Wednesday, August 11, 2010
ke Pasar Chowkit waktu tengah malam untuk beli ayam sebelum hari puasa
Kami sampai dalam pukul 12 tengah malam. Ramai orang yang tengah membeli barangan makanan basah dan kering kat sini.
Sungguh meriah.
Macam bukan tengah malam plak. Macam baru nak isyak. He he
Ayam halal tak? Ha'ahhh.. siap boleh nampak tayangan free kat belakang penjual ayam yang tengah menyembelih ayam. Hampir tak jadi nak beli sebab rasa kesian. Terdengar ayam itu ketika disembelih memang rasa pilu lak.
Cara mengatasi.
Fikirkanlah...... bahawa inilah fitrah ayam iaitu untuk dimakan oleh manusia.
Fitrah manusia apa??? beragama tauhid. Bukti.. sila rujuk ayat 30 surah Ar-Ruum kat bawah. =)
Aku dengan roomate beli satu ekor ayam je.
Nampak gayanya, harga ayam dah naik ler. Dulu RM6.50. Sekarang dah RM7.00 sekilo.
Kami dikenakan caj RM18 seekor.
Destinasi seterusnya ialah kedai runcit seperti di atas. Sesak dengan orang oooooo... sebab harga barangan makanan sini memang murah siot la. Carrefour dan Tesco memang takleh nak tandingi.
Nama kedai? Pemborong dan Peruncit Barangan Makanan Sejahtera Baru, Akan kami kerap ke sini untuk beli barangan dapur.
Budaya housemate aku neh pelik sikit.
Orang lain sibuk nak cari tempat berbuka yang best-best kat luar ataupun pergi Bazar Ramadhan yang berlambak di luar sana. Kami plak baru nak rajin masak sendiri. Wakakakaka.. Jimat lagi konon. Lagipun mungkin antara sebab utamanya..........
kawan-kawan aku yang kerja Swasta, ramai yang dapat balik awal dari opis tika bulan puasa. Pergi kerja pukul 9 pagi.. balik pukul 4:30 petang.
Tak ke heaven tuuuu? Kalah orang gomen.
Bekalan yang kami beli cukup untuk seminggu je. Kos dalam RM35 (ayam, sayur, bawang dll) ja untuk 4 orang makan selama seminggu. Jimat bukan? Hehehe.. minggu depan beli lagi.
OK... ku nak tidur jap sebelum bangun sahur. Dah pukul 2:17 pagi neh.. Nite!
Labels:
Jard Shopping?,
Jard's Food Reviews,
ramadhan 2010
Saturday, August 7, 2010
Masakan Sabah
Siri bersms dengan kanda yang berlaku sekali dua minggu. Yep.. amat jarang kami berkomunikasi. PJJ lah katakan.
Aku teringin nak belikan hang sumthing. - bunyi sms yang ku kirimkan kepadanya.
Aku plak teringin nak makan makanan sabah yang ko belajar dengan mak kau waktu kau balik hari itu
Kari ayam? Nak rasa ke?
Masakan tradisi Sabah le.
coppppppp......... masakan tradisi sabah? Otak aku ligat berfikir tika ini. Aku terpaksa minta pertolongan encik google tentang masakan tradisi Sabah, sebab setahu aku, masakan Sabah dengan Semenanjung lebih kurang sama je. Cuma kurang pedas je. Hu Hu.
So petang tadi, sambil ronda-ronda SOGO tinguk SALE, aku singgah la Kedai Buku Minerva kat jalan TAR. Tinguk je.. aku beli kasut sukan je tadi dan beg balik kampung berharga RM19.
Atas bantuan encik Google, kini buku di bawah menjadi milik aku.
Sigh. Banyak masakan sabah yang aku tak pernah rasa pun! Ha ha ha. Adakah aku telah menjadi Sabahan murtad?
Meh ku perkenalkan beberapa makanan tradisional Sabah. Patut ler aku kurang tahu sebab makanan ini popular di kalangan suku kaumnya. Contohnya.
Hinava - kaum dusunkadazan
Ambuyat - Suku kaum bisaya. Bugis pun ia jugak.
Bajau camna lak?
Aku tahu murtabak je....... wakakaka.. Makanan ini selalu kami beli dari pasar malam. Sedap wooooooooo....
Dan penjaram. Selalu tinguk makcik aku buat kuih ini setiap kali menjelang perayaan Hari Raya.
=)
Nak kena belajaq dari sekarang. Penting demi kesejahteraan rumah tangga kelak. ehem. ehem.
(pics kredit to google)
Labels:
Jard's Food Reviews,
Jard's Promotes,
Love?
Kedai Bake With Yen - tempat jual bahan dan peralatan biskut raya, kek yang murah!
29 & 33, Lorong Haji Taib Satu
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 2692 7623
Fax: 03 – 2694 5668
Mungkin penggemar pembuat kek dan biskut tahu tempat ini. Pusat operasi dia kat Bandar Putri, Puchong. Tempat yang aku pergi adalah seperti alamat yang tertera kat atas.
Lorong Haji Taib.
Gerun jugak nak pergi tempat yang terkenal dengan sarang pelacur dan nyah ini.
Hohoho... ada jugak aku terserempak dengan "wanita" buatan ini. Fuuhhhh........ cun abes la. Ehh.. melalut ke benda lain plak. Hahahaha..
Ok back to topic.
Inilah pemandangan yang menjamu kami ketika masuk ke pintu utama. Nampak kecil dari luar kan?
Tapi sekali masuk. Mak aiii........... ade dua slot kedai kat dalam.
Di dalamnya jugak ade satu peti sejuk yang mengandungi macam-macam jenis marjerin, filling, dan apa-apa lah yang berkaitan dengan kuih, kek dll. Tinggal nak rujuk buku resipi ke. hehehe..
Yang ini boleh dapat dalam rege RM2.40 - RM4.80 satu bungkus. Benda neh nak letak biskut cornflakes atau yang sewaktunya dengannya.. Tempat simpan kuih atau biskut pun ade. Satu balang dalam RM1 ke atas. Lagi murah kalau beli secara borong. Kotak untuk simpan coklat buatan sendiri pun ada.
Acuan buat cup cakes.. Dalam gambar neh harganya dalam RM17 ja. Rasa rugi plak tak pandai buat. Hu hu. Memang ade niat nak ikut kelas "Baking Cakes and Pastries" nanti. InsyaAllah... =)
Si penggemar pembuat biskut raya. Dia lah yang perkenalkan aku kat kedai neh... ehhehehe... penat dia drive masuk bahagian KL yang paling jem di Malaysia.
Macam-macam ade kat kedai neh........ tibe2 teringin nak beli je pastuh belajar kemudian. Wakakaka...
Untuk kedai-kedai Bake with Yen yang seumpamanya.. boleh usha link kat bawah ini..
=)
Labels:
Jard's Promotes,
Jualan Murah
Monday, August 2, 2010
Tempat berbuka puasa yang best!
Kat mana ye?
Joegrimjow tanya aku kat fesbuk jika aku nak buat majlis berbuka nanti. Macam nak buat. Heee.. tapi ade tak orang berminat nak join?
Inilah antara ciri-ciri tempat berbuka puasa yang sesuai dijadikan tempat berbuka ramai-ramai.
1. boleh muatkan ramai orang
2. makanan sedap
3. masjid dekat je.. jalan kaki je.. boleh tarawikh sekali kan?
Siapa ade cadangan paling best....... dapat...... hurmmmmmmm..... akan ku blanja die makan mase majlis berbuka puasa itu.
Heeeeee.... =)
Labels:
ramadhan 2010