Kesian adik aku. Dari semalam die tak lena tidur. Asyik terjaga jer. Mungkin sebab nervous akan ditinggalkan di USM nanti? Tinggal keseorangan? hehe..
Kampus USM untuk perubatan takdelah luas sangat kalau dibandingkan dengan UMS.. atau Unimas. Aku pun terkejut tinguk keadaan hostel pelajar perempuan yang dilengkapi dengan perabot-perabot yang lama dan agak kotor. Ayat yang pertama keluar dari mulut adik aku tatkala menjejakkan kakinya masuk ke bilik hostelnya ialah, "Cantik lagi bilik aku semasa matiks"
Aku senyum jer. Bilik aku semasa Unimas pun lagi cantik.... umpama tinggal di sebuah apartment. Satu apartment itu diduduki 8 orang. Siap ade ruang tamu dan dapur lagi yooo.... Di seberang plak ialah hostel lelaki. Kalau bukan kami yang kena skodeng... kami lah yang jadi tukang skodengnya. hehehe..Tibe-tibe aku rindu kat UNIMAS yang serba moden tu.Dah empat tahun aku tak jejakkan kaki ke Sarawak.
Semasa adik aku sibuk menguruskan hal pendaftarannya.. aku lak sibuk nak jenguk bilik hostelnya dulu. Sambil-sambil itu nak tolong booking katil, almari dan meja belajar yang paling bagus dalam bilik yang dikongsi bersama 2 pelajar lain. Terkejut gak... roomate adik aku seorang cina. Ayah aku cakap.. "Baguslah tuh... nanti hen akan lebih fokus pada studi kalau berkawan dengan orang cina" Oh yaa... Hen itu merujuk pada adik aku. Nama kampungnya. =p
Hehehe.. positif sungguh ayah aku neh.
Siap urusan pendaftarannya dan sesi mengangkat barangannya masuk bilik... kami pun bergerak ke MAA Medicare Center kat jalan Telipot. Ayah ade appointment pukul 11 pagi.
Die masih kat sana pada saat aku menaip entri ini. Lepas hantar ayah kat sana.. aku berusaha mencari jalan ke Pasar Siti Khadijah. Tapi asyik sesat jalan je.. hohohohoho.....
Alhamdulillah jumpa... dan hajat ku nak beli baju muslimah dan keropok ikan tercapai. Sekali 5 helai baju ku rembat dari sana dengan harga RM22 sehelai. Kalau kat Kota Belud mau RM45 satu bah... =p
Semalam gi Mydin besar kat Kubang Kerian.. jakun jap bila masuk tempat tuh.. besar wooo!!! Kalah Mydin Kuala lumpur. Wakaka....
Ok ar... puas aku taip panjang-panjang sebab jumpa laptop berinternet. How? Biarlah rahsia.. hehehe...sekejap je neh. Pastuh nak off amik ayah dari pusat dialisi. Chow!
16 comments:
adik ko masuk murni kot?? kalo nurani barulah sket, tp xdelah mewah sgt cam kampus org len...
kampus lama mmg gitu, aku dlupon kat situ, tekujat jugak sbb banding dgn bilik masa kt matriks...
gud luck utk adik ko!
for sure pasnih dia treasure mknn yg sdp2 n murah2 kt sana, n soping baju n tudung smpi tak henagt..
owh, i missed those days..
aar.. adik memang dapat kat murni.... hehehe... murni mmg lama ek? patut laa... aku tinguk kat nurani mmg cam lagi besh...
bersyukur la ngan apa y ada...... nk moden2 cari la kampus y baru bukak....
ms adik aku reg kat UM pun aku bimbang... bayangkan ada monyet msk n amik barang dlm bilik
but all the least will make the very best! survivor la sket!
zonaku.. hehe.. tuh ar. Nak wat camna lagi. Adik aku minta belikan tikar plak. Malas lak aku nak layan.. hahahaha..
Betul tu.. Lebih motivate sket kalau dok sebilik ngan Chinese.. Entah laa.. Tapi tu yang ku rase seikhlasnya.. Heeeee.. =)
Belum masuk Mydin Melaka lagi yang kat MiTC tu.. Hehe..
kalau dapat murni 1 ok la.bgnn baru.dalam pon baru. murni3 dan 4 yang lama. time aku nak grad, murni sedang di upgrade.nanti cantek ar tu.lagi satu, kalau nak duk bilik bes2, aktifkan diri anda dengan ko-k.
Salam ziarah untuk sahabatku di negeri jiran.
u lama, mmg xsama ngan yg baru..so camna?ok ke klate?
dulu mase sy msuk universiti pun takut gak...sorg2 kat sane..tak boleh tidur sebab sedih berjauhan dari family..huhu..
oh mengapakah selama ini daku membayangkan kampus perubatan kat situ grand.
sebilik dengan budak cina? OMG! kena tutup aurat 24jam tu wei!
tiba2 aku sgt tingat kampung bila baca entry neh....papepon, gud luck utk adik ko..:D
Eh....Mydin besar dah bukak ye? Aku yg orng kelantan pun bru je tau ni.
haha~
aku suka gile mydin kt kubang kerian tu. mcm2 ada. that place pun besar. harga pun murah.
mydin tu ag bsar dr mydin kt kL ae??
hehehe.. kelantan sgt besh
Post a Comment