Wednesday, February 2, 2011

31% di Baskin Robbins, pengalaman pertamaku

Setiap 31hb pada setiap bulan ada diskaun 31%! Berbaloi-baloi!
Aku tak tahu hantu mana yang merasuk diriku semalam. Keinginan tiba-tiba kuat sangat nak merasa ais krim Baskin Robbins yang kononnya lazat tapi sangat MAHAL itu. Aku biasanya makan ais krim McD yang berharga RM1.05 je. Nak belanjakan RM7.90 untuk ais krim rasanya bagi aku adalah membazir.

Tapi tidak apa.


Semalam selepas maghrib aku ke Bangsar untuk ke Baskin Robbins yang terletak di Jalan Telawi 3 itu. Punyalah payah nak cari parking! Tapi takpe.. aku parking kat bawah food court lah yang terletak di sebelah Bangsar Village. Jalan sikit jer. Exercise, pujuk hatiku.

Baru tahu, 31% hanya untuk ais krim dalam cup je.
Ada 3 jenis cup.
Mula-mula konfius jugak. Ais Krim dalam kon tak termasuk promosi 31% ke? Ramai gak orang beratur semalam. Siap kena amik nombor giliran lagi. Nombor aku 238. See.. ramai kan?

Disebabkan ada 3 jenis saiz cup untuk promosi 31%, seharusnya aku mampu beli saiz yang paling kecik je. HAHAHA. Pint size beb.

Yang paling kecil pun, harga asalnya ialah RM25.90. Mak Aiii!!!  O.O"

Tetapi selepas diskaun 31% dan 6% cukai kerajaan....... aku bayar dalam RM18.90

Apalah nama perisa yang aku amik tuh. Tak ingat. HAHA
Aku main tunjuk je kat ais krim yang aku nak. Yang penting banyak coklat. Hehehehe..

Giler tamak makan seorang-seorang. =p
OKla.. memang sedap giler!!! Bulan Mac nak beli lagi. Weeeeeeee!!!!!

10 comments:

eykameow said... [Reply]

heheheehe memang sedapppp!
eyka akan makan hari rabu. (ikut bajet) sebab murah kalau tunjukkan pape yg ber-color pink kat dorang. sebab ari rabu adalah pink-day!

so, price double scoop hanya di bayar dengan price 1 scoop.
err..ko phm x jard? heeee :P

nur hannani said... [Reply]

selalu berangan je nak makan BR neh. bile pike harga, terus dalam pale otak rase macam, baek makan aiskrim pop je. huhuk T__T

Jard The Great said... [Reply]

@eykameow.. selepas pergi hari tuh baru aku FAHAM! hehehe.. ok. nk pergi hari rabu gak la. ehehehe

@nur hannani.. cuba gi masa promosi. hehe. hari rabu pakai pink dpt diskaun dan pada stp 31hb stp bulan =p

ecah said... [Reply]

patotla kt mid smlm rmai yg beratur..aku pelik dah npe rmai sgt..

Jard The Great said... [Reply]

@ecah.. hehehee.. mari kita ikut meramaikan pada next 31hb.

Mr feckry said... [Reply]

sekali sekale boleh le

Hazzy Ishak said... [Reply]

walaupun sedap tak leh makan selalu, haagen dazs lagi lah tak mampu.

iQBaL HaSBuLLaH said... [Reply]

wahhhh...sedap2..
blh la mintak jard punya aiscream skit..

:)

Hunny said... [Reply]

sedapnyerrr.. terliur rase..

Puan Capa said... [Reply]

ganjaran utk diri sendiri