Friday, February 3, 2012

Perkahwinan Bajau 4 - Bersanding

Yay! Akhirnya ku dapat sambung renteten kisah perkahwinan anak lelaki sulung keluarga aku. Sorry for the delay. Heee... perlu view dan tapis satu per satu ratusan gambar sebelum boleh bubuh kat blog.

Memandangkan rumah pengantin perempuan dekat je... kenduri dan bersanding dilakukan serentak. Kenduri di kedua-dua pihak dan bersanding di rumah pengantin.

Rombongan kami bersiap untuk bertolak.

Diringi kumpulan kompang sambil berjalan ke arah rumah pengantin perempuan.
Yang uniknya pasal adat Bajau ini, pengantin lelaki akan diANGKUT oleh beberapa lelaki gagah untuk bertemu dengan pasangannya. Tapi memandangkan tangga rumah macam curam semacam je... dia cuma diangkut sehingga tangga pertama je. Hohohoho..

Pengantin menaiki tangga diikuti rombongannya di belakang.

Menanti pihak perempuan memanggilnya masuk.
Dalam setiap acara persandingan Bajau, pelamin dan pengantin perempuan akan berada di sebalik satu tabir yang menutupi hampir separuh daripada ruang persandingan itu. Ini bagi mengelak orang luar melihat wajahnya terlebih dahulu dan biar suaminya yang rasmi dulu. Hehe.


Peek-a-boo. Takleh pandang-pandang. 
Setelah bersanding dan bersalaman dan segala apa yang patut ketika bersanding, dua mempelai itu dikehendaki turun ke bawah untuk mengiikuti acara tarian tradisional beramai-ramai. They'll be dancing in circles. 

Biar mereka menari... aku lak....

...gi makan dulu. hehehe.

Antara perkara yang aku paling suka dalam bab-bab kahwin ini ialah peluang untuk bertemu dengan saudara-mara yang sudah lama tak jumpa. Terutamanya saudara-mara sebelah mak aku yang kebanyakannya beragama Kristian. Bukan selalu leh jumpa diorg neh kan?

Acara macam inilah dikira pemupuk perhubungan muhibbah antara kami yang berlainan agama dan bangsa. Di sinilah kami berkumpul dan bermesraan. =)

Okla.. dah tamat la episod perkahwinan adat Bajau.

Thanks for reading!

.

5 comments:

mama hani said... [Reply]

waktu kenduri kendaralah waktu yang paling sesuai nak renew ikatan persaudaraan....

Jard The Great said... [Reply]

@mama hani.. betul tu =)

JieJ said... [Reply]

thanks Jard..best aku baca..hehe..so next will be u kannnnnnnn...heheh

Jard The Great said... [Reply]

@jiej... hehehe.. aku? insyaAllah

Eryati said... [Reply]

mmg best jumpa sedara2 kn