Monday, January 23, 2012

Perkahwinan Bajau 2 : Malam Bertitik dan Berinai

Setelah seharian bergotong-royong untuk menyiapkan juadah kenduri, malamnya pula diadakan acara mandi bunga, berinai dan bertitik.

 Acara bertitik ialah acara memainkan peralatan tradisional oleh golongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik untuk menghiburkan para tetamu yang datang. Kekadang dimainkan sampai keesokan paginya bagi memberitahu satu kampung esoknya ada majlis perkahwinan.

Adik-adik, saudara-mara dan sepupu-pipit dikenakan pakaian tradisional bajau untuk malam bertitik dan berinai

Diadakan di rumah masing-masing, setiap pengantin diringi doa dan zikir,

Pengantin akan dikenakan pakaian tradisional jugak, ditemani sepupu-pipit.

Sambil itu, golongan tua bertitik. Jugak ada paluan kompang oleh anak-anak yatim.

Sepupu-pipit keseronokan dapat berpakaian Bajau. Hehehehe.

Acara berinai diiringi zikir dan doa (lihat pada latar belakang. Ramai pakcik-pakcik berdiri sambil berzikir).

Pengantin perempuan pula berada di rumahnya untuk melakukan acara yang sama. Dilakukan secara berasingan.

Pengantin lelaki yang kacak sehh. Kah kah kah. 
.

5 comments:

Peri PiA said... [Reply]

bgs,buat separate :)

cantik la baju tradisional

Malaysia Networks said... [Reply]

hi jard

jom join contest blogger saya

"Paypal Cash Giveaway" Hadiah tunai sehingga USD$50 @ RM 150

tarikh akhir 29 Feb 2012

http://malaysia.topglobalsite.com/p/contest-malaysia-top-blogger.html

hazman aka species1980 said... [Reply]

Warna tema kuning yea....happening jee...

Mak Su said... [Reply]

jard, pelaminnya unik!

Nirwanah Naim said... [Reply]

d mna bleh sewa pakaian perkahwinan bajau ni ar?