Friday, September 14, 2012

[Edisi Bahasa] Jalan-jalan Cari Jodoh di Bali

"Jumpa yang kacak,
Yang beriman,


Cuma berlainan agama ~ Kak Masy, Bali Trip 2012"

Sudah lama aku tak berbahasa dalam blog ini. Sekali-sekala tukar angin apa salahnya? Ye dak?

Kak Zonaku dan Kak Masy. jalan-jalan mencari cinta. Hehe. Gambar oleh Arabella. Cun-cun ohh gambar Bella!
Semasa ke Pantai Kuta minggu lepas, aku diseru untuk datang berhampiran mereka. Kelihatan dua orang lelaki tempatan bersama mereka. Tiba-tiba mereka minta aku berikan nombor telefon aku kepada jejaka-jejaka tersebut. Whaddehell?? Apsal lah kena bagi nombor telefon aku? Aku kekonfiusan sampai ke hari ini! Walaupun terkejut dan rasa nak larikan diri tapi kesian pulak mamat neh sedang menanti dengan henfon Nokia beliau sambil pandang-pandang aku penuh harapan. Aisehhh! Hahaha! *poyo!

Aku pasrah jelah. Harap beliau datang blog aku ini sebab aku siap bagi URL blog tahu! =p

Tapi tak ku sangka...

.... kekawan aku ade agenda tersembunyi rupanya!! Aku baru perasan bila melihat kembali gambar-gambar ini pada kamera diorg! Ciskekkkk!!!

Ini pula kerja korang di belakang aku ya! (gambar oleh Wafa)
Ha'ah! Korang nak buat cerita apa dengan gambar neh ha'ah???? Awassssss!!!! *ohmyBM

Perjalanan diteruskan keesokan harinya untuk mencari jodoh....

Kali ini ke tempat bermandi-manda secara beramai-ramai di tempat awam. Tujuan mereka yang beragama hindu berbuat demikian adalah untuk menyucikan diri pada Hari Raya mereka. Kebetulan pula, keempat-empat gadis (kami) berada di posisi paling strategik dalam ruangan mandi itu untuk menangkap gambar.

Aku ada sebab sendiri kenapa boleh tahan lama berlegaran di situ. Ehem-ehem! Tak tahu pula apa sebab mereka kan?

Tahu-tahu...

..... tujuan kami SAMA rupanya! hahahaha! Girls will be girls. lalala!

Mukanya persis Arjun Rampal. Penuh khusyuk tawadduk lagaknya apabila dia menyucikan diri di sini. =) (gambar  oleh Bella)
Adakah kami berjaya mencari cinta hati di Bali?

Semestinya tidakkkk!!! Hahaha!!!

Yang penting persahabatan kami yang terjalin sejak 2010 masih kukuh dan lebih akrab, penuh love-love ala Korean style giteww!

Sarangheyoo from Kintamani Bali! (Gambar dari Bella)
Boleh dikatakan mereka ini jenis kawan yang boleh diajak menari tarian Gangnam Kecak Memuah Style. 
(suka hati bagi nama tarian. haha!) Korang hadooo? =p

Khabarnya ada videoklip ye?? Nak tengokkk!! 
Jadi, kekawan memuah ku.. bila trip seterusnya????

=)
ps: entri suka-suka.

11 comments:

Masy said... [Reply]

mana ade video hahahahahaa. yg ade tu masa akak buat gangnam dgn Xiyad hehehhe

Jard The Great said... [Reply]

@masy.. alaaa!! takda ke??? kuciwaaaaaa!!!

❀aRaBeLLa❀ said... [Reply]

Huwaaa..gambor gangnam kitorang tersebar kat sini..huhuhu

hazman aka species1980 said... [Reply]

gaya GANGNAM dah menular di mana-mana yea....

Jard The Great said... [Reply]

@bella.. comel ape... eheheheh

@hazman... dah jadi epidemic ke seluruh dunia kot. hehehe

HEMY said... [Reply]

btol kata bella sama je muka gaya masy gangnam...

muka lelaki alim tu mcm aku je lbih kurang kalu takde misai n janggut..bwahahahaha...

zonaku said... [Reply]

arjun rampal tu sapa?????? cam penah dengar je......


letih aku snap pic gangnam kecak tu tau. bella camtu je la gayanya, masy penat dah ngajar dia time tu.....

hahahahahaaa

Adiitoo said... [Reply]

serunyeeeee! mane video gangnam stylenya

hatiputera said... [Reply]

Jauhnya jauh cari jodoh sampai ke bali.hehe

Jard The Great said... [Reply]

@hemy.. tak nak kalah! hahaha

@zonaku.. pelakon bollywood. yummmieee!

@adiitoo... hehehe. no video. so sad!

@hatiputera... berangan je neh. hehehe. tp who knows kan? =p

Lily Riani said... [Reply]

video nak tengok...!!!!! mamat berkemban tu cun gilos... i nak boleh! chup!!