Showing posts with label Jard's Family. Show all posts
Showing posts with label Jard's Family. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Perkahwinan Bajau 4 - Bersanding

Yay! Akhirnya ku dapat sambung renteten kisah perkahwinan anak lelaki sulung keluarga aku. Sorry for the delay. Heee... perlu view dan tapis satu per satu ratusan gambar sebelum boleh bubuh kat blog.

Memandangkan rumah pengantin perempuan dekat je... kenduri dan bersanding dilakukan serentak. Kenduri di kedua-dua pihak dan bersanding di rumah pengantin.

Rombongan kami bersiap untuk bertolak.

Diringi kumpulan kompang sambil berjalan ke arah rumah pengantin perempuan.
Yang uniknya pasal adat Bajau ini, pengantin lelaki akan diANGKUT oleh beberapa lelaki gagah untuk bertemu dengan pasangannya. Tapi memandangkan tangga rumah macam curam semacam je... dia cuma diangkut sehingga tangga pertama je. Hohohoho..

Pengantin menaiki tangga diikuti rombongannya di belakang.

Menanti pihak perempuan memanggilnya masuk.
Dalam setiap acara persandingan Bajau, pelamin dan pengantin perempuan akan berada di sebalik satu tabir yang menutupi hampir separuh daripada ruang persandingan itu. Ini bagi mengelak orang luar melihat wajahnya terlebih dahulu dan biar suaminya yang rasmi dulu. Hehe.


Peek-a-boo. Takleh pandang-pandang. 
Setelah bersanding dan bersalaman dan segala apa yang patut ketika bersanding, dua mempelai itu dikehendaki turun ke bawah untuk mengiikuti acara tarian tradisional beramai-ramai. They'll be dancing in circles. 

Biar mereka menari... aku lak....

...gi makan dulu. hehehe.

Antara perkara yang aku paling suka dalam bab-bab kahwin ini ialah peluang untuk bertemu dengan saudara-mara yang sudah lama tak jumpa. Terutamanya saudara-mara sebelah mak aku yang kebanyakannya beragama Kristian. Bukan selalu leh jumpa diorg neh kan?

Acara macam inilah dikira pemupuk perhubungan muhibbah antara kami yang berlainan agama dan bangsa. Di sinilah kami berkumpul dan bermesraan. =)

Okla.. dah tamat la episod perkahwinan adat Bajau.

Thanks for reading!

.

Friday, January 27, 2012

Perkahwinan Bajau 3 - Pernikahan

Pernikahan biasanya dilakukan di rumah pengantin perempuan dan tok kadinya adalah wakil daripada pihak lelaki. Dalam majlis kami, tok kadinya ialah abang ayah aku yang paling tua. =)

Sebelum berangkat, berdoa semoga selamat dan berjalan lancar. (padahal tengah gemuruh tu. hehe)

Keadaan di dalam rumah pengantin perempuan.

Sedang menanti tok kadi dan saksi-saksinya mengambil tempat. 

"Aku nikahkah engkau dengan......." tok kadi.

Dalam adat bajau, ketika pengantin lelaki hendak melafaz, kesemua orang termasuk tok kadi dan pengantin harus berdiri untuk lafaz nikah itu. Selepas lafaz nikah baru leh jumpa pengantin perempuan dalam bilik.. untuk acara batalkan air wudhuk... ehemmm..

Acaranya ialah waktu pagi nikah.... petang bersanding... NEXT POST plak ye. =)

.

Monday, January 23, 2012

Perkahwinan Bajau 2 : Malam Bertitik dan Berinai

Setelah seharian bergotong-royong untuk menyiapkan juadah kenduri, malamnya pula diadakan acara mandi bunga, berinai dan bertitik.

 Acara bertitik ialah acara memainkan peralatan tradisional oleh golongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik untuk menghiburkan para tetamu yang datang. Kekadang dimainkan sampai keesokan paginya bagi memberitahu satu kampung esoknya ada majlis perkahwinan.

Adik-adik, saudara-mara dan sepupu-pipit dikenakan pakaian tradisional bajau untuk malam bertitik dan berinai

Diadakan di rumah masing-masing, setiap pengantin diringi doa dan zikir,

Pengantin akan dikenakan pakaian tradisional jugak, ditemani sepupu-pipit.

Sambil itu, golongan tua bertitik. Jugak ada paluan kompang oleh anak-anak yatim.

Sepupu-pipit keseronokan dapat berpakaian Bajau. Hehehehe.

Acara berinai diiringi zikir dan doa (lihat pada latar belakang. Ramai pakcik-pakcik berdiri sambil berzikir).

Pengantin perempuan pula berada di rumahnya untuk melakukan acara yang sama. Dilakukan secara berasingan.

Pengantin lelaki yang kacak sehh. Kah kah kah. 
.

Sunday, January 22, 2012

Perkahwinan Bajau 1: Persiapan

Makcik aku sebelah ayah telah banyak membantu dari segi perhiasan ala Bajau.

Kami mengamalkan gotong-royong untuk masakan kenduri.

Memang riuh-rendah dengan celoteh makcik-makcik neh. hehe.

Ini hasil tangan makcik aku tadi... 

Simpang ke kanan itulah rumah aku. =)

Monday, September 12, 2011

Mencari kadar sewaan terendah untuk Toyota Avanza atau Perodua Alza

Keluarga aku akan ke Kuala Lumpur pada bulan Disember ini dan banyak perancangan yang perlu dibuat untuk menyambut kedatangan mereka. Tiket penerbangan sudah selamat ditempah tinggal nak tempah hotel dan kereta sewa je lagi. Dalam perancangan ayah, mereka hendak ke Kelantan jugak untuk melawat adik aku yang sedang belajar medik.

Syukur adanya internet aku berjaya survey harga sewaan kedua-dua jenis MPV ini. Harga di bawah hanya berkuatkuasa sekiranya aku nak sewa lebih dari tiga hari. Kalau setakat sehari ja, harganya jauh lagi mahal.

  • Toyota Avanza - RM155 sehari

  • Perodua Alza - RM180 sehari 

Tanpa mengetahui keadaan MPV itu sendiri samada baru, berkeadaan baik dan sebagainya... yang penting boleh memuatkan penumpang seramai 7 orang. Itu sudah cukup baik untuk aku dan keluarga.

Amacam? Harga ok tak?

Korang ada cadangan lain tak?

Yang mana satu?
Pilihan hati?
.

Saturday, October 23, 2010

Tanda dia suka buah tangan dari Korea


Kini di hotel di ibu kota. Gambar atas adalah adik lelaki aku.... tengah nyenyak dibuai mimpi bersama baju korea yang ku belikan..  Sarung kepala tuh sepatutnya untuk adik perempuan aku tapi dia pula yang pakai. Patung pula... errr......... hahahahahahhahahaha..

Aku beli  patung tuh last minute kat Korea sebab murah sangat iaitu 500 won yang bersamaan dengan RM1.50. Besar pula tuh! Main rebut-rebut dengan adik aku tadi... tapi dia jugak yang menang lalu dibawanya tidur. Adehhh.. Hah.. aku tangkap gambar dia masa tidur.. padan muka. Hahahaha.. 

Ayah aku ntah ke mana.. tak balik-balik. Mesti tengah lepak-lepak dengan kawan-kawannya di kedai kopi yang berhampiran. Macam itulah apabila berada di KL. Hehehe.. takpe... biarlah dia bersama kengkawan. Bukan selalu datang KL kan? Tapi skang dah pukul 2 pagi.. errr???

Sunday, July 4, 2010

end of travelog series - sampai KL pukul 11 pagi


Ah.. kenangan terakhir bersama adik ku.. bakal doktor, insyaAllah. Moga kamu tabah di sana. 



Seronok lah adik aku..... boleh pergi Mydin setiap minggu. Hehehe..

Ah... laju lah ayah aku bawa kereta. Kang tak pasal-pasal dapat saman PDRM. Sejurus sampai rumah tadi, aku terus masuk laman MYEG.com. Kot-kot ada saman untuk ku.

Fuuh.. tiada lagi setakat neh... tapiiiii.......... mungkin die lambat masuk sistem???

Papepon.. thanks pada yang sudi membaca siri travelog ku ke kelantan dan siap komen lagi. Amat dihargai. =)

Petang neh nak hantar ayah ke airport plak. huhu....

Wednesday, June 30, 2010

MAA-MEDIcare Charity Dialysis Center buka pukul 7 pagi - aku kagum

Aku baru tahu tempat ini menawarkan rawatan dialisis dengan harga paling murah di seluruh negara iaitu RM99.00. Didirikan khas untuk membantu pesakit-pesakit yang kurang mampu. Biasanya bayaran untuk dialisis dalam RM250-300 kat hospital swasta.


Ayah aku mendapat appointment pukul 7 pagi tadi. Awal wooo aku kena bangun. Pandai ayah pilih masa... masa itu jalan ipoh tak jem lagi. Hehe..

Ini alamat pusat dialisis itu

2nd & 3rd Floor, Wisma MAA-MEDICare
No 183, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Tel: (016) 3398764
Fax: (603) 4043 4468

dan hari sabtu lak ayah aku ade appointment kat Kelantan


No 6447-C, Bangunan Maik
Jalan Telipot
15050 Kota Bahru
Kelantan
Tel: (016) 9210653
Fax: (609) 743 9004

Waaa....... tahu-tahu MAA-MEDIcare punyai banyak cawangan di seluruh negara. Best.. best.. =)

Untuk lebih lanjut.. boleh ke link bawah ini..

http://www.maa-medicare.com.my/