Wednesday, June 30, 2010

MAA-MEDIcare Charity Dialysis Center buka pukul 7 pagi - aku kagum

Aku baru tahu tempat ini menawarkan rawatan dialisis dengan harga paling murah di seluruh negara iaitu RM99.00. Didirikan khas untuk membantu pesakit-pesakit yang kurang mampu. Biasanya bayaran untuk dialisis dalam RM250-300 kat hospital swasta.


Ayah aku mendapat appointment pukul 7 pagi tadi. Awal wooo aku kena bangun. Pandai ayah pilih masa... masa itu jalan ipoh tak jem lagi. Hehe..

Ini alamat pusat dialisis itu

2nd & 3rd Floor, Wisma MAA-MEDICare
No 183, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Tel: (016) 3398764
Fax: (603) 4043 4468

dan hari sabtu lak ayah aku ade appointment kat Kelantan


No 6447-C, Bangunan Maik
Jalan Telipot
15050 Kota Bahru
Kelantan
Tel: (016) 9210653
Fax: (609) 743 9004

Waaa....... tahu-tahu MAA-MEDIcare punyai banyak cawangan di seluruh negara. Best.. best.. =)

Untuk lebih lanjut.. boleh ke link bawah ini..

http://www.maa-medicare.com.my/

Monday, June 7, 2010

Mencari rumah sewa di Kuala Lumpur dari kaca mata orang Sabah

.. sangat payah............

Mase mula-mula datang Kuala Lumpur tanpa mengenali sesiapa.. tanpa ada saudara-mara yang berhampiran tapi aku berkeras jugak nak hidup di ibu kota. Mujur aku dapat di atas tiket ACCP, Aku dah tak ingat long form die.. ekekeke.. tapi kursus selama 6 bulan ini menjanjikan tempat tinggal yang percuma sepanjang kursus ini dijalankan dan jugak duit poket sebanyak RM500.

Aku memilih kursus ini sebab berada betul-betul di tengah KL dan kursus ini dijalankan di Cosmopoint kat Jalan Raja Laut.

Setelah itu baru aku kena membuat keputusan samada nak terus berada di KL atau balik ke kampung.

And the rest is history. =)
Semasa mendapat kerja yang pertama... berikut adalah tempat aku rujuk untuk mencari rumah/bilik sewa yang sesuai dengan kemampuan.

1. iklan rumah sewa di surat khabar Utusan Malaysia...
2. kat iklan-iklan yang ditampalkan kat tiang-tiang berhampiran stesen lrt contohnya Wangsa Maju
3. kat 7-eleven
4. kalau berkenan dengan suatu apartment.. aku akan terus bertanya kat pejabat pengurusan die jika ada bilik atau apartment yang kosong untuk disewa.
5. kat laman web... paling popular dan berkesan http://www.iproperty.com.my/

Masalah-masalah yang akan dihadapi ketika mencari rumah untuk disewa..
1. tempat jauh dari pengangkutan awam
2. tempat tak selamat... asyik ada kes pecah masuk rumah je..
3. ade orang tengah dok bersekudukan secara haram dalam rumah itu
4. susah nak dapatkan tempat untuk kereta.. parking lot sangat terhad
5. tempat tak strategik untuk ke tempat kerja.

Aku pernah meninjau satu rumah untuk disewa.. tuan rumah minta aku datang ke rumah itu untuk tinguk sendiri keadaannya sebelum bersetuju untuk pindah masuk.

Orang yang jemput aku kat pintu seorang gadis yang berpakaian agak seksi.  Bersinglet dan hanya berseluar pendek. Mula-mula aku tak rasa sebarang sangsi.. sebab biasa lah tuh.. rumah bujang wanita mestilah penghuni2 nya berpakain seksi kan?

Pas aku masuk dan melihat bilik yang hendak disewa.. aku terkejut nampak kelibat seorang lelaki tanpa baju keluar dari salah satu bilik dan selamba je duduk kat ruang tamu.

Terkejut beruk!!!!

Melihatkan muka aku yang blur itu.. gadis itu cakap... die harap aku...

OPEN-MINDED.

open-minded my ARSE!! *dalam hati je aku menyumpah-nyumpah... huhuhu.. aku terus tak jadi nak pindah masuk....

dalam 2-3 kali jugak aku mengalami perkara ini... akhirnya aku diajak pindah bersama seorang kawan satu kursus yang kebetulan mencari rakan serumah.. Alhamdulillah.. akidah dan akhlak aku dilindungiNya.. huhu..

Inilah wajah bilik aku tahun lepas.. ehehehe... aku bunk atas... tapi kini dah dapat bunk bawah...  Hidup lebih baik berdua... errr.. i mean ade rumet laa.. baru leh jimat tang sewa.. wakakaka.. =p


So.. pengajarannya.. kalau terjumpa iklan mencari housemate yang OPEN-MINDED... yang die maksudkan ialah open minded tang tuuttt je..

faham tak?

emo lak aku taip entri neh.. dah la.. maghrib dah nak masuk..

entri khas untuk orang yang menghadapi dilema mencari rumah sewa contohnya en Adziim... gud luck!

Friday, June 4, 2010

Bertolak ke Kelantan malam ini...

Apabila entri ini telah dipublish... aku telahpun dalam perjalanan ke Kelantan dan akan berada di sana sampai hari Ahad. =)

Semoga semuanya selamat dan kami selamat pergi dan kembali.

Bye-bye kawan blog!