Friday, April 8, 2011

Apabila gigi mula reput...

Penjagaan gigi lah yang berkemungkinan paling tinggi untuk diabaikan oleh orang. Nanti apabila gigi mula rasa sakit.. baru terhegeh-hegeh nak pergi jumpa doktor gigi.

Pereputan gigi tahu?

Gigi palsu tahu? Hah.. nanti tahulah kalau gigi kau dah abes mereput.

Mari kita tenung gambar gigi di bawah.

Korang pernah alami keadaan gigi macam ini?
Berdasarkan kajian, kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan golongan berumur 35 hingga 44 tahun iaitu sebanyak 96.5 peratus, diikuti 91.5 peratus (25 hingga 39 tahun) dan 80.9 peratus di kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun. (sumber)

"......pereputan gigi kanak-kanak biasanya bermula dari atas (hujung gigi) manakala bagi orang dewasa masalah pereputan berlaku di celah-celah gigi." (sumber yang sama seperti di atas)

PLAQUE BACTERIA + SUGAR = ACID. 
ACID + TOOTH + TIME = DECAY

Bagaimana pereputan gigi berlaku?
1. Kita makan benda bergula dan berkanji..... makanan melekat pada gigi. 
2. Bakteria dalam mulut bertindak balas dengan makanan yang melekat pada celah-celah gigi lalu menghasilkan lapisan melekit berwarna putih kekuningan di panggil plak. 
3. Kehadiran plak akan memudahkan asid melekat pada enamel, lama kelamaan menyebabkan gigi reput dan berlubang.

Lama-kelamaan... jika kebersihan gigi tidak dijaga... akan menjadi seperti di bawah...

Mahu???

So mari aku kongsikan cara-cara penjagaan gigi:
1. Lawatan ke Doktor Gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun
2. Berus gigi dua kali sehari... kalau rajin setiap kali makan pergilah berus gigi kan?
3. Menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan gigi.
4. Mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kodial.
5. Mengurangkan pengambilan makanan atau minuman ringan yang manis di antara waktu makan utama. (Peluang berdiet ini!)
6. Floss... floss... floss!

Huhuhu...... baru berjumpa dengan doktor gigi pagi tadi. Aku kena tingkatkan lagi cara penjagaan gigi aku.



11 comments:

Sheherazade said... [Reply]

erkkk

Cahaya Yang Riang Gembira said... [Reply]

Gigi ku reput sebab dulu pernah buat treatment matikan nerve. Kira gigi tu dah takde supply nutrition yang cukup dah. Ape yang tinggal boleh dibuat adalah crowning je.

Mak ku pon sama, gigi geraham dia wat treatment matikan nerve, then reput, pastu kena cabut, sebab dah tak boleh wat ape. Huhu.

Betul!! Penjagaan gigi ni memang sangat penting.. Kalau tak nyesal tak sudah. Hoho.

suffer8zine said... [Reply]

aiyarkkkk x sangup nk tgk

Terkini : Telur Ayam Tiruan | Aku VS Nuffnang

Anonymous said... [Reply]

erk.

lariks........awat tayang camtu. Tkut la wei!! ahaks..

Halen said... [Reply]

arrghhh gigiku.. aritu sakit smp bengkak dh. now dlm proses nk pi jumpa dentist. eee mmg seksa klu sakit gigi ni.

no name said... [Reply]

adoyaii..gambar second tuh....nightmare...

Adziim said... [Reply]

apa kes smua erks je ni..

Jard..mana pic latest gigi ko? Aku rindu ni sama gigi ko...haha

JMR said... [Reply]

uiks..horror gile gmbr last tu..hahahah

zino said... [Reply]

kena jaga tu... kalau tak nanti belum tua dah tua hehe..

Anonymous said... [Reply]

yekkkkkkkkk!

Jannah said... [Reply]

huhuhu... saya pun baru je wat entry kat blog. leh tambah info lg.