Wednesday, February 29, 2012

Makan Malam di Syuen Hotel, Ipoh, Perak

Ini adalah entri sambungan daripada Media Trip Day 1 - MH Hotel, Ipoh, Perak.

Pada malam pertama di Ipoh, Perak, kami makan malam di Hotel Syuen yang berhampiran dengan Dataran Bandaraya Ipoh, tempat berlangsungnya Gala Night... Kesemua penari kebudayaan dan performer untuk Royal Belum World Drum Festival 2012 menginap di hotel ini kerana mudah dari segi logistik. Dan disebabkan itu, hotel itu fully booked dan orang lain (macam kami, rakan media online) terpaksa dok hotel yang jauh sedikit.

Pic kredit to - http://www.syuenhotel.com.my/
Tapi tak mengapa... makanan tetap sedap... hehehe..

Hotel Syuen ini lebih bercirikan zaman oldies. Aku terasa seperti berada dalam zaman 50-an (ehh, macamlah aku tahu zaman dulu macam mana. haha) yang berkelas tinggi. Siap ada kereta antik kat luar bangunan lagi sebagai perhiasan. Rasanya takleh pakai dah kereta tu.

Perghh.. kalaulah kereta aku macam ini. hehe.
Aku sempat pusing-pusing kat lobi dan dewan makan je. Dalam bilik hotel tak tahulah macam mana. Entah-entah macam dalam cerita Sherlock Holmes kot. =p

Hotel rasmi untuk performer dari luar negara.

Pencahayaan dalam lobi pun romantik giler.. hehehe.. ke salah kamera aku neh?

Eh... ada pertandingan dekorasi lobi hotel rupanya!
Patut ler aku rasa hiasan lobi di hotel-hotel sekitar Perak lain macam je. Luar biasa dekorasi mereka berbanding kat KL sebab masuk pertandingan rupanya. Bagus usaha depa! *clap hands!

Tanpa membuang masa, kami menjamu selera di dining hall di sebelah lobi. Masa itulah dapat berborak panjang dengan penyelia Rotikaya.com yang kononnya di saman artis tu. Cerita panas tuuu.. hehe. Tang tu, korang kena dapatkan cerita sepenuhnya dari empunya badan. Aku cuma harap everything turns out well for them. Until then...

....jom makan!
Acara seterusnya akan bermula pada pukul 8:45 malam dan dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Y.A.B. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir. Cerita itu masuk post lain pula. Hehe.. penat den.

Terima kasih membaca.
.





3 comments:

Mak Lin said... [Reply]

xbgtau pun ada kat Ipoh. Teringin nk jumpa.

Jard The Great said... [Reply]

@ciksuzlin.. ehh... kan.. awak dok perak. hehehe.. tak menyempat nk jumpa sesiapa sbb kena cover event

Anonymous said... [Reply]

Hello, where to aid the standings euro 2012?