Ada lima siri pertunjukan untuk Festival Drum ini dan aku menghadiri hanya dua daripadanya.
Perkara yang membezakan antara mini show dengan Gala Night adalah dari segi para jemputannya dan lokasi. Gala Night dihadiri oleh VVIP yakni Menteri Besar Perak atau/dan Raja Muda Perak manakala show yang lain tiada VVIP.
Jadual Program Royal Belum World Drum Festival 2012:
- Pocket Show (Mini Show)-
21 Feb 2012 : Taiping Sentral Mall – 8pm
22 Feb 2012 : Dataran Putra, Lumut – 8.45pm
23 Feb 2012 : Laman Budaya, Kuala Kangsar – 4pm
- Gala Night -
25 Feb 2012 : MBI City Square – 8.45pm
26 Feb 2012 : Gerik Airstrip (Lapangan Terbang Gerik) – 8.45pm
Kemasukan adalah percuma.
Pertunjukan di kedua-dua lokasi terakhir lebih kurang sama je. So jom layan gambar dari MBI City Square.
|
Pentas dipersiapkan untuk menyambut kedatangan Menteri Besar |
|
Pertunjukan dimulakan dengan tarian tradisional dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) |
|
Para penari menggunakan pentas dengan sepenuhnya... |
|
....dan rakan media lain akan berada tak jauh dari mereka. Haha. |
|
Aksi menarik dari India. Kumpulan "Malwa Sabhyacharak Club". |
|
Pemain drum yang comel-loteh dari Thailand. Kumpulan "Absolutely Thailand" |
|
Performer dari Vietnam (Kumpulan Bonita) berjaya menyebabkan darah penonton lelaki berderau... |
|
....dan dicemburui wanita lain. Haha. |
Ada beberapa masalah teknikal yang berlaku semasa pertunjukan ini. Antaranya :
- tempat duduk media tidak disediakan maka terpaksa duduk bersila kat depan pentas je. hehe. Mungkin sebab datang lewat kot jadi seat kami diambil orang awam.
- cuaca yang kurang elok telah menyebabkan dua skrin besar di hadapan tidak dapat dinaikkan maka orang ramai tidak dapat menonton dari jauh.
Walaupun begitu... aku enjoy jeeee!!! Haha.
Ini adalah entri sambungan daripada ...
.
Related Posts : aktiviti hujung minggu,
cuti-cuti malaysia,
Jard Meets Bloggers,
media trip,
Visit Perak 2012
3 comments:
sememangnya performer vietnam tu sungguh menarik perhatian saya.....hehehehe
@hazman... itu bermakna hang memang lelaki tulen la. hahaha..
Btul2.. sy pn sokong.. Apepn thanks sbb support Royal Belum World Drums Festival 2012
Post a Comment