Sunday, May 8, 2011

Pengalaman Pergi Berurut di Amarylizz Beauty, Kota Damansara

Aku membayangkan banyak benda apabila pergi berurut ini. Sebelum ini pernah buat facial je dan mereka cuma urut belah bahu dan lengan je. Hari ini pula nak gi berurut SATU BADAN. Rasa teruja dan perasaan ingin tahu meluap-luap tentang perkhidmatan Spa yang itu..

Setelah sesat untuk ke Spa itu di Kota Damansara, akhirnya aku sampai jugak kat sana setelah bertanyakan directions dari akak-akak penjual kuih tepi jalan. Thanks kak!

Aku naik sebuah tangga untuk ke tingkat kedua dan disambut oleh seorang wanita berpakaian gaun pendek, ketat dan berwarna hitam. Kalau diorg kerja kat slimming centre memang fail kot sebab diorg neh gebu sangat! Hu hu....


Aku diminta isi borang dan minum teh herba. Itu jelah sarapan aku pada pagi ini. Tak sempat nak makan apa-apa sebelum keluar rumah pagi tadi. =(

Setelah beberapa ketika barulah aku ditunjukkan satu bilik yang gelap.... dan ditemankan lilin dan lampu yang malap..
Inilah rupa bilik aku.
Aku juga diminta untuk menyalin pakaian dan hanya memakai tuala dan seluar dalam pemberian mereka. Aku segan nak pakai seluar dalam mereka.... hahaha..  Selepas itu mereka merendam kaki aku ke dalam sebuah basin kayu penuh dengan air suam yang ada bunga-bunga segar. Fuhhh..

Terkejut gak kaki aku diangkat dan dilap guna tuala. Rasa segan pun ada.. wahh.. ini sungguh-sungguh rasa dimanjakan lah. Haihh... aku masih rasa segan teramat neh... orang main pegang-pegang kaki aku.

Setelah itu aku diminta berbaring... dan di situlah benda itu semakin hangat. Mereka minta aku buka TUALA! Aku berbaring secara berdepan.... segan ohhh... percubaan nak tutup mana yang patut sambil mereka menarik tuala aku. Seb baik diorg cover balik badan aku. Heh.

Di situlah salah seorang mula mengurut. Bermula dari hujung kaki sampai lah ke belah belakang. Ermm.. dia juga mengurut belah depan... baru tahu perut aku neh sensitip rupanya.. agagagaa...

Aku rasa aku terlelap masa neh.. terjaga apabila dia mula mengurut memakai bebola panas. Rasa sakit lak.. takut kulit melecur pun ada. Apa ntah tujuannya.. aku pun tatau. 

Selepas itu diorg buat facial. Serius.. ini part paling aku suka. Terutamanya part picit-picit jerawat. Hehehehe. Diorg juga bakar lilin dan bubuh kat telinga aku. Aku pun tatau apakah fungsi benda itu. Mungkin nak harumkan belah dalam telinga? Who knows? Diorg tak cakap sepatah pun kat aku... 

Dan akhirnya pada pukul 1 petang aku diminta bangun dan dia mengurut belah belakang aku sebelum diminta untuk bersiap.

Aku ingat selepas itu mereka akan paksa aku join pakej macam-macam dan keluarkan banyak duit.... tapi syukur takda la pula. Mereka cuma beritahu manfaatnya menjadi ahli Spa itu sebab aku dapat percuma keahlian selama setahun dan juga diberikan voucher RM30.

Rasa segar dan relaks.. aku pun bertolak pulang dan menempuh jem dengan perasaan gembira.

RM48 aku SUNGGUH tidak sia-sia ye. Kalau harga penuh kena bayar Rm900++ tawwwww! Aku terasa macam kat bali la plak. hehehehehe..

The End.

13 comments:

Faaein Talip Roy said... [Reply]

wah.. bestnya... tapi kalo saya geli dah kalau ada orang pegang2 ni.. huhuhu..

Adziim said... [Reply]

ayat..kanak2 xleh baca ni. bahaya. ahaha~

Jard The Great said... [Reply]

@faaein.. hehehe... tp rasanya SEDAP!

Jard The Great said... [Reply]

@adziim.. alaa.. hahaha.. manada ada 18SX neh. ini ikut pengalaman sebenar.

Sheherazade said... [Reply]

syok!!!!hihi

18 ke ats ok :P

Jard The Great said... [Reply]

@pia... amboiii.. tang mana 18 ke atas?=p

aza ni said... [Reply]

kita nak tanya satu je...
apa yang ada kat tangga tu.botol ubat ngan kapur ke>

Jard The Great said... [Reply]

@azani... tak tahu la plak.. tak tinguk pon. hehehe

zonaku said... [Reply]

biasanya lilin aromaterapi y diletakkan di tepi tangga tu. juga batu2 hiasan.


jard, pakejnya cuma urut n foot bath n facial jer yer? baloi sangat la ngan harga tu. ni baru namanya promosi!

Jard The Great said... [Reply]

@zonaku.... arrr.... hehehe..

Anonymous said... [Reply]

hehehe....
tpi best x????
Skala 1-10??

Amarylizz Beauty Spa said... [Reply]

Hehehe .... gebu gebu katanya...Janji you enjoyed the spa treatment....

Anonymous said... [Reply]

Hai.... just nak share. i pernah pergi ke Serai Wangi Spa & Salon di area Sunway. i buat urut, sauna and pedicure. Memang best!