http://ignorantbrat.blogspot.com/2010/07/promosi-kerja-kahwin-2010-di-kompleks.html
Monday, July 26, 2010
Sana-sini di Promosi Kerja Kahwin 2010 @Kompleks Kraf Kuala Lumpur
http://ignorantbrat.blogspot.com/2010/07/promosi-kerja-kahwin-2010-di-kompleks.html
Sunday, July 25, 2010
Lasagna Cafe Milano KLCC paling sedap pernah ku rasai.
Keluar rumah pada hari Sabtu bukan sia-sia.
Oleh kerana teringin nak makan lasagna, aku usha la google nak carik lasagna yang paling sedap di Malaysia. Usha laman web Dominoes.... tapi review orang awam tentang lasagnanya kurang mengalakkan.
Aku cuba usha Pizza hut.. tapi mengikut pengalaman lepas...... lasagna pizza hut kurang sedap pada rasa lidah ku lah. Korang plak bagaimana?
Cuba Secret recipe........ macam mahal jeeeeeeeee........
Akhir sekali aku usha Cafe Milano kat KLCC. Pernah rasa sekali bersama Wafa semasa gathering geng memuah baru-baru neh.
Memang SEDAP!!!
Harga dalam RM7.99 jaa...... sangat murah dan berbaloi, jika dibandingkan tempat-tempat lain. Dominoes - RM10.99... Secret Recipe mungkin dalam RM15++... Ha'ah......... Kan Milano's punya lasagna lagi murah.
pro
Tapi yang lecehnya pasal KLCC neh... nak parking mahal.
Seb baik kena RM4 ja sebab aku singgah dalam sejam setengah je untuk makan semata-mata.. Wakakakaka..
Berminat nak cuba?
Sila ke
Cafe Milano and Just Desserts
Signatures Food Court
Level 2, Suria KLCC
Hoyeahhhhhh.......... aku kekenyangan sampai esok pagi kot. Alhamdulillah. =)
Wednesday, July 21, 2010
Promosi Kerja Kahwin 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Tarikh : 24 Julai – 02 Ogos 2010
Masa : 10.00 pagi – 08.00 malam (Ahad – Khamis). 10.00 pagi – 10.00 malam (Jumaat dan Sabtu)
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Aktiviti-aktiviti tarikan utama:
.Promosi Produk Kraf
.Perkhidmatan Kraf (Pakej Andaman, Pakaian Pengantin, Gubahan Hantaran, Tempahan Makanan, Kek dan Manisan, Kad Jemputan, Bunga Hiasan, Video dan Fotografi).
. Pameran Kraf Perkahwinan (Pameran Alat Muzik Dalam Perkahwinan Malaysia, Pameran Pelaminan Perkahwinan Malaysia dan Pameran Seni Kraf Logam Dalam Perkahwinan).
. Demonstrasi dan Interaktif (Demonstrasi Produk Kraf Perkahwinan, Demonstrasi Andaman Pengantin Malaysia, Demonstrasi Masakan & Kuih Tradisional,Manifestasi Perkahwinan Malaysia, Interaktif Perkahwinan Malaysia).
. Rewang Pengantin
. Peragaaan Fesyen Pesona Pengantin Malaysia
. Irama Perkahwinan Malaysia
- Pertandingan Kompang/ Rebana sempena Promosi Kerja Kahwin 2010 pada 31 Julai 2010 (Sabtu) *Pertandingan ini terbuka kepada warga Malaysia dan hadiah menarik berupa wang tunai menanti para pemenang. Maklumat lanjut dan pendaftaran secara online di www.kraftangan.gov.my.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Promosi Kerja Kahwin 2010 di talian 03-2162 7459.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
TEL : 03-2161 3793
Ini adalah contoh gambar kenangan dari Promosi Kerja Kahwin pada tahun lepas.
Tahun ini aku merancang nak pergi hari Ahad neh..
Sesiapa nak pergi.. meh kita berjumpa di sana!
Saturday, July 10, 2010
Doli Kuey Teow Goreng dan Night Safari Taiping
aku ke taiping, perak
Dengan menaiki kereta cik sona milik seorang rakan blog.... empat orang gadis sunti telah membuat road trip secara last minute ke taiping, perak.
Hotel belum dibook.. macam-macam masalah yang dihadapi...
tapi besh la.. ehehehe.... keje gila orang bilang.
Terjumpa tempat penginapan Causari Inn yang sangat menyeramkan tapi tempat die sesuai diambil gambar...
=)
Ini kali pertama ku jejak kaki ke taiping... kota warisan. Cun!
Syukur dah jumpa hotel... cuma kena bayar lebih sket la sebab dah hampir penuh. Tinggal bilik-bilik yang mahal je........... huuuuuuuuu..... *tgh sengkek tak sedar diri neh.. ish.. ishh...
Takpe.. bukan selalu gi sini..... Malam neh nak gi Safari Night....... horse riding pon cam besh gakkk...
chow!
Sunday, July 4, 2010
end of travelog series - sampai KL pukul 11 pagi
Saturday, July 3, 2010
travelog 04 - pendaftaran pelajar baru usm 2010 dan baju muslimah
Kesian adik aku. Dari semalam die tak lena tidur. Asyik terjaga jer. Mungkin sebab nervous akan ditinggalkan di USM nanti? Tinggal keseorangan? hehe..
Kampus USM untuk perubatan takdelah luas sangat kalau dibandingkan dengan UMS.. atau Unimas. Aku pun terkejut tinguk keadaan hostel pelajar perempuan yang dilengkapi dengan perabot-perabot yang lama dan agak kotor. Ayat yang pertama keluar dari mulut adik aku tatkala menjejakkan kakinya masuk ke bilik hostelnya ialah, "Cantik lagi bilik aku semasa matiks"
Aku senyum jer. Bilik aku semasa Unimas pun lagi cantik.... umpama tinggal di sebuah apartment. Satu apartment itu diduduki 8 orang. Siap ade ruang tamu dan dapur lagi yooo.... Di seberang plak ialah hostel lelaki. Kalau bukan kami yang kena skodeng... kami lah yang jadi tukang skodengnya. hehehe..Tibe-tibe aku rindu kat UNIMAS yang serba moden tu.Dah empat tahun aku tak jejakkan kaki ke Sarawak.
Semasa adik aku sibuk menguruskan hal pendaftarannya.. aku lak sibuk nak jenguk bilik hostelnya dulu. Sambil-sambil itu nak tolong booking katil, almari dan meja belajar yang paling bagus dalam bilik yang dikongsi bersama 2 pelajar lain. Terkejut gak... roomate adik aku seorang cina. Ayah aku cakap.. "Baguslah tuh... nanti hen akan lebih fokus pada studi kalau berkawan dengan orang cina" Oh yaa... Hen itu merujuk pada adik aku. Nama kampungnya. =p
Hehehe.. positif sungguh ayah aku neh.
Siap urusan pendaftarannya dan sesi mengangkat barangannya masuk bilik... kami pun bergerak ke MAA Medicare Center kat jalan Telipot. Ayah ade appointment pukul 11 pagi.
Die masih kat sana pada saat aku menaip entri ini. Lepas hantar ayah kat sana.. aku berusaha mencari jalan ke Pasar Siti Khadijah. Tapi asyik sesat jalan je.. hohohohoho.....
Alhamdulillah jumpa... dan hajat ku nak beli baju muslimah dan keropok ikan tercapai. Sekali 5 helai baju ku rembat dari sana dengan harga RM22 sehelai. Kalau kat Kota Belud mau RM45 satu bah... =p
Semalam gi Mydin besar kat Kubang Kerian.. jakun jap bila masuk tempat tuh.. besar wooo!!! Kalah Mydin Kuala lumpur. Wakaka....
Ok ar... puas aku taip panjang-panjang sebab jumpa laptop berinternet. How? Biarlah rahsia.. hehehe...sekejap je neh. Pastuh nak off amik ayah dari pusat dialisi. Chow!
Friday, July 2, 2010
travelog 03 - masalah hotel dan tak dapat tinguk bola
Mencari tempat penginapan tak semudah yang disangka. Kami pergi usha 4 buah hotel yang berhampiran usm kubang kerian.
1. Hotel pertama - bilik penuh, tinggal apartmen untuk disewa selama sebulan rm1200. Hoh!
2. Hotel kedua - penuh
3. Hotel ketiga - ada satu bilik 2 katil je yang free. Bila kami check, sangat kecil dan daif skali. Tak lalu nak tinggal sana. Caj - rm73! Hoh! Hotel bajet kat KL lagi selesa dan murah!
4. Hotel keempat - bilik besar 2 katil ada yang kosong tapi... Tapi... TANDAS KAT LUAR! Giler mikir!
Akhir skali kami cari rumah tumpangan atau lebih dikenali sebagai homestay. Tapi jauh skit lah. Kat kota bharu. Heee. Luas dan selesa. Rm120 satu malam. Katil besar ada dua. Siap ada bilik pantri dengan pingan mangkuk lagi. Ah.. Thanks pada hj yusof. =p
Sayangnya malam neh aku tak dapat nak layan bola. Team kegemaran aku brazil main malam neh. Huhu. Tapi konfem brazil menang. Konfem!
To joe, aku tiada number kontek kamu lah. Seganlah nak gi jumpa kamu. Hehehe. Takut nanti adik pompuan aku terpikat dengan kekacakan mu. Pape pun, terima kasih kerna ada niat nak jemput kami ke rumah. Heee... Segan dowh.
travelog 02 - sampai kota bharu dalam masa 6 jam
syukur, kami telah selamat sampai kota bharu pada pukul 1 tengah hari. Laju ayah ku bawa kereta. Hehehe. Ku buka mata je, kami da sampai.
Kami nak cari hotel zu zu yang berhampiran dengan usm kubang kerian plak. Kalau terjumpa hotel lain pun takpe.
Uish, lapaq....
travelog 01 - 16km lagi ke kuala lipis
Perjalanan lancar setakat neh. Masuk ja simpang ke raub lepas tol bentong, ayah aku lak take over. Hehe. Sepanjang jalan semasa aku drive, die asyik menegur cara ku bw kreta. Nah, die lak drive. Ku rilek2 la kat blakang.
Aku da inform urus setia pasal beg parlimen yang ku tinggalkan kat sekuriti smlm. Harap tak dikenakan tindakan atas sebab kecuaian menjaga harta kerajaan. Huhu.
Da minum ubat batuk. Mau tidur. =)
Thursday, July 1, 2010
Bagaimana hendak ke Kelantan dari Kuala Lumpur?
Nak ke Kelantan ade macam-macam jalan dan cara untuk ke sana.
Naik kapal terbang AirAsia - tambang hanya RM53 (economy promo - RM100 (economy)
Naik kapal terbang MAS - tambang RM298 (inclusive of tax) ke atas.
Naik bas - RM40 atau RM37 jika ade kad diskaun Budaya Ekspress.. bas lain tak tahu la plak
Naik kereta?
Hurmmm... lalu ikut Kuala Lipis.. ini kosnya..
Tol Gombak RM5
Tol Bentong - RM3
Total = RM8.00
Dan tangki minyak yang mencukupi selama 8 jam++
aku bajet setiap dua jam = RM25
so lapan jam = RM100??? mungkinlah.. heeeee......
Apa cara lain untuk ke Kelantan ke? Sepa jawab naik belon aku tampar laju2. =p
PS: on the way to the parlimen once this post is published..