|
Setiap 31hb pada setiap bulan ada diskaun 31%! Berbaloi-baloi! |
Aku tak tahu hantu mana yang merasuk diriku semalam. Keinginan tiba-tiba kuat sangat nak merasa ais krim Baskin Robbins yang kononnya lazat tapi sangat MAHAL itu. Aku biasanya makan ais krim McD yang berharga RM1.05 je. Nak belanjakan RM7.90 untuk ais krim rasanya bagi aku adalah membazir.
Tapi tidak apa.
Semalam selepas maghrib aku ke Bangsar untuk ke Baskin Robbins yang terletak di Jalan Telawi 3 itu. Punyalah payah nak cari parking! Tapi takpe.. aku parking kat bawah food court lah yang terletak di sebelah Bangsar Village. Jalan sikit jer.
Exercise, pujuk hatiku.
|
Baru tahu, 31% hanya untuk ais krim dalam cup je.
Ada 3 jenis cup. |
Mula-mula konfius jugak. Ais Krim dalam kon tak termasuk promosi 31% ke? Ramai gak orang beratur semalam. Siap kena amik nombor giliran lagi. Nombor aku 238. See.. ramai kan?
Disebabkan ada 3 jenis saiz cup untuk promosi 31%, seharusnya aku mampu beli saiz yang paling kecik je. HAHAHA.
Pint size beb.
Yang paling kecil pun, harga asalnya ialah RM25.90. Mak Aiii!!!
O.O"
Tetapi selepas diskaun 31% dan 6% cukai kerajaan....... aku bayar dalam RM18.90
|
Apalah nama perisa yang aku amik tuh. Tak ingat. HAHA |
Aku main tunjuk je kat ais krim yang aku nak. Yang penting banyak coklat. Hehehehe..
|
Giler tamak makan seorang-seorang. =p |
OKla.. memang sedap giler!!! Bulan Mac nak beli lagi. Weeeeeeee!!!!!