Showing posts with label ramadhan 2010. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2010. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Biskut raya buatan sendiri yang pertama dalam hidup.. ehehe

Meh ku kongsikan cara nak buat biskut raya yang paling senang sekali. Tak payah nak bakar-bakar atau masuk ketuhar. Tak payah nak main bentuk love2, bentuk daun dan sebagainya... campur bahan, letak.. dah. Tunggu kering baru letak dalam bekas. ekekeke...

Bahan-bahan utama... coklat.. terbeli coklat yang pahit.. adehh.. takpe2... sedap gak. Oh ya... boleh beli bahan-bahan ini kat sini.



Dan seterusnya... belilah bahan-bahan seperti tersebut...



Cara nak buat:

1. Cairkan coklat
2. Masukkan badam almond dan rice bubble dalam coklat yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga rata. 
3. Pastuh.. semasa coklat masih panas...... masukkan dalam cawan kertas guna sudu.

dan tadaaaaaaaaaaa..............


erkk....... seb baik biskut ini bukan untuk tujuan komersial.. keh keh keh

Wednesday, August 11, 2010

ke Pasar Chowkit waktu tengah malam untuk beli ayam sebelum hari puasa


Kami sampai dalam pukul 12 tengah malam. Ramai orang yang tengah membeli barangan makanan basah dan kering kat sini.

Sungguh meriah.

Macam bukan tengah malam plak. Macam baru nak isyak. He he



Ayam halal tak? Ha'ahhh.. siap boleh nampak tayangan free kat belakang penjual ayam yang tengah menyembelih ayam. Hampir tak jadi nak beli sebab rasa kesian. Terdengar ayam itu ketika disembelih memang rasa pilu lak.

Cara mengatasi.

Fikirkanlah...... bahawa inilah fitrah ayam iaitu untuk dimakan oleh manusia.

Fitrah manusia apa??? beragama tauhid. Bukti.. sila rujuk ayat 30 surah Ar-Ruum kat bawah. =)


Aku dengan roomate beli satu ekor ayam je.

Nampak gayanya, harga ayam dah naik ler. Dulu RM6.50. Sekarang dah RM7.00 sekilo.


Kami dikenakan caj RM18 seekor.


Destinasi seterusnya ialah kedai runcit seperti di atas. Sesak dengan orang oooooo... sebab harga barangan makanan sini memang murah siot la. Carrefour dan Tesco memang takleh nak tandingi.


Nama kedai? Pemborong dan Peruncit Barangan Makanan Sejahtera Baru, Akan kami kerap ke sini untuk beli barangan dapur.

Budaya housemate aku neh pelik sikit.

Orang lain sibuk nak cari tempat berbuka yang best-best kat luar ataupun pergi Bazar Ramadhan yang berlambak di luar sana. Kami plak baru nak rajin masak sendiri. Wakakakaka.. Jimat lagi konon. Lagipun mungkin antara sebab utamanya..........

kawan-kawan aku yang kerja Swasta, ramai yang dapat balik awal dari opis tika bulan puasa. Pergi kerja pukul 9 pagi.. balik pukul 4:30 petang.

Tak ke heaven tuuuu? Kalah orang gomen.

Bekalan yang kami beli cukup untuk seminggu je. Kos dalam RM35 (ayam, sayur, bawang dll) ja untuk 4 orang makan selama seminggu. Jimat bukan? Hehehe.. minggu depan beli lagi.

OK... ku nak tidur jap sebelum bangun sahur. Dah pukul 2:17 pagi neh.. Nite!

Monday, August 2, 2010

Tempat berbuka puasa yang best!

Kat mana ye?

Joegrimjow tanya aku kat fesbuk jika aku nak buat majlis berbuka nanti. Macam nak buat. Heee.. tapi ade tak orang berminat nak join?


Inilah antara ciri-ciri tempat berbuka puasa yang sesuai dijadikan tempat berbuka ramai-ramai.
1. boleh muatkan ramai orang
2. makanan sedap
3. masjid dekat je.. jalan kaki je.. boleh tarawikh sekali kan?

Siapa ade cadangan paling best....... dapat...... hurmmmmmmm..... akan ku blanja die makan mase majlis berbuka puasa itu.

Heeeeee.... =)