Majlis: Celebrating 195th Anniversary Dinner Penang Free School
Tempat: Royale Chulan Hotel
Tema: Love is in the Air (warna merah)
Aku bersama rakan-rakan pejabat yang lain datang disambut karpet merah. Tetamu terhormat yang datang pada malam itu ialah DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis.
Walauapun datang dengan berpakaian merah tetapi dewannya dihiasi dengan warna keemas-emasan. Nak menyambut orang kebesaran lah neh. hehe
Buku acara. err.. |
Setiap tetamu diberikan satu doorgift dan buku acara yang juga berbentuk majalah untuk Penang Free School. Dato Pengarah jabatan aku merupakan ketua organizer committee acara ini jadi aku bersama kawan-kawan pejabat yang lain dijemput datang walaupun bukan ahli Old Frees Association.
Apakah Old Frees Association? SIla google ye. Hehehe.. yang aku tahu ia satu alumni untuk bekas-bekas pelajar Penang Free School. Ramai di kalangan bekas pelajarnya dah jadi Dato' dan orang besar di Malaysia. Antaranya bos aku ler. Kira bertuah jugaklah dapat hadiri majlis berprestij dan mewah neh. Siap ada orang kebesaran lagi. Hehehe.
Dewan di Royale Chulan sangat besar. Setiap meja ada belon.
Emasnya uolss!!! Air je warna merah. |
Popiah basah with prawns and spicy sweet souce |
Kemudian dihidang dengan...
Dan kemudiannya baru kami dihidangkan dengan 'Butter rice with cashew nuts and raisins'. Dan lauk-pauknya seperti di bawah.
*gambar dari Panasonic Lumix S1
.
Hot and sour Szechuan Soup (kurang berkenan lak.. hehe) |
Yummy! |
Steamed Fish with Ginger Superior Sauce
Crispy Chicken with Pine nuts served with Plum and Chili Sauce
Mutton Curry
'Kong Poh' Prawns
Vegetable Parcel with Broccolis, Carrots, and Mini Black Mushrooms
A meal fit for the kings! |
Aku tak pasti pula berapa harga untuk satu meja. Aku tahu makan jelah. Dah jadi tetamu kan? hehehe..
Artis jemputan untuk malam itu ialah Dayang Nurfaezah tapi aku dah balik sebelum dia naik ke pentas untuk menyanyi. Hee. Taknaklah berlegar lama-lama. Kali terakhir aku pergi majlis macam ini, aku kena menari joget dan twist di ruangan tengah. Hohohohoho.... so baik larikan diri cepat-cepat. *maaf dato;..=p
Terima kasih Dato' kerana menjemput kami.
*gambar dari Panasonic Lumix S1
.
7 comments:
hurmmm..... popiah basah tu memang nampak best jeee
meleleh air liur den tengok gambar2 tu hehe
aku ingatkan ko berpacaran ngan student sana sekarang ni
@hazman... hehe.. mmg sedap
@zino... hari neh aku terpaksa berpuasa sbb kekenyangan masih terasa. hehehe
Berseronok ko ngan kamera aku ya.... ==''''
terasa ghairah tengok makanan tu..hheee
rsa lapar ni..nak minta blnja ni..boleh??
woow
Post a Comment