Sunday, November 6, 2011

Hasil Membeli-belah di PC Expo 2011 @ Midvalley

Sementara beribu-ribu orang dalam perjalanan untuk ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Hari Raya Haji, aku bersama adik perempuan pula ke PC Expo 2011 di Midvalley. Seawal pukul 9:30 pagi kitorang bertolak ke sana bagi mengelak kesesakan lalulintas dan kesukaran mencari parkir kereta.

Tapi Alhamdulillah.. jalan tak jem... lot kosong parkir pula masih banyak di Midvalley...

So untuk menanti pembukaan PC Expo 2011 pada jam 11:00 pagi nanti, kami ke Carrefour untuk mencari barang keperluan. Boleh tahan gak adik aku beli barang... mentang-mentanglah aku yang bayar. T_T

Promosi PC Expo:

  • 30 orang pertama boleh beli pendrive 4GB dengan harga RM10.00.
  • 30 orang pertama boleh beli 500GB hard disk dengan harga RM139.00
  • Dengan setiap pembelian RM100.00 (boleh gabung resit) melayakkan anda untuk 1 borang lucky draw dan satu kali penembusan hadiah misteri di kaunter.
Tapi aku tak rajin untuk beratur panjang demi menjadi 30 orang pertama untuk membeli barangan promosi di atas. Aku cuma pergi usha laptop dan henfon murah je kat sana.

Dan berikut adalah hasil pengempisan dompet gua pada hari ini....


Bubuh dalam kereta siot! RM10 sahaja!

Original HTC car charger - RM25

Purchase with puchase - RM99 (sebab aku beli HTC Cha-cha. Ehem)

Purchase with purchase gak - RM99 (sebab beli barangan HTC)

Sila bandingkan harga asal dengan harga ku beli. Gilosssssss... ku beli dengan harga RM25 sahaja!!! 
Apabila keluar dari PC Expo 2011 kali ini, aku pulang dengan dua beg kertas khas HTC yang dipenuhi dengan barangan di bawah.

HTC Cha Cha + Free 8GB + screen protector + casing + RM1000 Spa Baucer
Aku ditahan sebelum keluar untuk mengikuti satu Pusingan Roda Bertuah (suka-suki letak nama. HAHA) untuk menentukan hadiah misteri pakej pelancongan. Tup-tup... aku menang pakej pelancongan ke Beijing selama 3 hari 2 malam. Ya rabbiiii.... best siottttttt!!!!

All in all... aku sangat seronok dengan hasil pembelian dari PC Expo 2011 dan menantikan expo yang seterusnya. Harus kumpul duit lagi lah untuk shopping pada tahun depan. Ihiks...

Nasihatku kepada mereka yang ingin shopping barangan elektronik... sila beli semasa PC Fair atau PC Expo sebab banyak benda korang boleh dapat secara percuma bersama barangan pembelian dengan harga promosi itu.

=)

Selamat bershopping! Dan selamat berhari raya aidil adha. Hikkzzzzzzz..

.


10 comments:

HEMY said... [Reply]

bapak ah bertuah!!! best best!! aku gak malang tertinggal bateri kamera

jedi said... [Reply]

Tahniah. Ko sgt bertuah..

Eri-chan said... [Reply]

tahniah. ke beijing tuh!

Jard The Great said... [Reply]

@hemy... hehe. da sampai kampung mana beb?

@jedi... makaseh. da selamat sampai kampung ke bro? selamat hari raya haji ye. hehe

Jard The Great said... [Reply]

@eri-chan.. jom temankan aku boleh? hehe

iman said... [Reply]

pergh giler bertuah la ko Jard! ;D haha wajar ko post awal2 pasal expo neh, bleh aku join tadik.haha

Cik Kamoo said... [Reply]

wah seronoklah. bertuah sungguh! Tahniah bro

Sharinginfoz said... [Reply]

macam2 ada kan... nak tablet satu

Peri PiA said... [Reply]

seronok nya membeli belah mcm ni

Fadzli Basrom said... [Reply]

macam best je pc expo..apa beza dengan harga di lowyat..