Beginilah yang harus kita lakukan... saling bantu-membantu antara satu sama lain, sesama rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama. Ahakzzz!
Aku nak ucapkan terima kasih kepada seorang blogger yang sedang menetap di Jepun di atas kesudiannya untuk membantu aku dan rakan-rakan lain semasa ke sana nanti. Dia sendiri yang menawarkan bantuan, aku tinggal nak sahut jelah! Hahaha. *muka tak malu ke aku?
TERIMA KASIH bebanyak!
Selain itu, dia sudi menjadi tour guide TAK BERBAYAR! Giler rare orang macam ini kan?
But all good deeds are not left unheeded.
Alangkah bagusnya semua rakyat Malaysia di luar negara ada perangai macam ini. *sigh.
So.. dengan pertolongan 'dia', aku dapat merancangkan bajet perbelanjaan dan kos sara hidup semasa di sana nanti. Dapatlah anggarkan berapa banyak duit yang perlu dibawa kan? Hee.
Kalau nak makan untuk satu meal katanya dalam RM40.00 jugak la. Dang! MAHALNYA! Kagum jugaklah camna pelajar Malaysia leh survive di sana. Duit JPA lumayan kott?? Lalalala.. (Tapi sebenarnya mereka rajin memasak.)
Papeponn.... harap semua persiapan pergi dan balik berjalan dengan lancar.... AMIN.
*esok ke imigresen hantar permohonan Visa, doakan tiada rintangan okeh?
.
Thursday, October 13, 2011
Kesudian dari Blogger Jepun yang giler RARE!
Labels:
japan trip
12 comments:
Duit JPA takde la banyak sangat pun. Biasanya student berjimat-cermat. Tak selalu makan kat luar, biasanya masak sendiri kat rumah. Ada yang kerja part-time, so boleh la survive kat luar negara ni.
teringat dulu masa duk london. tiap bulan ada je org msia yg singgah bermalam di rumah. yg bestnya sy boleh kirim mcm2 kat dorg. :)
@anon.. hehe.. tahu2. mmg tahu pelajar luar negara rajin masak.
@fazlinil... waahhh... org mesia tuh mesti kenalan atau keluarga kan? pernah bawa org yg tak dikenali tinggal sama?
untung la dapat pergi Jepun..
duit JPA tu takde la byk sangat. tapi belanja sebulan pun sgtlah banyakkk jugak. sewa rumah (yg tak macam rumah), kos living, travelling..parking kete pun kena bayar sewa (1 tapak RM300 sebulan)
sebab tu ramai student buat part-time, nak dapat duit poket sikit..hehehe
btw, have fun kat Japan. dah lama tak balik kampung sana..bila la company nak hantar..asik ke Koreaaa jek..hihihi
weiii aku mau kirim barang
wah bestnya nak ke jepunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Yang sedeynya masa aku ke Itali..terjumpa la student Malaysia dalam 3 org tapi punya la sombong badakkkk...perasan lebih..walhal pegi sana di taja dek Gomen...yang kita orang ni taja sendiri jerk...huhuhuhu
bestnyaaaaaaaaaaaaa! teringin nak ke Jepun! waaaa.
semoga dipermudahkan urusan, kak :)
Boleh bg link tak psl blogger dijepun...sb kalau ok nak mtk tlg dia bawak sy jalan2 plak
Boleh bg link tak psl blogger dijepun...sb kalau ok nak mtk tlg dia bawak sy jalan2 plak
@ alin... ini post tahun 2011... dia dah balik Malaysia.. dah kawin dan beranak-pinak..lol
Post a Comment