Monday, November 14, 2011

Pink Mocktail Night @ Hard Rock Cafe, KL

Akhir bulan Oktober yang lepas, aku diajak untuk menyertai satu acara anjuran Pantai Hospital Klang di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Turut menghadiri program itu ialah Cik Lily Putih, farra eng, Kak ina KL dan zuriey.

Kami berjaya duduk berhampiran dengan pentas dan melihat sendiri nyanyian secara LIVE artis jemputan pada malam itu. Aku baru tahu yang bulan Oktober dijadikan Bulan Merah Jambu (Pink October) di mana Hari Kanser Payudara turut disambut pada setiap tahun. Pelbagai acara diadakan termasuk lah 'Pink Charity Run' iaitu larian amal untuk mengutip dana bagi cancer survivor ini.

Antara mereka yang memeriahkan majlis pada malam itu ialah...

Mr Stanley selaku CEO bagi Pantai Hospital Klang
Dan Pengacara pada malam itu ialah...

Dato'Yasmin Yusuff iaitu Event Ambassador bagi Pink October ini
Jemputan khas yang lain ialah bekas pesakit kanser payudara yang bakal memberikan persembahan kejap lagi.

Mereka nampak sangat bersemangat!
Sempena malam Pink Mocktail itu, sesiapa yang membeli minuman pink di Hard Rock Cafe itu turut menyumbang sedikit dari hasil belian itu kepada tabung penghidap kanser panyudara.

Bukan alkohol ye. =)
Suasana dalam Hard Rock Cafe dihiasi dengan belon-belon serba merah jambu di setiap meja para jemputan. Comel kan? Rasa macam slumber party pon ade! hehehe.

Bertemakan merah jambu. 
Artis jemputan pada malam itu turut mengenakan pakaian merah jambu. Mari ku perkenalkan cik Amanda Imani, seorang penyanyi baru yang mempunyai suara yang mantap!

Amanda Imani yang cantik menawan.
Klip di bawah adalah sedikit suntingan yang dibuat terhadap persembahan nyanyian cik Amanda. Hehe


Kami turut dihiburkan daripada band jemputan Hard Rock Cafe itu sendiri.

Persembahan yang Mantap!
Dalam acara itu, kami sempat berkenalan dengan ibu Amanda Imani yang nampak muda.

Apa rahsia Puan nampak mudah ek? hehe
Sementara itu, jualan barangan kemas buatan sendiri diadakan dalam cafe itu.

Cantik! Setiap hasil jualan disumbangkan ke tabung pesakit kanser. 
Oh.. jangan dilupa... persembahan istimewa yang diberikan oleh para bekas pesakit kanser payudara.

Bersemangat!
Memandangkan ini kali pertama aku datang ke Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, kami para bloggers tidak melepaskan peluang untuk mencuba makanan di sana.

Terima kasih kepada cik Lily Putih kerana belanja kami makan dan juga menjemput kami menyertai event yang meriah ini.
Sodapp!

Korang boleh mengadakan ujian Monogram (ujian kehadiran kanser) di Hospital Pantai Klang di alamat berikut:

Pantai Hospital Klang
Lot 5921, Persiaran Raja Muda Musa
41200 Klang, Selangor
Tel: 03 3258 5500
Fax: 03 3374 2010
Email: infoklang@www.pantai.com.my
website: www.pantai.com.my

Moga kita semua melakukan langkah berjaga-jaga untuk mengelak kanser dan dijauhkannya. Amin.

.

6 comments:

Unknown said... [Reply]

wah....happening...

Jard The Great said... [Reply]

@jedi.. hehe.. mase tu mmg agak meriah

Unknown said... [Reply]

sekali sekali gi majlis amal kan

farra-eng said... [Reply]

daku nak curi gambar nie hahaha

hazman aka species1980 said... [Reply]

Air ALTERNATIVE ROCK tu boleh tahan gak yea harganya....tapi kalau sedap okey la kan....

Anonymous said... [Reply]

http://wanwidget.com
saya pon nk join jugak, hehehe