Sunday, April 25, 2010

Burger OTAi bukan sebarang burger


Aku rasa burger paling sedap yang pernah ku rasai ialah Burger OTAi yang pernah ku beli secara tak sengaja kat kawasan Damansara. Aku beli Burger Ayam mase tuh dengan harga RM2.80. Agak mahal jugaklah kalau dibandingkan dengan burger yang aku beli kat Pasar Malam Sentul semalam dengan harga RM1.50. Jenis-jenis burger OTAi yang ade boleh rujuk kat gambar di bawah.


Tapi apa yang membezakannya?

Burger OTAi lebih ranggup! Wakakaka.. dan saiz die lebih besar dari biasa. Sampai sekarang aku kenyang dan dok kenang2. Rasa nak beli lagi la. Dang! Esok ku WAJIB pergi lagi. Hoho. Nak try Burger Spesel plak.

Seletah ku belajar dengan Google berkenaan Burger OTAi.. maklumat ini yang ku jumpa.

Yang membuatku kagum... sila baca seterusnya.. Ku amik maklumat dari laman web die kat www.otai.com.my

Pengasas perniagaan Burger OTAi.


Hah! Inilah Suhaimi Abas. Pengasas kepada burger yang mahal tapi sedap ini. Hoho. Dia telah dilahirkan pada 18 September 1973 di Pantai Rmis, Perak. Masih muda lagi neh. Ketika berumur 17 tahun, selepas peperiksaan SPM beliau telah berhijrah ke Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membantu bapa saudara beliau berniaga.

3 tahun selepas itu die mulakan perniagaan bersama kawan tapi menemui kegagalan setelah 2 tahun. Lumrah perniagaan camtuh ar. Ade risikonya. Selepas itu barulah die memulakan perniagaan menjual BURGER. Jenama OTAI ditubuhkan beberapa tahun selepas itu.

Timba ilmu dulu baru buat jenama.

OTAI membawa maksud 'Organisasi Tempat Ambil Ilmu'. Hmm, agak pelik nama perniagaan die tapi layankan jer la. ehehe. Cetusan idea ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan memastikan mereka dapat belajar keadah dan teknik yang betul tentang perniagaan burger yang telah terbukti keberkesannya.

OTAI Franchise Sdh Bhd telah dibangunkan oleh beliau sebagai 'Pusat Setempat' yang menyediakan semua keperluan perniagaan burger di bawah satu bumbung yang merangkumi 

-Pusat Latihan Usahawan Otai
-Membuat dan membekal Kiosk serta peralatan memasak burger


*semua KIOSK OTAi mempunyai rekabentuk yang sama.. Standard ar tuh...

-Membekal dan mengedar barangan burger
-Menguruskan lokasi serta lesen perniagaan
-Pengurusan modal perniagaan (MARA, TEKUN, PNS, PUNB dan SME Bank)
-Kawalan mutu dan servis berterusan

Senarai Pakej yang ditawarakan FRANCHISE OTAi *

Classic - RM 20, 000.00 (RM 550.00/bulan)

Bronze - RM 40, 000.00 (RM 1,100.00/bulan)

Silver - RM 60, 000.00 (RM 1,650.00/bulan)

Gold - RM 80, 000.00 (RM 2,200.00/bulan)

Platinum - RM 100, 000.00 (RM 2,750.00/bulan)

Suka slogan kata encik Suhaimi. Hehee..

"Kejayaan aku bukan berapa banyak duit yang aku ada, tapi BERAPA RAMAI USAHAWAN AKU LAHIRKAN" Mie OTAi

Sila ke laman web mereka jika berminat untuk membuka perniagaan ini.

Klip ini plak adalah bonus.. cara diorg buat burger.. ahahahaha..


Adui.. lapar balik ;aaaaaaa..... cisssssss...

23 comments:

hans said... [Reply]

burger paling sedap gua penah makan dkt shah alam nih yg tepi rumah gua
terbaik punya

Jard The Great said... [Reply]

@hans.. kah kah kah... terbaik ker? ko blom cuba burger2 lain wei..

Adziim said... [Reply]

dah lama tk mkn burger.
jard..belanja aku.

Sharinginfoz said... [Reply]

tak pernah cuba lagi tapi so far yang best ialah burger kat taman melati.. memang sedap ngan mayonis dan daging ayam tu memang dibelah dua pas tu letak mayo in between, harag RM2.50, pas tu dia guna timun jepun.. bukan timun yang biasa punya

Unknown said... [Reply]

lbh krg je kot rase bege
heee
tp otai mmg mahal
huhuhuhu
rangup? depends pd sape yg masak la.
huhuhu

Ibu Ammar said... [Reply]

hoho, semua org nak menangkan burger pilihan memasing. tak terkecuali aku. burger kat UM best..best sebab murah. wakaka!

e-liex said... [Reply]

kak jard (tetibe kak cambest jek bila org pggl kak)-kamu buat saya lapar.. huhu...

Jard The Great said... [Reply]

@adziim.. ahaha.. meh ku blanja.. bak mai nombor akaun..

@sharingfoz... taman melati ek.. ko terangkan pon mcm sedap jekk.. nk try ar.. sila buat review kat blog ok? ehehe

@ery.. mahal beb.. tp murah dari burger McDonalds. ehehe

@sarah.. tuh ar.. masing2 nk menang.. ahaha

@e-liex.. sian.. ehehe.. da makan blom?

Cahaya Yang Riang Gembira said... [Reply]

Burger aku masak sedap.. Siapa nak rasa? Hehehe.. ;p

zonaku said... [Reply]

hehehhee..... org mmg kata sedap...
tp kalau aku la............

bege x leh ada kobis! kene ada hirisan bawang besar, daun salad, timun n tomato....

y paling best aku mkn ada semua tu, plus baked beans

masa tu tahun 1993 kat pasar malam kampung aku....

sampai skrg aku x penah jumpa da........ kat kl ni, semua ada kobis n carrot. yeark!

AcanCapik said... [Reply]

oblong takde? dia punya kick lagi best dari prosperity mcd. ada skali aku makan, bgn pagi muka panas jek. huhu...

HEMY said... [Reply]

sllnya wat nama...pk yg pendek dulu..otai..pastu baru pk nama pnjg yg boleh dikaitkan...

Zida said... [Reply]

ni pesal sume dok stori pasal makanan je nihh? muahahah =P

memang otai!

Blog Baru Zida

et said... [Reply]

ouh.sedang kenyang.takde perasaan bile tgk beger itu.

hebat ah abg otai itu.tabik2.

SupportBusinessKita said... [Reply]

http://www.facebook.com/pages/Miri-Malaysia/Kinky-Fat-Chef-Kitchen/345534492806

nie lagi satu... Burger Street Grilled... baca kat suratkhabar... sampai 500 ketul jugak dierorang jual... baru sebulan.. tapi aku rasa yang nie pun ada potensi.

Sheherazade said... [Reply]

ku selalu lalu HQ nya....cedap penah rase burger ni

Syima Syaz said... [Reply]

btl la jard...mmg burger otai ni sedap lah...skill memasak mereka sungguh handal! (ayat skema)

nora said... [Reply]

tension.lapa beger la pulak pagi2 ni.
ish

Anonymous said... [Reply]

aisey..mana plak nak cari burger otai ni..damansara area mana jard? nasib baik tak mengidam..tapi hal2 makanan ni kalo org sebut2 sedap je mula la hati nak mencuba..isk..

Boneka Tak Sakit said... [Reply]

xbest!!!!!!!
wei aku tgh buat banting tuk diorang nie aku search jumpa lak atiukel ko! aku xsetuju langsung burger otai xbest la!!

lain kali jumpa ko bawak aku mana ko makan tipo la best!

aku memang anti burger otai n ie!
tapi bila baca.. xbaik lak anti2 usaha org!

tapi nak buat franchis biar lah mantap!

putra said... [Reply]

bg aq 99 kiosk burger lg sedap bro...

Unknown said... [Reply]

@Ery Farieha121212121212121




Unknown said... [Reply]

MIE OTAI 363 ERMMMMM