Monday, February 8, 2010

Blogger Gathering kat The Mines - Part 2

Kawan aku amik dalam pukul 1petang....

1 jam lewat!! Adesss........ aku neh jenis PUNCTUAL, tapi pemaaf. So aku maafkan die. Hehehe. Teruja punya pasal.

Kami terus ke The Mines. Ini kali pertama aku ke sini. Tak pernah ada kepentingan nak pergi sejauh ini dari rumah. Baik aku gi Carrefour je kalau nak shopping. =p

Semasa mencari parking kosong, tak sangka begitu ramai orang hari neh. Parking full beb!

Acara gathering bermula pukul 2 petang, dan bpwling start pukul 3petang (mengikut bean la) tapi aku bersama kawan gi makan dulu. Jejalan dulu. Pastuh baru gi tempat Bowling. Kat situ ada surau yang kecik.. huhu. Lepak-lepak menenangkan diri.

Masih berdebar. haha.

Penat aku melilau mencari sesepa yang berpakaian putih dan merah neh. Asalkan nampak orang yang berpakaian camneh mesti aku da naik eksaited! Last-last.. bukan orang yang disangka..

Dalam pukul 3:30 petang baru ku nampak Bean. Hoh! Sampai-sampai je die kat tempat ku. die hulurkan kotak Big Apple. "Nah, amik. Untuk kau"

Waa... musykil.. tak pasal-pasal dapat donut Big Apple, terima kasih Bean. Aku masih musykil sampai skang. Ko malas nak bawa kotak besar-besar tuh kan? kan? Pasal tuh ko bagi aku kan?


kotak tuh ku heret sampai ke malam.. tak makan-makan isinya. Hehe.

Berikut adalah sedikit gambar yang berjaya ku tangkap dengan kamera cop ayam aku... semua ditangkap kat tempat bowling..

Ku tengah tunggu gambar-gambar dari paparazzi yang kelihatan berkeliaran di masa kejadian. Lepas tuh baru nak hapdet lagi. =)


Driver aku yang lambat amik aku....... ehehehe.. Ku ajak die sebab die da biasa dgn The Mines. Takdelah kami sesat dalam tuh. 



Gadis-gadis cun....... kalau lah ku cun cam diorg kan? Hohhhhh...... . nanti ar ku hapdet link..... =p


Mr Bean  (aku suka nama ko Bean...... seyes.. rasa nak gelak je sebab teringat pada Mr Bean orang Eropah tuh.. ... hahahaa).. baju hijau en Daydeck., Mr Bean (baju merah), Aus dan Lilyputih...

kami bermain penuh nikmat. kah kah kah.

Acara dimulakan dengan......... bersambung..

PS: Bean!!! aku da tau nama betul ko!! ahahahaha..