Monday, May 17, 2010

Memahami adat Melayu 3 - Bertunang

Gagah hulubalang memegang panji
Dayang menari bertingkah irama
Adat bertunang meterai janji
Menanti hari disanding bersama

Setelah berjaya merisik dan melamar, barulah adat bertunang akan dilaksanakan. Adat bertunang bertujuan mendapatkan kata janji untuk menyatukan kedua mempelai. Dengan terlaksananya pertunangan di antara kedua-dua mempelai, maka ia bermakna kedua-duanya juga tidak boleh menerima dan meminang orang lain.

Sekirannya pertunangan ingin diputuskan, terdapat beberapa perkara yang akan diambil kira. Jika diputuskan oleh pihak lelaki, cincin tunang dan barangan hantaran akan dikira hadiah dan pihak perempuian tidak perlu mengembalikannya. Manakala sekiranya pertunangan itu diputuskan oleh pihak perempuan, pihak perempuan perlu memulangkan semua cincin dan barang hantaran, ada kalanya perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda daripada nilai asal.

Dari segi budaya, tak banyak pertunangan yang diputuskan oleh pihak perempuan. Perkara ini akan dianggap sangat mengaibkan bagi pihak lelaki. Justeru itu, pengembalian hantaran sebanyak dua kali ganda itu dirasakan memadai dengan aib yang ditanggung.


Adat bertunang ini didahulukan dengan tepak sirih sebagai kepala adat, sirih junjung, cincin tunang dan barangan hantaran lain seperti sepasangan persalinan dari kain yang bermutu, makanan, manisan dan lain-lain. Secara lazimnya, jumlah hantaran akan berjumlah ganjil dan pihak perempuan akan membalas dengan jumlah yang lebih berbanding pihak lelaki. Contohnya 7 hantaran dari pihak lelaki akan berbalas 9 hantaran dari pihak perempuan dan yang lain seumpamanya.

Pihak lelaki akan datang dengan dianggotai oleh orang tua-tua bersama-sama barangan hantaran. Seperti biasa, tepak sirih akan dihulurkan.

Topik perbincangan semasa adat pertunangan akan berkisar pada tempoh pertunangan berlangsung selama satu ke dua tahun. Namun tempoh masa tidak tepat dan ia boleh diubah untuk lebih cepat atau lebih lama.

Juga dibincangkan di dalam adat pertunangan ialah menentukan tarikh untuk upacara selanjutnya seperti adat pernikahan, majlis perkahwinan, adat bertandang dan jumlah duit hantaran. Pihak pengantin lelaki juga akan menetapkan tarikh untuk menghantar duit belanja kepada pihak perempuan.


Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan kata putus dibuat, maka pihak lelaki yang diwakili oleh seorang perempuan (kalau kampung aku, bakal mertua) akan menyarungkan cincin ke jari bakal pengantin perempuan sebagai tanda pertunangan ini bermula. Dengan adat ini, kedua-dua pihak sudah terikat dengan satu perjanjian tidak rasmi antara mereka.

Setelah semua berpuas hati dengan kata putus yang diambil dan hantaran telah bertukar tangan, pihak lelaki akan meminta diri untuk pulang. Di akhir adat bertunang ini, satu majlis makan yang ringkas akan diadakan untuk meraikan adat bertunang ini Majlis akan diakhiri dengan doa selamat untuk mendoakan kesejahteraan kedua-dua mempelai (kebiasaannya, tarikh untuk adat bertunang ini telah ditetapkan semasa adat melamar, dan pihak lelaki akan memaklumkan jumlah anggota rombongan peminangan dan juga waktu dijangka sampai bagi membolehkan pihak perempuan membuat persiapan).

Pantun berikut boleh digunakan oleh wakil kedua-dua belah pihak, mahupun pengacara majlis, ketika berlangsungnya adat bertunang.

Songket Betawi berbunga padat
Dipakai kerabat sebagai selendang 
Datang kami datang berhajat
Menyampai hajat adat bertunang


Menjala udang di hujung kuala
Tersangkut jala si ketam batu
Tersenyum girang anak teruna
Bersama dara bakal disatu


Langkah seterusnya..........Adat Berandam untuk menyerikan lagi kecantikan bakal pengantin perempuan sebelum hari besarnya.

=)

11 comments:

iQBaL HaSBuLLaH said... [Reply]

wahhh...cik jad dh mmg xsabar nampaknya...
hehehehe..
xpa2..tambah lagi ilmu didada..
btw thanks untuk info ni..heeee

hans said... [Reply]

bila sis nak sambung zaman kanak2 nih
penat tunggu nih

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said... [Reply]

n3 ni wat aku ketaq nak tunggu lepas raya nih....hehehhee

Jard The Great said... [Reply]

@iqbal.. hohoho.. u're welkam =)

@hans.... hehehe.. mlm neh kot.. sabar2 ye

@yanie.. tahniah wei! ehehe

Nur Su'aidah said... [Reply]

cik jard dah bertunang? :)

a kl citizen said... [Reply]

didoakan jard cepat melalui adat2 tersebut...

maisyara Pot! Pot! said... [Reply]

nanti den nak bertunang, tak nak orang2 berpantun. nak diorang jadi penyajak macam william shakespeare. ohhh.. indah yaa xD

Jard The Great said... [Reply]

@suaidah.. eh.. bukan2.. ku nk bertunang dgn siapa? ehehehe

@maisyara.. ahahaha..

@kl citizen.. thanks.. =)

Anonymous said... [Reply]

bc entry nie malo2 je.. rasa mcm kena risik dan nak bertunang lak hikhikhikhik

BTS

Peri PiA said... [Reply]

jard,org sekarang bertunang kan grand mcm kenduri hehe

Anonymous said... [Reply]

mengapa tiada memahami adat melayu 4 ?