Sunday, November 7, 2010

UO Superstore - Tempat Shopping yang murah-murah tapi tidak ramai yang tahu

Petang tadi aku ke OU Superstore. First plan nak ke JJ Wangsa Maju.. tapi sebab tak nak terserempak dengan encik Aus, aku tukar fikiran last minute. Hak hak hak.

*dari google

Untung Orangramai... nama penuh untuk UO. Pelik tapi benar. Inilah kedai kegemaran bapa aku dan tempat shopping yang wajib setiap kali dia mai Kuala Lumpur.. LOL. Meh aku kongsikan serba sedikit tentang kedai ini yang mungkin tengelam dek kemunculan SOGO, Carrefour, TESCO, Jaya Jusco, Giant dan Cold Storage. *Nak kaji satu-satu kedai tak larat den. Kui kui kui. 

UO superstore memulakan operasinya pada bulan Mac 1993 dengan cawangan pertamanya di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Jugak lebih dikenali sebagai Petaling Street. Cawangan yang kedua pula adalah di Ipoh pada 11 Mei 1996.

Cawangan-cawangan lain seperti berikut:
Plaza Angsana Tampoi Johor Bahru - 16 Okt 1997,
Chow Kit Kuala Lumpur - 25 Jun 2004,
Pantai Hill Park Kuala Lumpur - 31Mac 2006,
Plaza Kotaraya Johor Bahru - 22 Septr 2006,
Galaxy Ampang Kuala Lumpur - 9 Feb 2007,
Pasir Gudang Johor Bahru - 21 Sept 2007
Melawati Kuala Lumpur - 28 Ogos 2009.

Aku suka lah pergi kedai neh. Lain dari yang lain ke? Errr.. tak jugak. Tapi kalau SALE. Memang gila-gila SALE lah. Tak tipu punya SALE di mana orang markup harga pastuh claim ada diskaun 70%.. walhal harga tak berubah pon dengan harga asal. Ishhhh.......

Tadi pergi usha baju lelaki kat sana. Sebab kalau kat SOGO jumpa harga dalam RM49.90, itupun setelah diskaun. Tapi kat UO Superstore.......... RM29.90!


Harga Jeans untuk orang dewasa tak kira jantina boleh jumpa dalam rege RM5!

Oklah.. aku memang giler SALE. Jimat sakan beb. Pastuh jumpa plak baju-baju T berjenama yang berharga RM15 hingga RM29 untuk saiz XXL.. sesuai untuk membantu kawan aku yg minta baju merah tuh dan sesuai jugak untuk adik-adik lelaki aku yang gempal2. Rambang mata jugak la. Penat housemate aku pusing2 mengekori langkah aku. Sampai dia sakit kaki lak tuh. Hehehehe. Thanks beb.

Akhirnya setelah pusing2 sakan.. aku cepat-cepat bayar. Takut tukar fikiran lagi. Baru tahu betapa susahnya nak buat keputusan dalam pemilihan baju yang murah2. Adoyaii.. Dengan hanya berbelanja sebanyak RM44.90.. aku berjaya rembat 2 helai baju-T untuk lelaki.. Dua2 branded okeh. Puas hati.. tapi.. soal die pakai ke tak baju yang aku belikan... lain citer. =p

Ermm. gambar takda. Nak bagi saspen kepada penerima.

So... silalah pergi ke UO Superstore. Kalau da pandai pergi Mydin di pusat bandar tuh.. UO tadak hal lah!

PS: lebih nikmat tulis entri panjang2 dari yg pendek2.. heeeeee

23 comments:

Nur Suaidah Bachok said... [Reply]

kite tahu. kite tahu!! sebab masa praktikal kat IMR dulu, memang makcik2 ramai shopping kat OU situ jeee..

faRiha said... [Reply]

OU ke UO yang.. hehe.. kat Ipoh pun de satu.. tiap kali balik Ipoh mesti kne gi sini.. tiap kali raya mesti cari baju and suar kat UO.. Untung orang ramai.. hehe ^^

faRiha said... [Reply]

OU ke UO yang.. hehe.. kat Ipoh pun de satu.. tiap kali balik Ipoh mesti kne gi sini.. tiap kali raya mesti cari baju and suar kat UO.. Untung orang ramai.. hehe ^^

Jard The Great said... [Reply]

hahaha.. silap laa.. adehh.. da tukar =p

Aus MeLankoLik said... [Reply]

sampai hati jard , hahaha .

patut tak nak bgtaw , kalau taw aku beli kat sane je , hahaha

Jard The Great said... [Reply]

@aus.. alamak! ingatkan tak mai blog aku sudey. kantoi dah neh.. ahahaha..

JMR said... [Reply]

untung orangramai ek? dulu2 penah gk masuk, tapi rasanya dah bertahun tak masuk since dulu2..

:-p

Along Fina said... [Reply]

huhu... memang tak pernah pegi tempat ni...

Yunus Badawi said... [Reply]

Kalau ko nak dapat diskaun giler2 ko jadi member. Aku ni member. Bila ada sales mesti mereka sms aku.

Aku pernah menang pertandingan kaut dan menang kat OU Chow Kit. Ada aku buat n3 tentang tu dulu masa di awal penglibatan aku dgn blog hehehe

Adziim said... [Reply]

Aaa...jauh dari puchong. Mls trafic jam. Haha~

Untung le sape dpt bini cm Jard...pndai survey harga barang,hehe.

♥ Cik Puan Pinky ♥ said... [Reply]

murahnyeeee!
tp jauh nak pegi T__T

noorafzan.blogspot.com said... [Reply]

sis, dulu belaja akt JB mmg tempat wajib tu UO, Plaza Angsana. Anaggup naik bas past ujalan kaki d1 km semata-mata nak beli baju murah2 kat sana.
rindu beb zaman itu.

sweater pertama ku beli di OU dan kena rembat oleh kakakku.
mmg tak jumpa dah style camtu sekarang.

suffer8zine said... [Reply]

uo kat chowkit la paling sesak kat dunia, heheh

Terkini : Enter

IxoR@ said... [Reply]

Tahu kewujudan pasaraya ni, itupun kalau gi Ampang....

Tak penah gi shopping kt situ... tp bila u bgtau harga kat sane murah... wahh berbaloi-baloi...

why not try gi shopping sana....

;)

Anonymous said... [Reply]

tak tahu! huhu

n a d e a said... [Reply]

dulu masa training selalu pegi UO kat petaling street! yeah kita tau ;))

velasrizal said... [Reply]

mmg ramai xtau kt sini murah2..

Zip Bed : Bagi Mereka Yang Malas Mengemas Katil

Sheherazade said... [Reply]

O U,One utama hehe

hubby ku penah keje kat UO dolu2

atulhani said... [Reply]

Salam.. saya selalu gi UO kat Plaza Angsana tuh kalau balik kampung.. hhmm memang murah pun.. tapi tak semua barang kot.. :)

Anonymous said... [Reply]

uo brg2 mmg murah2.... kat p.gudang skrg da bnyk tmpt utk ppuan2 yg shopaholic....

camne nk apply vacancy kat uo ?
ade x website die?

xtau nk apply camne

Anonymous said... [Reply]

Bkn semua murah UO tu.. tahun sudah lupa nak check harga baju... sbb tahun2 sebelumnya beli baju mmg dlm RM30+ tgk2 masa kt kaunter pembayaran dia scan baju tu RM60+ sehelai.. dah la amik 2 helai.. nak pulangkan balik segan sbb orang dah beratur panjang.. kna la amik dengan hati yang berat.. Lain kali kna check harga baru beli..

Ash said... [Reply]

Nak gi UO ipoh jap gi...beli brg kolej...

Anonymous said... [Reply]

Kt melaka ad cawangan uo x?sapa taw bg info ckit kt cni?