Wednesday, October 19, 2011

Pengalaman ke Kedutaan Jepun @ Malaysia

Setelah merujuk Google Maps, aku dapati Embassy of Japan terletak di sisi Jalan Tun Razak pada Persiaran Stonor. Bangunannya warna putih dan rendah saja.... suasana agak kesuraman dek hujan lebat yang tak henti-henti.

Nasib baik ada drebar yang boleh hantarkan kami ke hadapan pintu bangunan.. kalau tak.. konfem basah kuyup ohhh...

Kami terpaksa meninggalkan IC di pak guard dan mengambil pas pelawat. Selain itu perlu melalui mesin pengesan sebelum masuk. Segala bentuk telefon bimbit turut terpaksa ditinggalkan. Giler ketat ahhh...

Tulisan pada dinding sebelum masuk untuk melalui mesin pengesan.
Kami disambut dengan satu signboard di laman hijau hadapan bangunan putih yang suram itu... rakan pejabat aku je yang ceria di kawasan itu. Hehehehe..

Sila ke pintu kanan untuk tujuan permohonan VISA.
Dari atas: Nombor giliran, pass kemasukan dan pass telefon bimbit (yang ditinggalkan)
Setelah berada di dalam, kami dikehendaki mengambil nombor giliran. Tak ramai orang pun dalam tu... tapi memang keadaan sangat terkawal dan sunyiiiiiii....

Proses penghantaran borang berjalan dengan pantas dan kami diberikan resit untuk pengambilan visa dalam masa 3 hari dari sekarang. Wow!!! Tiga hari je?

Bangunan suram Embassy of Japan.

Harap-harap negara Jepun tak suram macam bangunan neh... huk huk huk.

Harapnya VISA kami diluluskan... AMEN..

=)
.

7 comments:

JieJ said... [Reply]

All the best Jard..aku akan sentiasa menantikan update post mu ya..tambah2 lagi kalau ko sudah menyangkut sama mamat jepun nanti..hehhe..

Jard The Great said... [Reply]

@jiej.. thanks beb. nantikan jugak buah tangan untuk mu dari jepun ye. hehe. insyaAllah

JieJ said... [Reply]

*blushing*...thanks Jard..malu lah pulak..

Sharz said... [Reply]

Salam..baru je follow blog nie..thanks for sharing info pasal nak melawat ke luar negara..

p/s : baru first time nak ke oversea..

:)

PerenLee said... [Reply]

Macam ada hantu je bangunan ni..

Jard The Great said... [Reply]

@ sharz.. haha you're welcome

@ perenlee... aku pun rasa benda yg sama!

Anonymous said... [Reply]

Nak g japan on Nov...agak2 bile bleh apply for visa??