Dara cantik menjeling mata
Jelingan nakal seluruh hala
Adat merisik si dara jelita
Untuk mengenal keluarga segala
Jika pada sesi Memahami adat Melayu 1 berkenaan segala jenis Sirih sebagai Lambang Keserasian Hati, kini tiba masanya untuk aku ulas berkenaan hal merisik pula. Ehem.. bukan sebab aku kena risik ok? Saja nak kongsi ilmu pasal adat kita yang makin dilupai dimamah pemodenan. Huhu..
Adat merisik dalam adat perkahwinan Melayu memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.
Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.
Pada dahulukala, adat merisik ini dilakukan oleh orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain. Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan bakal pasangan mempelai telah pun mengenali antara satu sama lain. Tujuan antara lainnya ialah:
1. mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang seperti calon itu masih belum dipinang orang ataupun pernah berpunya (janda dll)
2. libatkan perbicaraan tentang susur-galur keturunan iaitu nasab keturunan yang boleh dinikahi atau haram dinikahi. *pasal tulah sepupu tak baik kahwin wei!
3. dapat elak sebarang penyakit keturunan yang akan diwarisi oleh zuriat yang akan datang
Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan risikan berhasil, maka pihak lelaki akan minta diri. Jika pihak lelaki berpuas hati dengan status si gadis dan ingin meneruskan hajatnya, maka pihak lelaki akan menyerahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda. Pada mase neh lah pemberian cincin merisik dilangsungkan sekali dengan adat melamar dan penentuan tarikh pertunagan.
Jika cincin diterima, maka pihak perempuan akan mengembalikan semula tepak sirih kepada pihak lelaki sebagai tanda untuk pulang.
Contoh Pantun oleh Pihak Lelaki ketika Merisik Pihak Perempuan. hehehe
Pergi memikat burung serindit
Singgah di Lenga membeli lokan
Membawa hajat setinggi langit
Merisik bunga mekar di taman
Kembang mekar bunga Siantan
Susun secekak harum baunya
Mekar mawar mewangi di taman
Bertuan tidak kami bertanya
Cincin rotan disarung di jari
manisnya jari cantink meruncing
Bunga tuan dipagari sang duri
Izinkan kami hendak menyunting
Harum segar bunga melati
Disusun rapi di dalam puan
berhajat besar hasratnya hati
Teruna kami mencari teman
Ok, cukuplah empat contoh rangkap pantun. Jika pihak perempuan menerima risikan, berikut ialah contoh pantun menerima. ngeeeeeeeeee....
Tikar jerami hampar di laman
Mengulas dulang berisi emping
Bunga kami mekar di taman
Menanti orang datang menyunting
ikan parang dimasak kari
Masak dengan bercampur kerang
Besar panjang nak dara kami
Mengharap teman berkasih sayang
Anyam jerami berbelang warna
Tengah berlubang lekang susunan
Bunga kami belum berpunya
Menanti kumbang hinggap di taman
Turun ke sumur menanam lada
Lada sura merah geliga
Sampai umur ulmu pun ada
Bersedia dara hidup berkeluarga.
Hahaha...... bukan itu ja..... kalau misalnya pihak perempuan menolak risikan camna plak? aaah.. mestilah berpantun jugak...
Madu setakar jadi hidangan
Santapan rasa pengantin bersanding
Bunga mekar di taman larangan
Belum masanya untuk disunting
Daun kari enak baunya
Masak bersama sayur peria
Nak dara kami sudah berpunya
Menanti masa berjanji setia
Dayung pedati mainan dara
Berdayung dari pagi ke seja
berat hati ingin bicara
Empunya diri belum sedia
Peram bidara di atas para
Peram kian sehingga larut
Teruna dara masam mencuka
Mungkin keserasian belum bertaut
ha'ah. cukup ilmu aku untuk Majlis merisik..... sesi seterusnya berkenaan MELAMAR pula.. lalalala.. =p
25 comments:
wah3,ku sendiri pon xjelas dgn adat ni
thanks Jard :)
hai akak..
merisik sudah..
kita tunggu melamar pulak k..
=)
fulamak!
merisik pun siap berpantun
meriah
hikhikhik
sya ingat masa sesi merisik sy dulu
saya duk lam bilik main PS ngan adik2 saya ahhahaha
@pia.. da kawen blom neh? eheheh
@alie.. mesti da kena risik neh kan? kan? ehehee.. kalau blom soh en boifren risik cpt2.. kot2 alie da ade org lain. lalala..
@hazzy.. hehehe.. amik la contoh2 pantun neh bila hazzy kena risik karang..
@wanie.. ahahaha.. sempat main PS2 tuuu! dashyat!
bro hari teu merisik terus jalan... xjd merisik terus bertunang..
sirih xde... time family dtg, die boleh ke dapur tolong memasah [layak dah nie]
bro pulak, relax je wat koje kat office n xtau pe2 yang diperbincangkan oleh kedua-dua family.. seminggu lepas teu baru bro tahu
BroFramestone Blog
ehehe,pia tu dok mundar mandir dl bilik sowang2..xtau ape tejadi :D
lps hbs majlis,pot pet benda lain..lupe nak tanya perjalanan majlis
ewah!!!
suka kak jard berpantun2 ek!!!
huhuhuhu
@framestone.. hehe.. mmg camtuh ar.. kegunaan sirih da makin dilupakan fungsinya
@pia.. mesti gabra mase tuh kan? tp da selamat kawen pon.. ihik.ss
@hakim.. ku kopipes dari sumber yang boleh diyakini yakni buku adat melayu tulisan Karafi Salleh..e hehehe. jgn terpedaya.. ku tak pandai berpantun
Fuhh jgn ckp lah,ehehe
Alhamdulillah,selamat
Anyway kelasss la entry ni,siap Pantun.
dan mengimbas kembali adat2 melayu,maklum la muda mudi sekarang ni .mane la nak amek port pekara2 mcm ni hehe
Pantun Melayu itu satu seni yang sangat indah.. Heehee.. :)
>>____<<
mmg best! hahahhaha
kalau bakal pengantin tu sendiri bpantun, lagi gempaxs ... phewwww ...
hahha
cantik la ko kasi pantun...senang keje aku nanti...erk888
panjang betol pantun nye..
nak jgak raseny menghadiri majlis merisik ni..xpenah..hehe~
tak acilah ko dah siap bagi contoh pantun. Org selalu pantun sepontan. Berpeluh wei nak fikir masa tu.
psst - tikar jerami ko mcm tikar kayu aje. Betul ke tu?
@hana.. betul2.. ehehe
@frodo... bakal pengantin tinggal nk hitung hari je.. ehehehe.. takyah berpantun2 da
@deus.. aar.. pinjamlah pantun neh bila sampai masanya hang nk kahwinkan anak2.. wakakakak
@hana.. sama ar.. ku pon tak penah alami. hik3x
@yunus.. aku google.. die bg gmbr tuu.. ehehe
amboi jard, siap dengan pantun. maksu looking forward ler.... ;)
wahh .. penuh dgn pantun.
tak penah terpir pun pasal pntun before nih.
good info :)
wah...bersedia jard
huhuh indah sebnr yer melayu nie! penuh lemah lembut dan tutur bicara pun chantek!
tahinaih post yg menarik!!
tapi aku malas baca no1 aku baca mana yg aku nakl baca je lah hahaha
apa2 pown entry nie patut bukan! megusik2 ko nak dirisik ke apa2
tapi lebih pada kita org melayu meyedari akan keindahan budaya kita!
masa akak dulu takde merisik ni
terus bertunang je
kak jard kena risik ea?
Best. Xpaham sangat adat2 melayu ni. Ikutkn nk wat yg simple2 je nnti. anyway, good to know.
melamar kena ada cincin lain plak ye?aduh..huhu
wah! ramai jugak rombongan yg dtg merisik ko jard.muahaha...
@Mak Su... ehehe.. look forward utk entri seterusnya ke mak su? ehehehe
@aion ... thanks beb.. =)
@jedi ... ahaha.. sentiasa bersiap siaga =p
@Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova ... betul2.. kena suburkan balik pengetahuan kita terhadap adat melayu.. =p
@a kl citizen s... sebab da lama kenal kot.. ehehe..
@shamsiah shamsuddin ... ehh.. ehhhhhh.. bukan2.. ehehe.. saja kongsi ilmu
@MuNsYi SaMa ... tuh ar.. rasanya tak kot.. wakaka.. tunggu sambungan k.. gud question
@Mr PenyuBiru ... bukan gmbr aku laaaaaa.. wakakaka..
Post a Comment