Sempena "Tahun Melawat Perak 2012", Tourism Perak telah menjemput rakan-rakan media untuk menyertai lawatan selama 3 hari 2 malam ke Ipoh, Perak untuk menyaksikan konsert Royal Belum World Drum Festival 2012 di samping melawat tempat-tempat menarik di Perak. Lawatan ini bermula pada hari Sabtu yang lepas iaitu 25hb Februari dan berakhir pada 27hb Februari 2012.
Bas khas untuk rakan media.
Antara mereka yang terlibat.
Mereka dok borak pasal jadual program kot. Hehehe.
Kehadiran aku ialah sebagai wakil Chillout.my. Terima kasih atas peluang ini ye. =)
Rakan media yang dijemput ditempatkan di Hotel MH yang baru dibuka pada bulan November 2011. Hotel ini terletak di Jalan Sultan Azlan Shah Utara dan boleh dilihat dari North South Expressway.
Pandangan dari bawah.
Semasa kami menginap di sini, didapati kebanyakan ruang restoran dan bilik tidur belum dibuka. Mengikut sumber TheStar, kesemua restoran dan bilik dijangka beroperasi pada bulan Mac 2012 nanti. Malah ada satu tingkat yang khas untuk wanita sahaja dan dekorasinya serba merah jambu dan ungu.
Setakat ini, daripada 111 bilik hanya 50 bilik sahaja yang dibuka untuk tempahan. Aku dapat bilik 1005 di tingkat 10. Tingkat 13 pula khas untuk golongan yang suka menghisap rokok. Hehehe.. dan tak dilupa, Mcdonald's 24 jam berada di sebelah je.
21 tingkat semuanya.
Aku berkongsi bilik dengan seorang lagi wakil Chillout.my iaitu seorang penulis novel bernama Pn. Zara Aluwi. Jadi kalau kami pergi mana-mana mesti berdua. =p
Keadaan di dalam bilik kami. Agak luas.
TV flat screen tuu... hehe...
Pemandangan dari bilik kami yang berada di tingkat 10.
Sepanjang dua malam kami menginap di sini, aku cuma sedikit terkilan apabila bilik tidak dikemaskan pada hari kedua. Malah sabun dan keperluan mandi yang lain tidak diganti dengan yang baru. Kenapa ya? Air mineral jugak tak berganti. Hurmmm..
Berbalik kepada trip... kami dikehendaki bersiap sebelum pukul 6:30 petang untuk bergerak ke jamuan makan malam di Syuen Hotel dan seterusnya ke MBI City Square untuk menyaksikan konsert Royal Belum World Drum Festival 2012 secara LIVE. Sedikit sedutan tentang festival ini....
7 comments:
I am taken in by the ambience of the room, clean and lovely deco.
yepp.. it's quite nice and cozy. hehehe
wow bestnya..tentu happy dapat duk sebilik dengan penulis novel tu kan
@kak ina KL.. penulis novel itu sangat ramah. mcm2 cerita besh yg dia kongsikan dgn aku. hehehe
nice la that room. pegi la Gerbang Malam, barang murah gell.
boleh nampak jusco.
@iman... hehehe.. gerbang malam? kalau bawa kenderaan sendiri, bolehlah pergi lain kali.
@nizamsani.. perghh.. apsal aku tak nmpk jusco pon? hahaha
Post a Comment