"Biar mati anak, jangan mati adat... mencabut adat yang asing daripada ISLAM, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain" Ust Hasrizal Abdul Jamil
Aku tengah memahami adat Melayu sebab sebagai orang muda di zaman yang serba moden neh.. aku perasan banyak benda yang diamalkan oleh adat Melayu sejak turun-temurun zaman tok kadok lagi.. semakin dilupai oleh generasi sekarang.
Kenapa?
Sebab ramai mungkin ingat budaya resam itu merosak agama. Atau ramai yang terpengaruh dengan cara moden yang diilhamkan dari barat. Atau...
simply put it as... ramai yang tak tahu dan tak faham adat... =)
Bak kata Ust Hasrizal, "Kita tidak boleh memahami bahasa dahulu dengan pemikiran hari ini. Bahasa lama perlu berfikir cara lama. Orang Melayu membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang dianggap sebagai JATI dan HARGA DIRI. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasai."
Apa yang sinonim dengan adat Melayu? Tahu dak? hehehe..
berpantun beb...
Ini ku petik dari Karafi Salleh pula...
Cincin suasa bertatah mutiara
Cantik berkarang corak berpangsa
Indah bahasa adat budaya
Jadi lambang keagungan bangsa
Ini baru mukadimah.. aku baru nak masuk isi kandungan.. wakakaka...
Aku mendapati daun sirih ini menjadi antara komponen penting dalam adat Melayu.. selain itu, mak aku memang gemar hisap pinang ditambah kapur yang dibalut daun sirih ini.. sampai merah gigi.. huhuhu..
Tepak sirih merupakan satu instrumen dalam adat Melayu sejak dari dahulu lagi. Menjadi simbol pelbagai adat istiadat Melayu khusunya.. ehem.(sakit tekak lak..)... upacara perkahwinan.
Ia ditegah dari dilangkah atau dipersendakan. Sebab once die jatuh ataupun terbalik.. orang kata itu sebagai alamat buruk dan tanda kecelakaan bakal menimpa.
Tapi dalam upacara perkahwinan, peranan tepak sirih ini adalah sebagai pemula majlis dan kepala adat. Ia menjadi lambang sama ada hajat yang dibawa tercapai mahupun sebaliknya.
Jika lihat pada gambar di atas, kedukukan, peranan dan inti kandungan yang terdapat di dalamnya mempunyai maksud yang tersendiri. Gandingan sirih bersama pinang, kapur, gambir, cengkih dan guna tembakau menyatakan betapa adat Melayu mementingkan kemuafakatan dan keharmonian. =)
Jom kita perhalusi maksud setiap benda itu....
Daun sirih -digambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
Kapur - lambagkan hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan
Gambir-yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati
Pinang- kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta keturunan yang baik-baik
Tembakau-rasanya yg pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk berkorban
Cengkih-rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata
Dan susun atur cembul-cembul itu melambangkan kedudukan di dalam sesebuah keluarga, Tepak sirih yang dibina meninggi ke atas melambangkan seorang ibu yang melindungi anak-anak dari segala jenis ancaman dan dugaan. Manakala cembul mewakili anak. Aku baru tahu maksud tepak sirih.. heeee...
Wahh.. sampai begitu sekali tepak sirih diangkat sebagai lambang ciri-ciri kekuatan bangsa Melayu. tapi sekarang komponen ini semakin terpinggir. Huhuhu.. kini ia cuma digunakan untuk hiasan semata-mata tanpa didalami maksud tepak sirih itu.
Ok.. sekarang dah tahu... hehehe..
Sirih junjung - komponen khusus dalam adat istiadat perkahwinan budaya Melayu. Juga menjadi simbol keazamana orang Melayu dalam membudayakan adat resam dan istiadat.
Dijadikan hantarang oleh kedua-dua pihak dan akan bertukar tangan di penhujung majlis sama ada semasa adat pertunangan mahupun pada hari perkahwinan. Kebiasaannya, ia disusun dengan menggunakan 100 helai daun sirih yang sedang elok ekmatangan dan saiznya seperti gambar di atas. Gubahan disulami dengan bunga-bungaan segar dan pada daun-daun itu dicaliti dan diselitkan bahan-bahan seperti kapur, gambir, pinang, tembakau dan cengkih.
Sirih dara - Komponen tambahan yang diadakan oleh pihak perempuan bagi menyampaikan satu maksud simbolik bahawa anak gadis yang dipinang ini adalah anak dara.Biasanya diletakkan di atas peterana pelamin, bahagian tengah untuk menyerikan pelamin serta menyampaikan maksud simboliknya itu.
Sirih gatal - gubahan daun-daun sirih bersama bunga-bungaan yang diikat dengan sapu tangan pada pangkalnya. Dibuat sekadar cukup untuk dipegang pada pangkalnya.. macam bouquet. Dipegang oleh mempelai semasa diarak untuk naik pelamin dan diserahkan kepada pengantin lelaki sebagai lambang penyerahan pengantin perempuan dan sebagai tanda kesediaan perempuan meneruskan majlis perkahwinan..
Juga lambang tuan rumah atau pihak perempuan menjemput pengantin lelaki dan rombongannya supaya masuk ke dalam rumah mereka..
Ok da.... cukup panjang da neh.. nanti ku sambung part 2 plak. Untuk simpanan peribadi aku. =)
15 comments:
cepat ko jard
aku baru nak cilok sikit dari buku ustaz tu
hehehe
gud info
sebb aku pun baru je tahu
hahaha tahniah tuan blog..
sgt2 bergune kpd generasi skang ni..
dorg asyik dok ngadap fb, tu yg lpe
adat2 tu..huhuhu
aku kawin dlu xde bawak pon sirih junjung sme tuh,
ko tau tak?? adat kt kedah tepak sirih di bawak dan dibungkus dalam sapu tangan...
masa tunang dlu, ayah encayang wat cam tuh laaaaa... tp ramai yg zaman skang xwat gitu..
masa adik aku plak, kitorg bawak tepak sirih bertekad org perak, sbb mak aku org perak.... pun xde sirih2 junjung... mak aku ckp membazir....
tp dlm tepak sirih bertekad tuh kami letak beras, yang diparas cantik2 lambang kemurahan rezeki dan bersatu padu, pastuh adalah benda2 lain cam kapur, cengkih, pinang, dsb.... :)
so, ko nanti nk wat pe??? :)
pergh.... memang sempoi la info pasal tepak sirih nie.... tak sangka ada maksud yang tersendiri
baru la tahu makna isi2 dalam tepak sirih tu..thanks for the info
wahla.. semenjak2 nak kahwin ni.. hehehe.. sirih dara tu xpernah nampak pun.. thanx for the info~
off topik sikit... ermm jard... makan sirih ni meningkatkan risiko kanser mulut... kalau boleh, mak jard kurang2kan lah ye..
thanks Jard,memang tak tahu
e-liex... kanser?? huhuhu.. thanks for the warning.. akan ku buat
kenuri aku, dari risik, tunang, nikah dan kenuri, sehelai daun sirih pun tak masuk senarai... hihihihih :P :P
salam kak jad,.,
lama sungguh cikti x bukak blog,.,
blogging x seaktif dulu.,.
pasal adat melayu ni..
ramai je pon dah buta adat,.,
trikut dgn pahaman barat,.
smua nak jadi omputih,.
tp,,ade jgk siki2 adat mlayu yg agk bcanggah dgn agama islam,.
tp xpela,.kita ambik yg boleh diambik ajelah,,yg agk sesat tu,,tinggalkn aje,.,
akak nak kawin bila ni???
xsaba tnggu ntry pasal kak jad kawin
@cik ti.. kahwin? ehehehe... ayah belum jumpa calon lagi.. camna nak kawen?
Boleh x sy nk taw bahan rujukan yg digunakan untuk maksud setiap item sirih tu?kira citation la..kt mana sy boleh dpt rujukan dia..thanx in advance..
@lee yna.. sy baca pelbagai sumber. tak ingat lak dari mana. dari internet ade... dari buku ade... =)
terima kasih membaca dan memanfaatkan buku saya...karafi salleh
Didalam tepak sireh terdapat hati yg bersih
Didalam seulas pinang budi yag baik dikenang-kenang
Didalam secalit kapur terdapat hati yang jujur
Didalam tembakau nan secawan nak menyambung tali persaudaran
Post a Comment