.. sangat payah............
Mase mula-mula datang Kuala Lumpur tanpa mengenali sesiapa.. tanpa ada saudara-mara yang berhampiran tapi aku berkeras jugak nak hidup di ibu kota. Mujur aku dapat di atas tiket ACCP, Aku dah tak ingat long form die.. ekekeke.. tapi kursus selama 6 bulan ini menjanjikan tempat tinggal yang percuma sepanjang kursus ini dijalankan dan jugak duit poket sebanyak RM500.
Aku memilih kursus ini sebab berada betul-betul di tengah KL dan kursus ini dijalankan di Cosmopoint kat Jalan Raja Laut.
Setelah itu baru aku kena membuat keputusan samada nak terus berada di KL atau balik ke kampung.
And the rest is history. =)
Semasa mendapat kerja yang pertama... berikut adalah tempat aku rujuk untuk mencari rumah/bilik sewa yang sesuai dengan kemampuan.
1. iklan rumah sewa di surat khabar Utusan Malaysia...
2. kat iklan-iklan yang ditampalkan kat tiang-tiang berhampiran stesen lrt contohnya Wangsa Maju
3. kat 7-eleven
4. kalau berkenan dengan suatu apartment.. aku akan terus bertanya kat pejabat pengurusan die jika ada bilik atau apartment yang kosong untuk disewa.
5. kat laman web... paling popular dan berkesan http://www.iproperty.com.my/
Masalah-masalah yang akan dihadapi ketika mencari rumah untuk disewa..
1. tempat jauh dari pengangkutan awam
2. tempat tak selamat... asyik ada kes pecah masuk rumah je..
3. ade orang tengah dok bersekudukan secara haram dalam rumah itu
4. susah nak dapatkan tempat untuk kereta.. parking lot sangat terhad
5. tempat tak strategik untuk ke tempat kerja.
Aku pernah meninjau satu rumah untuk disewa.. tuan rumah minta aku datang ke rumah itu untuk tinguk sendiri keadaannya sebelum bersetuju untuk pindah masuk.
Orang yang jemput aku kat pintu seorang gadis yang berpakaian agak seksi. Bersinglet dan hanya berseluar pendek. Mula-mula aku tak rasa sebarang sangsi.. sebab biasa lah tuh.. rumah bujang wanita mestilah penghuni2 nya berpakain seksi kan?
Pas aku masuk dan melihat bilik yang hendak disewa.. aku terkejut nampak kelibat seorang lelaki tanpa baju keluar dari salah satu bilik dan selamba je duduk kat ruang tamu.
Terkejut beruk!!!!
Melihatkan muka aku yang blur itu.. gadis itu cakap... die harap aku...
OPEN-MINDED.
open-minded my ARSE!! *dalam hati je aku menyumpah-nyumpah... huhuhu.. aku terus tak jadi nak pindah masuk....
dalam 2-3 kali jugak aku mengalami perkara ini... akhirnya aku diajak pindah bersama seorang kawan satu kursus yang kebetulan mencari rakan serumah.. Alhamdulillah.. akidah dan akhlak aku dilindungiNya.. huhu..
So.. pengajarannya.. kalau terjumpa iklan mencari housemate yang OPEN-MINDED... yang die maksudkan ialah open minded tang tuuttt je..
faham tak?
emo lak aku taip entri neh.. dah la.. maghrib dah nak masuk..
entri khas untuk orang yang menghadapi dilema mencari rumah sewa contohnya en Adziim... gud luck!
14 comments:
carilah di mudah.my, snagat banyakkkk. dan tak banyak yg 'open minded'. hehe
dunia KL biasala bah... hehehe
aq pown salah seorang sabah yang duk study KL, tapi setakat nih duk hostel lagi la...
memang begitulah kehidupan kl...
tang rumah ada gadis seksi tuh? sangat2 merbahaya dan harap xde orang terjerumus dalam kancah x elok tuh... erk?
syukur kerana masih dibawah lindunganNya.. moga Allah merahmati kehidupan kita semua... amin~~
hemmm nasib baik kamu tak open minded..klu idak hancurrrrrrr
@nursarah.. hehehe.. owh.. kamu carik kat situ ke?
@kaizen.. tinggal kat hostel? maknanya masih studi ek? ehehe
@kakinaKl.. seb baik aku sempit fikiran.. ekekeke...
kl nak cari umah memang gitu..
iklan memang sgt banyak..
cume kena pandai memilih..
open minded tu sgt menakutkan..
hehe
yups
pilih rakan rumah yg baik akhlak
jadi kita pun jadi baik
aku dtg Kl . dah ada senoir sambut dan bentengkan karpet :))
xyah susah cari rumah/bilik sewa .
ooo kalau tulis open minded tu gitu rupnenye :D
Aku rasa dari semalam lagi tengok cara kau komen...ni mesti Jard nak buat entri...n memang betul firasat aku.
haha~
erm...sib baik ko narrow minded tang tuutt tuu...
kite org islam + org timur...
kan??
tapi ada gak iklan rumah sewa yang siang2 dah stated.
" lelaki dilarang keras bawa masuk rumah"
penah jumpa la tapi tak kat area rumah saya la.
Amieynna Amin ... tuh aar.. ehehe.. take note k
hans ... yep.. betul2.. insyaAllah =)
ymn ... untungnyaaa!! hehe.. aku tahu komen ang yg di delete tu.. ehehe
.::WaNiE::. ... aar... tak ku sngka.. ish.. ish..
Mohd Adziim ... predictable ek? ehehehe.. da jumpa umah habaq k.. =)
chekgu BaniHassim ... betul2.. hehehe.. narrow minded tak salah
noor afzan ... waa.. siap masuk dlm iklan.. hehe.. baguslah camtuh
Jard yg baru ku kenal,memang terpuji akhlak nya :)
Post a Comment