Wednesday, May 9, 2012

Review: Vibrance Kegel Device

Ingat lagi pengenalan kepada alat Vibrance Kegel Device dalam sebulan yang lepas? Tajuk yang agak berani perihal kemut. Hehe. Entri kali ini adalah untuk mengesahkan kebenaran tentang penggunaan alat ini. Secara jujurnya ini bukan review dari aku sebab anak dara (aku!) dilarang menggunakan alat ini. Tapi nak terangkan kepada orang lain tentang alat ini bukannya susah manapun.


Cuma perlu buat satu video je dan para pengunjung blog ini turut memahami kegunaan alat ini kan?



Ha'ah.. jangan nak gelak tengok rupa bentuk alat ini.

Ya, aku tak sangka benda ini boleh masuk "belah bawah" tu. (fikirku sebagai anak dara)
Seperti dalam video, ada tiga tahap kemutan. Si pengguna perlu mulakan dengan tahap 0 dulu dalam beberapa bulan sebelum memulakan tahap lain.

Apa yang ada dalam pakej.
Sarung dia tahan lasak, anti-bakteria dan selamat digunakan. Selain itu ia diperbuat daripada getah silikon yang bermutu tinggi untuk memudahkan si pengguna membersihkannya. Boleh rujuk sini untuk cara penggunaan dari pengeluar.

Serba sedikit tentang akak reviewer untuk produk ini. Akak itu kerja satu pejabat dengan aku, mempunyai 5 orang anak dan berada dalam lingkungan 40-an. Beliau mengadu ada masalah SENTIASA terkucil tidak kira berdiri atau berjalan. Hajatnya ingin menjalankan ibadah haji dalam keadaan tidak mendaifkan seperti itu maka kerana hajatnya itulah aku memberikan alat ini kepadanya. Aku telah dihampiri ramai wanita yang berhajat untuk menjadi reviewer tapi cuma boleh pilih seorang je. =)

Akak reviewer yang senyum puas hati ketika menemui aku.
Genap sebulan kemudian aku meminta feedback darinya. Aku perasan semasa dia memasuki pejabat hari itu bahawa badannya agak susut. Hehe.

  1. Pada mulanya, dia susah nak gerakkan otot kegel itu. Tapi hasil getaran pada alat itu membuatnya dia berjaya mengesan otot kegel dalam masa 5 minit je. Sekarang hari-hari boleh buat senaman menggunakan alat itu.
  2. Masalah terkucil masih berlaku cuma dah kurang. Agaknya kena pakai lama sikit kot. Tapi takpe katanya, setakat ini dia puas hati dengan produk ini.
  3. Berat memang susut manyakk ohhh.. Dia kata dah susut dalam 3 kilo. Hehe. Bagus-bagus.

Ahh.. kalau gitu, kalau aku kahwin nanti... seharusnya kena pakai alat ini kan?

Cara nak dapatkan alat ini mudah je, sila dapatkan Alat Vibrance Kegel Device secara online melalui laman MyBioinfinity dan boleh juga di dapati di Shins outlets atau di hospital pada harga RM 498.00 sahaja.

Ataupun terus hubungi mereka di talian : Customer care line - 1700 -81-0321
.

10 comments:

Monolog Hero said... [Reply]

Fikiran suci murni.
mesti alat tu bleh masuk,dah design camtu.

Jard The Great said... [Reply]

@monolog hero.. haha.. selepas melihat baru tahu beb

Unknown said... [Reply]

aku baca tajuk blurrr...baca isi terkedu jap...

ada jugak alat tahan kucil rupanya..hahahhaha

Jard The Great said... [Reply]

@jedi.. alaa.. bukan takat tu ju. alat neh leh perbaiki hubungan intim suami isteri gakk.. haha

Unknown said... [Reply]

Wah.. dengar macma bagus.. Nanti kawen boleh pakai..

Akak.. Tahniah memang award semalam... ;)

Atul Hidayah said... [Reply]

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Kawan-kawan, boleh tolong jawab soalan survey yang berkaitan dengan tesis saya...
terima kaseh...:)

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGdlU1AwWnhUdWF2M3JJZ2NJZGVWMWc6MQ

JMR said... [Reply]

alat apa ni? tak faham..hahaha..

Jard The Great said... [Reply]

@JMR.. saja la tu tak faham. mentang2 lelaki. hehe

Jard The Great said... [Reply]

thanks nurul akmal! =)

Unknown said... [Reply]

wah review yang bagus