Tuesday, October 19, 2010

Pergi shopping di Seoul tanpa ditemani lebih nikmat.

Selepas balik dari kelas petang tadi.... aku menolak sebarang ajakan teman-teman untuk ke bandaraya Seoul bersama mereka. Aku bertekad nak pergi secara bersendirian. Ntah kenapa, tapi aku rasa selamat berjalan-jalan di Seoul pada waktu malam. Lebih nikmat. Dan aku boleh memerhatikan orang sekeliling tanpa diganggu orang. =p

Setakat ini memang susah sangat nak jumpa orang Korea yang gemuk dan gelap. Mereka semua cantik dan bergaya. Seakan berada di Paris.. di sebuah pertunjukan fesyen tanpa pentas.


Aku melangkah dengan berani untuk keluar dari bilik hotel selepas maghrib tadi. Dengan hanya berbekalkan peta perjalanan Subway sahaja. Memang sangat complicated tapi aku suka benda mencabar macam ini. Sangat suka dan rasa THRILL. Pada mulanya agak takut. Jantung dalam dada makin kencang. Sejuknya di luar usah cakap lah tapi tapak tangan aku berpeluh.

Heee.. hairan.

Ramai lagi orang kat luar. Jalan raya pun tengah jem. Aku menjeling-jeling kat banyaknya teksi kat tepi sidewalk. Tak ramai yang nak naik teksi. Hehehe. Tapi terkejut gaklah.... semua pemandu teksi yang aku terserempak (semasa perjalanan ke subway Samseong) memakai tali leher!!! Mak aihh!!! Giler formal. Dan dalam setiap teksi ada TV dan GPS. Fuuhhhh...... canggihnya teksi di sini. Tapi naik Subway lagi besh dan jauh lebih murah.

Aku melangkah lagi.. walaupun keseorangan dan kesejukan makin menggigit setiap kali aku melangkah. Tapi apabila memasuki tren.. terasa hangat pula.

Aku bangga apabila sampai di destinasi setelah transit di Seoungsu untuk ke Hoehyeon, tempat letaknya pasar Nandaemun yang sangat terkenal sebagai Ghost Market. Tempatnya lebih kurang macam Petaling Street di KL.

Aku bangga sebab, susah payah aku menghadapi keadaan Lost in Translation akhirnya berhasil. Berseorangan pula tuuu... Orang korea tak kacau aku pun. Dan kalau aku meminta tolong untuk tunjukkan jalan, mereka pasti membantu. Heeee..

Niat aku nak belikan buah tangan untuk mak berjaya...... aku terus berangkat pulang setelah puas meninjau pasar itu. Penat gak nak tawar-menawar harga dengan unni dan ahjussi di situ, tapi mereka semuanya baik. Hehehehe...

Teringat seorang ahjussi yang kami temui Ahad lepas... *tempek gmbr sikit

Perkataan pertama die sebut semasa jumpa kami ialah.. "Dua lima ribu"... harga untuk dua pasang baju Korea. hahaha.. dia cakap melayu tuuuu...

Tapi itu jerla dia pandai sebut. Aku sampai hotel dalam pukul 10 malam. Ishhh... anak dara tak baik keluar memalam.. lalalalaaaa...

besides... Only in Korea maaa.... =)

*keadaan dalam subway semasa nak balik ke bilik hotel.

Esok nak keluar seorang-seorang jugak laa..

...

23 comments:

n a d e a said... [Reply]

wah hebat nye jln sorg2! best nye jln2 kat korea. terasa mcm dlm drama korea tak? hehe ;p

Nur Suaidah Bachok said... [Reply]

nak keluar, bawak ah kiteee! hahahaha :D

Cahaya Yang Riang Gembira said... [Reply]

Arrgghh!!! Ku pula rase seronoknya.. Gajiku nanti nak kumpul, insyaAllah ku nak pegi Korea.. Tapi lepas abes housemanship laa.. :)

suffer8zine said... [Reply]

mesti sejuk kan sbb sane nmpk semua kai baju tebal :P

zonaku said... [Reply]

hati2!

Anonymous said... [Reply]

owh, how i miss Korea! Take Care Jard, the only asian country with vast gentlemen but also shy shy cat.hehe

iman

Fazlinil Irma said... [Reply]

peta subway seoul sama serabut macam london punya.

lepas ni bolehlah datang london.;)

Unknown said... [Reply]

seronoknyer .. ada rasa takut tak jln sensorang ?? .. now kat KL pun takut tau jln sorang2 byk sgt org jahat .. nnt update lg erk.. kita yg rase terlebih seronok .. mmg teringin sangat nak ke korea .. gara2 suke tgk korea movie..

said... [Reply]

tahniah jard.....kagum ada kawan yg berani mcm ang nih....hehehe

ole2 utk aku jangan lupa na...kekeke...kalau kuar jalan2 tu..kot2 terjumpa F4...kim salam sayang kat depa no....kekkekeke

Sheherazade said... [Reply]

yg ini benar2 buat ku jeles :P

bestnya jln2 kat soeul

noorafzan.blogspot.com said... [Reply]

sis berapa lama kat sana?

Hazzy Ishak said... [Reply]

hati2 jugak

fikah mus said... [Reply]

wah, kak jard!!
betul tu.
keluar sorang lagi syok.
dapat rasa suasana yg macam2.
insya-Allah, keluar sorang2 tu tak de pape nye.
bak kata abah saya, jaga diri dan berserah pada Allah je.

p/s:
jelesnya..

Unknown said... [Reply]

wah beshnyer...kte nk tau lbh lg pasal korea...besh2... XD

klo jln sensorg bole xplore sndiri kita akn lg cpt ingt jln...sbb smuanya nk kne cari dn pk sndir..kan jard...

t.care tau kt sana :P
xsabar nk dgr citer psl korea lg....ngeeeee

~ mizzAmy ~ said... [Reply]

bestnya!! nak pergi korea jugak............

Mak Su said... [Reply]

wow! exciting tuh!! ada beli apa2 untuk kitorang kat sini tak? ;)

Unknown said... [Reply]

amboi...driver teksi pon pakai tai ea...bagus betul..dah mcm keje opis lak..

MiaSaidin said... [Reply]

wah.. selamat pergi dan balik yea.. nasib xde yang kacau.. best2!

Amieynna Amin said... [Reply]

hebat jalan sorang2 di negara orang..
bestnye dpt g sana..
bawak balik ole2 k..
hehe

Adziim said... [Reply]

Cepatnya ko balik.

Along Fina said... [Reply]

kak jard, tren kat sna ngn tren kat
M'sia jauh beza kepadatan dia kan.. huhu

jay jamil said... [Reply]

saya pun terjumpa pacik penjual t-shirt tu yang sama hari tu.

memang... dia sekarang sudah memendekkan frasa ayat bahasa melayunya kepada "dua, sepuluh" atau "tiga,sepuluh".

Jard The Great said... [Reply]

@jay jamil ohhh.. aku gi dua tahun lepas. ada lagi ek pakcik tu. hehee. thanks inform aku