Selepas balik dari kelas petang tadi.... aku menolak sebarang ajakan teman-teman untuk ke bandaraya Seoul bersama mereka. Aku bertekad nak pergi secara bersendirian. Ntah kenapa, tapi aku rasa selamat berjalan-jalan di Seoul pada waktu malam. Lebih nikmat. Dan aku boleh memerhatikan orang sekeliling tanpa diganggu orang. =p
Setakat ini memang susah sangat nak jumpa orang Korea yang gemuk dan gelap. Mereka semua cantik dan bergaya. Seakan berada di Paris.. di sebuah pertunjukan fesyen tanpa pentas.
Aku melangkah dengan berani untuk keluar dari bilik hotel selepas maghrib tadi. Dengan hanya berbekalkan peta perjalanan Subway sahaja. Memang sangat
complicated tapi aku suka benda mencabar macam ini. Sangat suka dan rasa THRILL. Pada mulanya agak takut. Jantung dalam dada makin kencang. Sejuknya di luar usah cakap lah tapi tapak tangan aku berpeluh.
Heee.. hairan.
Ramai lagi orang kat luar. Jalan raya pun tengah jem. Aku menjeling-jeling kat banyaknya teksi kat tepi
sidewalk. Tak ramai yang nak naik teksi. Hehehe. Tapi terkejut gaklah.... semua pemandu teksi yang aku terserempak (
semasa perjalanan ke subway Samseong)
memakai tali leher!!! Mak aihh!!! Giler formal. Dan dalam setiap teksi ada TV dan GPS. Fuuhhhh...... canggihnya teksi di sini. Tapi naik Subway lagi besh dan jauh lebih murah.
Aku melangkah lagi.. walaupun keseorangan dan kesejukan makin menggigit setiap kali aku melangkah. Tapi apabila memasuki tren.. terasa hangat pula.
Aku bangga apabila sampai di destinasi setelah transit di Seoungsu untuk ke Hoehyeon, tempat letaknya pasar Nandaemun yang sangat terkenal sebagai
Ghost Market. Tempatnya lebih kurang macam Petaling Street di KL.
Aku bangga sebab, susah payah aku menghadapi keadaan
Lost in Translation akhirnya berhasil. Berseorangan pula tuuu... Orang korea tak kacau aku pun. Dan kalau aku meminta tolong untuk tunjukkan jalan, mereka pasti membantu. Heeee..
Niat aku nak belikan buah tangan untuk mak berjaya...... aku terus berangkat pulang setelah puas meninjau pasar itu. Penat gak nak tawar-menawar harga dengan unni dan ahjussi di situ, tapi mereka semuanya baik. Hehehehe...
Teringat seorang ahjussi yang kami temui Ahad lepas... *tempek gmbr sikit
Perkataan pertama die sebut semasa jumpa kami ialah.. "Dua lima ribu"... harga untuk dua pasang baju Korea. hahaha.. dia cakap melayu tuuuu...
Tapi itu jerla dia pandai sebut. Aku sampai hotel dalam pukul 10 malam. Ishhh... anak dara tak baik keluar memalam.. lalalalaaaa...
besides... Only in Korea maaa.... =)
*keadaan dalam subway semasa nak balik ke bilik hotel.
Esok nak keluar seorang-seorang jugak laa..
...