sekarang aku kenyang dan dok kenang2. Rasa nak beli lagi la. Dang! Esok ku WAJIB pergi lagi. Hoho. Nak try Burger Spesel plak.

Seletah ku belajar dengan Google berkenaan Burger OTAi.. maklumat ini yang ku jumpa.

Yang membuatku kagum... sila baca seterusnya.. Ku amik maklumat dari laman web die kat www.otai.com.my

Pengasas perniagaan Burger OTAi.


Hah! Inilah Suhaimi Abas. Pengasas kepada burger yang mahal tapi sedap ini. Hoho. Dia telah dilahirkan pada 18 September 1973 di Pantai Rmis, Perak. Masih muda lagi neh. Ketika berumur 17 tahun, selepas peperiksaan SPM beliau telah berhijrah ke Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membantu bapa saudara beliau berniaga.

3 tahun selepas itu die mulakan perniagaan bersama kawan tapi menemui kegagalan setelah 2 tahun. Lumrah perniagaan camtuh ar. Ade risikonya. Selepas itu barulah die memulakan perniagaan menjual BURGER. Jenama OTAI ditubuhkan beberapa tahun selepas itu.

Timba ilmu dulu baru buat jenama.

OTAI membawa maksud 'Organisasi Tempat Ambil Ilmu'. Hmm, agak pelik nama perniagaan die tapi layankan jer la. ehehe. Cetusan idea ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan memastikan mereka dapat belajar keadah dan teknik yang betul tentang perniagaan burger yang telah terbukti keberkesannya.

OTAI Franchise Sdh Bhd telah dibangunkan oleh beliau sebagai 'Pusat Setempat' yang menyediakan semua keperluan perniagaan burger di bawah satu bumbung yang merangkumi 

-Pusat Latihan Usahawan Otai
-Membuat dan membekal Kiosk serta peralatan memasak burger


*semua KIOSK OTAi mempunyai rekabentuk yang sama.. Standard ar tuh...

-Membekal dan mengedar barangan burger
-Menguruskan lokasi serta lesen perniagaan
-Pengurusan modal perniagaan (MARA, TEKUN, PNS, PUNB dan SME Bank)
-Kawalan mutu dan servis berterusan

Senarai Pakej yang ditawarakan FRANCHISE OTAi *

Classic - RM 20, 000.00 (RM 550.00/bulan)

Bronze - RM 40, 000.00 (RM 1,100.00/bulan)

Silver - RM 60, 000.00 (RM 1,650.00/bulan)

Gold - RM 80, 000.00 (RM 2,200.00/bulan)

Platinum - RM 100, 000.00 (RM 2,750.00/bulan)

Suka slogan kata encik Suhaimi. Hehee..

"Kejayaan aku bukan berapa banyak duit yang aku ada, tapi BERAPA RAMAI USAHAWAN AKU LAHIRKAN" Mie OTAi

Sila ke laman web mereka jika berminat untuk membuka perniagaan ini.

Klip ini plak adalah bonus.. cara diorg buat burger.. ahahahaha..


Adui.. lapar balik ;aaaaaaa..... cisssssss...

Saturday, April 17, 2010

PIKOM PC Fair 2010 di KLCC: Ape yang besh?


Tempat letak kereta yang paling hampir dengan KLCC di belah luar. Letak kereta kat sini pastuh kat belakang ade tangga yang menuju betul-betul kat entrance KLCC convention center. Kalau kat dalam tak pernah cuba plak. Hohoho..


Aku tiada niat nak beli apa-apa pun sebab memang aku jenis yang suka lepak kat tempat-tempat gajet macam ini. Nak berjam-jam pun boleh. Erk!!! Gadget yang paling menarik perhatian aku ialah Netbook berhargra RM888. Harga paling rendah yang pernah ku temui setakat neh.

Spesifikasi PROLiNK Glee TA-009 Netbook 


ProcessorIntel Atom N270 (1.6GHz, 512KB L2 cache, 533MHz FSB)
ChipsetMobile Intel 945GSE Express Chipset
Memory1024MB DDR2 SDRAM (up to 2048MB max)
Hard disk160GB 5400rpm SATA 
GraphicsMobile Intel GMA 950
Display10.1-inch TFT LCD w/backlight (1024x600)
Web cameraBuilt-in 1.3-megapixel 
Audio/VisualHD Audio, stereo speakers, headphone/line out, 
microphone in, integrated 2MP webcam (w/mic)
Wireless supportIntel 802.11 b/g (optional 3G card)
Card readerMemory Stick, MS Pro, MMC and SD
Ports and connectors3x USB2.0, VGA, microphone in, RJ-45
headphone/line out, power connector
BatteryLithium-Ion 3-cell 2200mAh per cell (or 6-cell 2400mAh)
Operating systemWindows 7 starter
Dimension264 x 180 x 300 mm
Weightstarts at 1.11kg
Review:

Aku tertarik sebab walaupun ia murah, ia jugak dipasang SOFTWARE windows yang original. Kalau HP atau Acer untuk Netbook tanpa OS atau software.. paling murah boleh dapat ialah RM999 je.

Aku teringin nak beli! Waa.. nafsu.. STOK TERSANGAT TERHAD!

Selain itu..... aku terjumpa ini...




Henfon yang meniru IPHONE dari segi rupa dan function. Cuma slack tang memori dalaman je. Adakah patut cuma ade 256MB je. IPhone yang ori sekali dengan 8GB kalau tak silap.

Kalau nak upkan memori.. cuma perlu tambah RM1 je untuk 2GB SD memory card. Hmmm.. ok gak tuh.. eehehehe.. tapi aku masih sayang Nokia N95 8GB aku la.. da banyak berjasa. Takleh.. takleh membazir.


Selagi stok masih ade............ tapi dijual bak pisang goreng panas!

Oh ya........ aku jumpa pendrive 4GB untuk RM19! Agagagagagagaga!!!!

Malam ini aku nak kaji spesifikasi netbook2 lain yang dijual kat PC fair ini. Habes seme pamplets aku amik dan kumpulkan untuk kepuasan sendiri untuk kaji kat umah. 

1. Pros and cons 
2. Value for Money. 

hik hik hik..

Suka kaji benda2 macam neh.. walaupun ku takkan beli.......... errrrrrrrr............ kot... hehehe..

PC Fair 2010 kat KLCC akan berakhir pada 18hb April.. Ahad neh.. so jom check it out!

Thursday, April 15, 2010

Mali's Corner Danau Kota besh ke?


Tadi aku pergi sini untuk mencuba Char Koay Teow Basah  yang kononnya sedap tuh... tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. plan itu dibatalkan..


Sedap sangat ke? *sambil google gambar Char Koay Teow sebab da kempunan..

RM5?

Huhu.. ok nak tidur.. penat sebab mase nak gi tuh.. aku tersesat sampai ke Sri Rampai.. ishhhhhhhhhh....

Good Nite!


Wednesday, April 14, 2010

Memahami adat Melayu 1

"Biar mati anak, jangan mati adat... mencabut adat yang asing daripada ISLAM, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain" Ust Hasrizal Abdul Jamil

Aku tengah memahami adat Melayu sebab sebagai orang muda di zaman yang serba moden neh.. aku perasan banyak benda yang diamalkan oleh adat Melayu sejak turun-temurun zaman tok kadok lagi.. semakin dilupai oleh generasi sekarang.

Kenapa?

Sebab ramai mungkin ingat budaya resam itu merosak agama. Atau ramai yang terpengaruh dengan cara moden yang diilhamkan dari barat. Atau...

simply put it as... ramai yang tak tahu dan tak faham adat... =)

Bak kata Ust Hasrizal, "Kita tidak boleh memahami bahasa dahulu dengan pemikiran hari ini. Bahasa lama perlu berfikir cara lama. Orang Melayu membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang dianggap sebagai JATI dan HARGA DIRI. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasai."


Apa yang sinonim dengan adat Melayu? Tahu dak? hehehe..

berpantun beb...

Ini ku petik dari Karafi Salleh pula...
Cincin suasa bertatah mutiara
Cantik berkarang corak berpangsa
Indah bahasa adat budaya
Jadi lambang keagungan bangsa

Ini baru mukadimah.. aku baru nak masuk isi kandungan.. wakakaka...

Aku mendapati daun sirih ini menjadi antara komponen penting dalam adat Melayu.. selain itu, mak aku memang gemar hisap pinang ditambah kapur yang dibalut daun sirih ini.. sampai merah gigi.. huhuhu..



tapi aku hairan... apsal benda ini ada dalam adat perkahwinan orang Melayu?? Apa signifikannya?

Tepak sirih tahu?


Tepak sirih merupakan satu instrumen dalam adat Melayu sejak dari dahulu lagi. Menjadi simbol pelbagai adat istiadat Melayu khusunya.. ehem.(sakit tekak lak..)... upacara perkahwinan.

Ia ditegah dari dilangkah atau dipersendakan. Sebab once die jatuh ataupun terbalik.. orang kata itu sebagai alamat buruk dan tanda kecelakaan bakal menimpa.

Tapi dalam upacara perkahwinan, peranan tepak sirih ini adalah sebagai pemula majlis dan kepala adat. Ia menjadi lambang sama ada hajat yang dibawa tercapai mahupun sebaliknya.

Jika lihat pada gambar di atas, kedukukan, peranan dan inti kandungan yang terdapat di dalamnya mempunyai maksud yang tersendiri. Gandingan sirih bersama pinang, kapur, gambir, cengkih dan guna tembakau menyatakan betapa adat Melayu mementingkan kemuafakatan dan keharmonian. =)

Jom kita perhalusi maksud setiap benda itu....

Daun sirih -digambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
Kapur - lambagkan hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan
Gambir-yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati
Pinang- kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta keturunan yang baik-baik
Tembakau-rasanya yg pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk berkorban
Cengkih-rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata

Dan susun atur cembul-cembul itu melambangkan kedudukan di dalam sesebuah keluarga, Tepak sirih yang dibina meninggi ke atas melambangkan seorang ibu yang melindungi anak-anak dari segala jenis ancaman dan dugaan. Manakala cembul mewakili anak. Aku baru tahu maksud tepak sirih.. heeee...

Wahh.. sampai begitu sekali tepak sirih diangkat sebagai lambang ciri-ciri kekuatan bangsa Melayu. tapi sekarang komponen ini semakin terpinggir. Huhuhu.. kini ia cuma digunakan untuk hiasan semata-mata tanpa didalami maksud tepak sirih itu.

Ok.. sekarang dah tahu... hehehe..

Sirih junjung - komponen khusus dalam adat istiadat perkahwinan budaya Melayu. Juga menjadi simbol keazamana orang Melayu dalam membudayakan adat resam dan istiadat.

Dijadikan hantarang oleh kedua-dua pihak dan akan bertukar tangan di penhujung majlis sama ada semasa adat pertunangan mahupun pada hari perkahwinan. Kebiasaannya, ia disusun dengan menggunakan 100 helai daun sirih yang sedang elok ekmatangan dan saiznya seperti gambar di atas. Gubahan disulami dengan bunga-bungaan segar dan pada daun-daun itu dicaliti dan diselitkan bahan-bahan seperti kapur, gambir, pinang, tembakau dan cengkih.


Sirih dara - Komponen tambahan yang diadakan oleh pihak perempuan bagi menyampaikan satu maksud simbolik bahawa anak gadis yang dipinang ini adalah anak dara.Biasanya diletakkan di atas peterana pelamin, bahagian tengah untuk menyerikan pelamin serta menyampaikan maksud simboliknya itu.

Sirih gatal - gubahan daun-daun sirih bersama bunga-bungaan yang diikat dengan sapu tangan pada pangkalnya. Dibuat sekadar cukup untuk dipegang pada pangkalnya.. macam bouquet. Dipegang oleh mempelai semasa diarak untuk naik pelamin dan diserahkan kepada pengantin lelaki sebagai lambang penyerahan pengantin perempuan dan sebagai tanda kesediaan perempuan meneruskan majlis perkahwinan..

Juga lambang tuan rumah atau pihak perempuan menjemput pengantin lelaki dan rombongannya supaya masuk ke dalam rumah mereka..

Ok da.... cukup panjang da neh.. nanti ku sambung part 2 plak. Untuk simpanan peribadi aku. =)