Gagah hulubalang memegang panji
Dayang menari bertingkah irama
Adat bertunang meterai janji
Menanti hari disanding bersama
Setelah berjaya merisik dan melamar, barulah adat bertunang akan dilaksanakan. Adat bertunang bertujuan mendapatkan kata janji untuk menyatukan kedua mempelai. Dengan terlaksananya pertunangan di antara kedua-dua mempelai, maka ia bermakna kedua-duanya juga tidak boleh menerima dan meminang orang lain.
Sekirannya pertunangan ingin diputuskan, terdapat beberapa perkara yang akan diambil kira. Jika diputuskan oleh pihak lelaki, cincin tunang dan barangan hantaran akan dikira hadiah dan pihak perempuian tidak perlu mengembalikannya. Manakala sekiranya pertunangan itu diputuskan oleh pihak perempuan, pihak perempuan perlu memulangkan semua cincin dan barang hantaran, ada kalanya perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda daripada nilai asal.
Dari segi budaya, tak banyak pertunangan yang diputuskan oleh pihak perempuan. Perkara ini akan dianggap sangat mengaibkan bagi pihak lelaki. Justeru itu, pengembalian hantaran sebanyak dua kali ganda itu dirasakan memadai dengan aib yang ditanggung.
Adat bertunang ini didahulukan dengan tepak sirih sebagai kepala adat, sirih junjung, cincin tunang dan barangan hantaran lain seperti sepasangan persalinan dari kain yang bermutu, makanan, manisan dan lain-lain. Secara lazimnya, jumlah hantaran akan berjumlah ganjil dan pihak perempuan akan membalas dengan jumlah yang lebih berbanding pihak lelaki. Contohnya 7 hantaran dari pihak lelaki akan berbalas 9 hantaran dari pihak perempuan dan yang lain seumpamanya.
Pihak lelaki akan datang dengan dianggotai oleh orang tua-tua bersama-sama barangan hantaran. Seperti biasa, tepak sirih akan dihulurkan.
Topik perbincangan semasa adat pertunangan akan berkisar pada tempoh pertunangan berlangsung selama satu ke dua tahun. Namun tempoh masa tidak tepat dan ia boleh diubah untuk lebih cepat atau lebih lama.
Juga dibincangkan di dalam adat pertunangan ialah menentukan tarikh untuk upacara selanjutnya seperti adat pernikahan, majlis perkahwinan, adat bertandang dan jumlah duit hantaran. Pihak pengantin lelaki juga akan menetapkan tarikh untuk menghantar duit belanja kepada pihak perempuan.
Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan kata putus dibuat, maka pihak lelaki yang diwakili oleh seorang perempuan (kalau kampung aku, bakal mertua) akan menyarungkan cincin ke jari bakal pengantin perempuan sebagai tanda pertunangan ini bermula. Dengan adat ini, kedua-dua pihak sudah terikat dengan satu perjanjian tidak rasmi antara mereka.
Setelah semua berpuas hati dengan kata putus yang diambil dan hantaran telah bertukar tangan, pihak lelaki akan meminta diri untuk pulang. Di akhir adat bertunang ini, satu majlis makan yang ringkas akan diadakan untuk meraikan adat bertunang ini Majlis akan diakhiri dengan doa selamat untuk mendoakan kesejahteraan kedua-dua mempelai (kebiasaannya, tarikh untuk adat bertunang ini telah ditetapkan semasa adat melamar, dan pihak lelaki akan memaklumkan jumlah anggota rombongan peminangan dan juga waktu dijangka sampai bagi membolehkan pihak perempuan membuat persiapan).
Pantun berikut boleh digunakan oleh wakil kedua-dua belah pihak, mahupun pengacara majlis, ketika berlangsungnya adat bertunang.
Songket Betawi berbunga padat
Dipakai kerabat sebagai selendang
Datang kami datang berhajat
Menyampai hajat adat bertunang
Menjala udang di hujung kuala
Tersangkut jala si ketam batu
Tersenyum girang anak teruna
Bersama dara bakal disatu
Langkah seterusnya..........Adat Berandam untuk menyerikan lagi kecantikan bakal pengantin perempuan sebelum hari besarnya.
=)
Monday, May 17, 2010
Saturday, May 1, 2010
Pengalaman Membuat Facial Spa di Herbaline
Aku membuat temujanji pada pukul 12:30 tengah hari. Masuk-masuk je kat tempat itu pada tingkat 3, The Mall aku disapa oleh seorang gadis yang cun. Kulit putih melepak.. licin, bersih.
1st impression... aahh.. aku nak kulit camtuh!!
Die check muka aku camna.. (berjerawat bahagian dahi dan kulit kering kat belah2 lain.. hoho) lalu die rekemenkan treatment ape yang patut untuk kulit muka aku.. dan wallaaa... aku dimasukkan ke dalam SPA mereka.
Tempat agak gelap dan romantis gituu.. wakaka.. lagu slow dan instrumental kedengaran. Aku diminta buka kasut dan pakai selipar. Disuruhnya aku masukkan kaki ke dalam basin yang dipenuhi air suam2 panas dan die letak sedikit garam (aku rasa cam garam.... ). Ku rendam selama 5 minit. Kononnya untuk membunuh bakteria dan panaskan kaki. =)
Setelah 5 minit, aku ditunjukkan satu bilik kecil. Aku kena buka baju dan bra. Dan pakai baju macam ala2 tiub macam kat gambar atas tuh.. miahaha...sebab baik die tak suruh buka seluar.. Giler ar.
Oh ya.. tempat ini khas untuk wanita sahaja.. so peluang aku bertembung dengan lelaki dalam SPA itu memang TIADA la.. Rasa selamat dan selesa. =)
Muka aku dimanjakan selama 60 minit. Tak pasti die buat ape sebab mata aku tertutup sepanjang masa. Yang aku paling suka part die picit semua jerawat aku. Walaupun SAKIT.... tapi sedap setelah die letak pelembap dan urut2 sket muka aku. Die siap urut belakang dan tangan lagi.
Fuhhhhh... sedapnyaaa..... hilang stress aku kalau hari2 camneh..
Tapi mahal gak treatment neh...
Kos kesluruhan pengalaman aku pergi SPA neh.... RM88.. agagaga... =p
Sekian itu sahaja...
Kali terakhir aku pergi tempat neh... bulan 6 tahun lepas... wakakaka.... Bulan depan pergi lagi kotttt... kalau tak.. bulan 7 tahun depan kot....
=p
PS: korang ade cadangan tempat lain tak untuk buat facial?
Labels:
Kesihatan