Wednesday, August 11, 2010

ke Pasar Chowkit waktu tengah malam untuk beli ayam sebelum hari puasa


Kami sampai dalam pukul 12 tengah malam. Ramai orang yang tengah membeli barangan makanan basah dan kering kat sini.

Sungguh meriah.

Macam bukan tengah malam plak. Macam baru nak isyak. He he



Ayam halal tak? Ha'ahhh.. siap boleh nampak tayangan free kat belakang penjual ayam yang tengah menyembelih ayam. Hampir tak jadi nak beli sebab rasa kesian. Terdengar ayam itu ketika disembelih memang rasa pilu lak.

Cara mengatasi.

Fikirkanlah...... bahawa inilah fitrah ayam iaitu untuk dimakan oleh manusia.

Fitrah manusia apa??? beragama tauhid. Bukti.. sila rujuk ayat 30 surah Ar-Ruum kat bawah. =)


Aku dengan roomate beli satu ekor ayam je.

Nampak gayanya, harga ayam dah naik ler. Dulu RM6.50. Sekarang dah RM7.00 sekilo.


Kami dikenakan caj RM18 seekor.


Destinasi seterusnya ialah kedai runcit seperti di atas. Sesak dengan orang oooooo... sebab harga barangan makanan sini memang murah siot la. Carrefour dan Tesco memang takleh nak tandingi.


Nama kedai? Pemborong dan Peruncit Barangan Makanan Sejahtera Baru, Akan kami kerap ke sini untuk beli barangan dapur.

Budaya housemate aku neh pelik sikit.

Orang lain sibuk nak cari tempat berbuka yang best-best kat luar ataupun pergi Bazar Ramadhan yang berlambak di luar sana. Kami plak baru nak rajin masak sendiri. Wakakakaka.. Jimat lagi konon. Lagipun mungkin antara sebab utamanya..........

kawan-kawan aku yang kerja Swasta, ramai yang dapat balik awal dari opis tika bulan puasa. Pergi kerja pukul 9 pagi.. balik pukul 4:30 petang.

Tak ke heaven tuuuu? Kalah orang gomen.

Bekalan yang kami beli cukup untuk seminggu je. Kos dalam RM35 (ayam, sayur, bawang dll) ja untuk 4 orang makan selama seminggu. Jimat bukan? Hehehe.. minggu depan beli lagi.

OK... ku nak tidur jap sebelum bangun sahur. Dah pukul 2:17 pagi neh.. Nite!

19 comments:

Adziim said... [Reply]

Haha~ cuba orang yg kerja hospital swasta mahupun gomen. X merasanya balik awal.
Patient memanjang je.

Berd said... [Reply]

gaya makan megi je ni.

Anonymous said... [Reply]

mahalnye ayam sekor rm18?
kalau kat Johor, ayam murah..
tp gerenti halal..hehehe

Oong-ong said... [Reply]

mcm2 ek..
smlm kat giant pon maggie abbis..
dasyat kan..selamat berpose =)

Jard The Great said... [Reply]

Mohd Adziim ... hehe.. maksud kamu.. diri kamu la neh yg tak dpt balik awal kan? slamat berpuasa zim


Berd ... megi sold out da tuu.. =p


cik tqa ... RM7 sekilo.. ayam tu besar jugakla.. ehehe... hmpir 3 kilo

Oong-ong ... slamat berpose jugak =)

Cahaya Yang Riang Gembira said... [Reply]

Heeeee.. Ku pon nak masak jek puasa kali ni.. Senang dan jimat.. Kalau pi bazaar, adoi, banyak laa duit terbang melayang.. Huhu..

noorafzan.blogspot.com said... [Reply]

Jard dah jadi informer kedai2 murah la pula.
hari tu kedai barang2 buat kek n biskut.

CAHAYA said... [Reply]

Mmg jimat kos tu. Pandai korang berjimat. :)

Nazz@Purple said... [Reply]

ooo cam tu eh chow kit..dorang tak tido eh..

ardinihumaira said... [Reply]

selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan ramadhan yang penuh keberkatan. semoga segala amalan kita diredhai dan diberkati Allah, amin...

;)

Hazzy Ishak said... [Reply]

tak sabar nak ke bazar ramadhan.heee

Sheherazade said... [Reply]

Thanks Jard,kalo kesian kita xblh mkn pulak..

Pasar Chow Kit memang murah,mcm2 ade

maslinamansor said... [Reply]

selamat berpuasa jard...
ayam sampai rm18 tue, dua ekor ker?

lumut said... [Reply]

sedihnye bunyik komen berd...hehe..bagus berjimat.....kira rm35 tuh bagi 4 org lah?syes jimat..hee...

lalink7 said... [Reply]

wah jard rajin amek pic yer? mst orang kat pasar tue rasa diri populer jap..hehehe

Syah Shah said... [Reply]

adatlah harga ayam dan daging naik time-time gini... dekat nak raya sok, lagilaa... hohohohoh :D :D

Selamat Berpuasa Jard...

Jard The Great said... [Reply]

FarhanaDr ... beli barang dapur kat mana dok? ehehe

zulkbo ... thanks.. selamat berpuasa pada kamu jugak =)

noor afzan ... org kedekut mcm aku mmglah kena bgtahu tpt2 yg murah2.. ehehehehe

CAHAYA said... hehehe. boros ade jugak... jimat mase bulan puasa je

Nazz@Purple ... tak kot.. tak pernah lak smpi pagi kat sana.. ehehe

ardinihumaira ... amin.. selamat berpuasa jugak!

Hazzy Ishak ... ehehehe..

Peri PiA ... betul2.. DURIAN pon ade!!!!

maslinamansor... satu ekor je... sbb amik ayam 2.5kilo.. besar gak

bukan lumut... hehhee.. berd belajar overseas kan? selamat berpuasa lumut

~ mizzAmy ~ said... [Reply]

mak aii... giler gigih korang pergi pasar malam2 buta. tak tau plak kat chowkit bukak until mid nite. btw, masak sendiri lah lagi heaven kan. tapi apakan daya, saya tak reti masak. T____T

Sheherazade said... [Reply]

btl,penah beli terkena yg keras :|,hati2